PKR jadikan Kaum iban ‘jutawan segera’, sekira memerintah Sarawak


Pasti inilah janji yang paling ‘top’ di Malaysia, namun bukanlah suatu yang mengejutkan kerana Baru Bian dan PKR mampu lakukannya dengan menubuhkan ‘Suruhanjaya Tanah’.

Seperti yang dilaporkan blog dan media pro Pakatan, kemampuan PKR menjadikan kaum Iban ‘jutawan segera’ telah jadi mimpi ngeri buat Taib Mahmud. Kononnya Taib Mahmud sedang berada dalam ketakutan yang amat sangat kerana menyedari kehebatan Baru Bian dan PKR.

Dengan tertubuhnya 'Suruhanjaya Tanah', Baru Bian akan mengembalikan segala Tanah-tanah NCR, kepentingan Syarikat-syarikat Perladangan dan kilang-kilang yang sedang beroperasi di Sarawak kepada kaum Iban.

Dari sisi lain, DAP mahu dasar pemilikan tanah di negeri Sarawak dipermudah, dengan meminda beberapa klausa yang dianggap tidak adil dan kuno. Ertinya Baru Bian dan PKR tidak sekadar bertepuk sebelah tangan, kerana usaha Baru Bian mengembalikan tanah-tanah kaum iban akan membolehkan kaum iban mengadakan ‘pesta jual tanah’ sekali lagi?

‘Pesta jual tanah’ dan ‘dasar pemilikan tanah’ yang lebih mudah, turut memungkinkan kaum iban jadi ‘jutawan segera’. Ramai bakal pembeli berharap usaha PKR dan DAP menjadi kenyataan, kerana inilah peluang 'super hebat' untuk membeli dan memiliki.


 ...lagi berita berkaitan KLIK DISINI

PKR Mohon Maaf , mohon maaf pada siapa?


PKR Mohon Maaf Jika Bukan Islam Tersilap Makna Ayat Al Quran

SHAH ALAM, 29 Nov (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf jika tindakan seorang perwakilannya bukan beragama Islam tersilap makna pada satu ayat Al Quran yang dibaca dalam perbahasannya di Kongres Nasional PKR semalam.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan S.Kesavan itu menunjukkan semua pihak akan membuat rujukan kepada Al Quran tetapi kalau beliau tersilap makna ayat Al-Quran itu, PKR memohon maaf.

Pada kongres ke-7 itu selama tiga hari yang berakhir di Petaling Jaya semalam, Kesavan memetik makna Surah Ali Imran semasa membahaskan satu usul.

"Dia hanya untuk menceritakan bagaimana Al Quran itu memberi kewajipan kepada manusia untuk menjalankan tugas dengan baik. Saya pun tak berapa pakar tentang ini tetapi dia mencuba tapi saya tak menghalang dia mencuba kalau dia silap kita akan betulkan, itu tanggungjawab saya...saya ta tahu itu kesilapan, " kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai isu itu semasa sidang akhbar Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang di sini hari Isnin.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hadir pada sidang itu berkata orang bukan Islam dibolehkan untuk memetik ayat-ayat Quran.

Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan pengalamannya berceramah bersama seorang pemimpin DAP dahulu, pemimpin itu merujuk kepada beliau ayat yang hendak digunakan terlebih dahulu sebelum berucap.

Sementara itu Abdul Khalid berkata pada persidangan sehari itu, para menteri besar dan ketua menteri tidak membincangkan perkara mengenai pilihan raya dan mengambil pendirian akan terus mentadbir sehingga mereka membuat keputusan untuk bertanding.

Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai pentadbiran dan politik, komunikasi dan media masa, pertanian serta ekonomi, infrastruktur dan pelaburan, katanya.

Mengenai Selangor, Abdul Khalid berkata beliau yang berpengalaman menerajui industri petrokimia akan mengadakan perjumpaan dengan pengusaha industri plastik bagi mendengar pandangan mereka mengenai langkah kerajaan negeri mengurangkan penggunaan beg plastik bagi memelihara alam sekitar.

Selangor adalah antara negeri di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang selain Pulau Pinang yang melancarkan kempen kurangkan penggunaan beg plastik di mana pada setiap Sabtu pusat membelibelah tidak menyediakan beg plastik dan pengguna yang memerlukannya dikehendaki membayar 20 sen bagi satu beg.

Beg plastik yang mudah dilupuskan adalah satu pendekatan yang diguna pakai masa kini bagi menjaga alam sekitar.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau masih menunggu laporan daripada Persatuan Pengeluar Beg Plastik supaya memberikan laporan mengenai kesan kempen pengurangan penggunaan beg plastik.

VIDEO : Liberalisasi Agama yang diinginkan PAS?


PAS yang berjuang untuk demokrasi agama dan dilihat berusaha keras menjadikan agama Islam lebih liberal dengan menerima apa saja tafsiran dari luar. Liberalisasi agama adalah suatu yang sangat diingini masyarakat demokrasi seperti PKR.

Yang pasti PAS dan PKR sudah separuh jalan dalam usaha meliberalkan agama, justeru tidak mengapa jika disalahtafsirkan, apatah lagi untuk tujuan survival politik? 



Baca kutipan dibawah; ( sumber:  http://sejarahmelayu.blogspot.com )
Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kesavan Subramaniam ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh hari ini membaca tafsir daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran.


Tafsiran yang dibaca oleh Subramaniam berbunyi:


"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."
 Tafsiran sebenar daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran berbunyi seperti berikut:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.

Suara kebudak-budakkan dalam politik Sarawak...

Mereka menggelarkan diri sebagai ‘baru’, pembaharuan dan sebagainya, Kononnya merekalah pejuang reformasi yang di butuhkan rakyat sesuai dengan arus waktu.

Bila beretorik tentang perjuangan, rupanya mereka ini masih mendendang lagu lama. Tidak kedengaran agenda yang besar untuk rakyat Sarawak, selain merengek tentang kaum atau bangsa mereka saja.

Blogger Dayak Baru, rupanya sekadar nama baru. Berulang-ulang menyentuh sentiment perkauman dan kebencian, seolah tidak pernah tahu tentang 'orang sendiri' yang gemar berpecah-pecah dan berebut jawatan.

Sambil mengkritik PBB yang kononnya dipengaruh UMNO/ BN dari semenanjung. Apakah Dayak Baru tidak sedar, mereka sedang bernaung di bawah ketiak PKR. Tidakkah PKR juga dari semenanjung yang berjuang untuk Anwar Ibrahim, Isteri dan anak? 
 (sekadar gambar hiasan)

Jika disebabkan pengaruh parti dari semenanjung kaum Iban jadi ketinggalan, mengapa perlu merengek seperti kanak-kanak di bawah ketiak PKR?

Dengan menyalahkan PBB sebagai penyebab kaum Iban mundur, sekadar mengundang senyum sinis dikalangan ‘mereka yang tahu’. Kerana jika masyarakat Iban bersatu sejak dulu, mereka adalah yang paling berpengaruh di bumi kenyalang.

Tapi malang, kelompok Iban gemar berpecah-pecah dengan ‘pattern’ yang sama. Seolah sengaja di ‘copy-paste’ dari peristiwa-peristiwa terdahulu. Baik dalam BN atau di luar, ‘pattern’ perpecahan mereka tetap sama. Sebut saja PBDS,SNAP, SPDP atau PRS.

Dua kelompok membentuk pasukan masing-masing untuk berebut satu jawatan, tanpa akur terhadap sesama sendiri. Akhirnya menyalahkan orang lain bila mereka berpecah dan terus merengek dengan retorik kebudak-budakan.

Itulah yang dikatakan salah PBB dan UMNO? Tidak ada bangsa akan maju kerana memiliki ‘kemahiran’ menyalahkan orang lain, sebaliknya ramai bangsa di dunia ini berjaya mencapai kemajuan kerana mereka BERSATU.

Setuju atau tidak, mengapa Baru Bian dari masyarakat minoriti Orang ulu kelihatan sangat menonjol ditengah kaum majoriti Iban? sebab Baru Bian tidak merengek-rengek tentang Orang Ulu saja, sebaliknya membawa cerita untuk kaum lain juga.

Bila ‘ANUGERAH’ sudah tersepit...

Agaknya senjata dah makan tuan, bila demonstrasi demi demonstrasi dari orang sendiri. tak henti-henti penyokong persoal penyelewengan.

Kes liwat, makin ditunda makin tersepit. Ditambah lagi dengan dakwaan surat palsu, surat terbuka dan semakin ramai ahli bertindak keluar parti. Mana tak rasa tersepit?

Bukan saja besar kepala, besar 'telur' pun boleh tersepit.

Apa pun, semuanya itu adalah 'ANUGERAH TUHAN', percayalah…

adoiiii...'Anugerah' tersepit lagi  (sekadar gambar hiasan)


p/s: siapa kata itu bukan "anugerah"..?

VIDEO : Demonstrasi Anti-Anwar

Video demonstrasi Anti-Anwar sempena Kongres Nasional PKR


video credit : Malaysiakini

VIDEO TERKINI : Ahli PKR Berdemonstrasi

oh dasar pembelit.. apakah ini salah BN...?




video credit : berita harian

Antara Penyelewengan dan Peluang PKR dalam Pilihan Raya Umum?

 Usah terlalu yakin, sampai tersengih-sengih... (sekadar gambar hiasan)

Oleh Alan Ting
PETALING JAYA, 26 Nov  -- Bila Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemilihan parti itu baru-baru ini, yang dilempari dakwaan penyelewengan tidak akan menjejas peluangnya dalam pilihan raya umum akan datang, timbul respons berbelah bagi dari kalangan penganalisis politik dan beberapa orang anggota parti.

Alasan beliau ialah parti itu telah melakukan segala mungkin untuk membetulkan segala kecacatan dan kelemahan dalam sistem pemilihan langsung yang diadakah buat kali pertama itu.

Bagaimanapun, pemerhati politik berpendapat kegagalan itu -- yang menyaksikan ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dari bertanding untuk jawatan timbalan presiden sebelum bertindak keluar parti -- akan menjejas peluang mereka dalam pilihan raya umum itu.

"Bagi saya, penyelewengan ini tentu menjejas parti itu, tidak setakat kepercayaan di kalangan penyokong tetapi juga mereka di luar parti, terutama mereka yang duduk di atas pagar dan memerhatikan pemilihan ini dari dekat," kata penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian.

"Saya percaya mereka yang kalah dalam pemilihan akan menunjukkan kemarahan dan kekecewaan, kerana mereka kalah akibat perbuatan mempersenda sistem," ujar beliau. Dr Sivamurugan menarik perhatian terhadap keputusan tidak rasmi pemilihan parti yang menunjukkan mereka mendapat undi India yang berkurangan.

"Jika mereka tidak mempunyai pemimpin India yang dipilih untuk jawatan naib presiden, parti itu boleh melantik seorang pemimpin kaum itu untuk jawatan tersebut.

"Parti itu mempunyai 33 peratus penyokong India. Apapun, keputusan akan menjejas parti. Mungkin persepsi di kalangan pengundi bandar tentang perebutan jawatan dalam PKR tidak akan berubah, tetapi tidak di kalangan pengundi luar bandar," kata beliau.

Beliau berkata sesetengah pihak dalam parti itu sendiri mula mempersoalkan mengapa Anwar selaku Ketua Pembangkang di Parlimen, tidak bertanding sebagai presiden parti.

"Anwar kini perlu memfokus kepada bagaimana hendak memulihkan keyakinan dan kepercayaan kerana parti itu sedang menghadapi cabaran terbesar sejak Pilihan Raya Umum 2008.

"Bagaimana beliau harus menenangkan mereka yang telah kalah dalam pemilihan parti agar terus menyokong parti?," ujar beliau.

Malah rakan mereka dalam pakatan Pembangkang turut memberi perhatian terhadap apa yang berlaku dalam pemilihan PKR bila anggota exco kanan Selangor dan pemimpin DAP Teresa Kok secara terbuka mengingatkan anggota DAP di Selangor agar tidak mencontohi apa yang berlaku dalam PKR.

Namun, beberapa penganalisis politik lain percaya apa yang berlaku semasa pemilihan PKR memberi impak kecil terhadap tahap sokongan kepada parti itu, dan ia bergantung juga pada bila pilihan raya umum diadakan.

"Ia tidak menjejas PKR. Ia bergantung pada bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan bila pilihan raya umum diadakan. Ia hanya menjejas PKR pada jangka pendek," kata penganalisis politik di Universiti Monash Prof James Chin.

"Sebabnya mudah, rakyat Malaysia mudah lupa. Rakyat Malaysia mudah mengalih perhatian dengan skandal politik," kata beliau.

DARI MUKAH : "Penyakit misteri" yang pertama dalam sejarah?


  seksi dan misteri (sekadar gambar hiasan)

Dikabarkan sejak September 2009, seramai 27 keluarga di Mukah mengalami  'penyakit misteri' yang serius. Menurut laporan media pro Pakatan di Sarawak, semua penduduk yang tinggal 300 meter dari tempat Aluminium Smelting Plant di Mukah telah dijangkiti penyakit misteri tersebut.

Laporan tersebut turut menjelaskan, penyakit misteri telah menyerang penduduk sekitar sejak sebelum Aluminium Smelting Plant beroperasi. Iaitu semasa kilang aluminium tersebut baru dalam pembinaan.

Difahamkan ramai penduduk mengalami batuk-batuk, pening kepala, masalah kulit mengelupas dan kesukaran bernafas. inilah yang mengundang simpati penyokong Anwar Ibrahim.

Lebih misteri, bila penyakit yang dimaksudkan cuma menyerang masyarakat Iban, meskipun di kawasan sekitar terdapat penduduk kaum melanau dan cina. Jelas sekali penyakit misteri bukan sekadar misteri, malah sangat rasis?

Ternyata penyakit tersebut memiliki agen-agen rasis yang akan menyerang dan menjangkiti satu kaum saja. ini bukan lagi masalah genetic, tapi jelas satu epedemik yang amat luar biasa.

Surat Palsu, satu lagi bukti kesalahan media UMNO?

Rupanya bukan Jenapala yang akan pening, meskipun Mahkamah Tinggi kelmarin menolak saman beliau untuk mengisytiharkan pemilihan PKR tidak sah dan batal.

Hal sebaliknya pula yang terjadi, bila Bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim membuat laporan polis hari ini berhubung dakwaan pemalsuan sepucuk surat bertarikh 2 Februari 2009 yang kononnya dikeluarkanya sewaktu beliau memegang jawatan tersebut.

Mungkin Saifuddin Nasional tengah 'pening', untuk menjawap isu   penipuan seperti yang didakwa Datuk Salehuddin. Saman Jenapala juga tidak  terhenti disitu, jika surat tersebut  terbukti diperkosa oleh PKR.

Seperti kebiasaannya, setiap penipuan dan keributan dalam PKR, tentunya salah media  BN/UMNO, agaknya media BN/UMNO buat surat palsu? kah kah kah...


kutipan dari malaysiakini.com
"Saya mengetahui kewujudan surat ini setelah peguam dari plaintif kes Saman Pemula No: R1-24-104-2010 menunjukkan kepada saya afidavit dari Saifuddin Nasution Ismail, setiausaha agung PKR sekarang, yang menyatakan satu daripada sebab-sebab beliau bertindak dalam kes itu adalah berdasarkan surat tersebut, yang seperti telah saya nyatakan adalah sepucuk surat palsu.

"Saya membuat laporan tersebut dengan harapan satu penyiasatan polis akan dibuat untuk menentukan siapakah mereka yang melakukan pemalsuan tersebut untuk tujuan-tujuan mereka sendiri.

"Saya yakin surat palsu tersebut telah melanggar undang-undang jenayah dan sivil serta menganiayai saya, seolah-olah saya seorang yang melakukan perkara-perkara yang tidak benar dan tepat," tambahnya.

Salehuddin berkata, beliau turut mengepilkan salinan surat tersebut, afidavit balasannya dan minit mesyuarat Biro Politik PKR pada 30 Ogos 2009, enam bulan kemudian, yang masih lagi mengiktiraf keahlian ahli tersebut.

"Saya berasa kecewa terhadap perilaku mereka di belakang pemalsuan tersebut yang menunjukkan matlamat menghalalkan cara.
"Dan saya berasa amat curiga sekiranya gerombolan tersebut berkuasa di Putrajaya, maka banyaklah institusi-institusi kerajaan yang akan diperkosa seperti yang dibayangkan dalam aduan saya ini," katanya.

Selengkapnya  KLIK DISINI


 p/s: UMNO tak habis-habis main tipu..hahahahah?

'UMNO Sarawak' akan bertanding calon Bebas?

Ditengah keghairahan calon-calon meninjau ruang dan peluang menjelang pilihan raya Sarawak. Mungkin ada yang terlupa sekejap tentang UMNO Sarawak dan Affendi Jeman. 


UMNO Sarawak yang muncul sejak awal tahun 2000, dengan agenda untuk membantu meningkatkan ekonomi masyarakat bumiputra di Sarawak. Dengan harapan meraih simpati pengundi melayu di bandar, yang kononnya ditindas oleh kaum melanau dan cina.

Hajat sebenar UMNO Sarawak adalah untuk melumpuhkan PBB, parti yang menjadi tulang belakang kerajaan Sarawak.

Usaha Affendi Jeman sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penaja UMNO Sarawak (JPUNS) tidak terhenti disitu, meskipun tidak mendapat restu pemimpin pusat. Affendi Jeman yang mengatakan keahlian UMNO Sarawak mencecah 100.000 orang di seluruh negeri. Pernah bercadang mahu meletakkan calon di 56 Kawasan DUN Sarawak.

100,000 ahli di negeri seperti Sarawak amatlah luar biasa, tentu Parti lain turut rasa tercabar.

Berdasarkan rekod, Affendi Jeman pernah cuba menubuhkan Parti Agenda Rakyat Bumiputra Sarawak (ARBS). Namun pendaftaran parti tersebut belum diluluskan ROS. Apakah ini memaksa UMNO Sarawak bertanding sebagai calon bebas?

Jika tanpa parti yang berdaftar, pastinya UMNO Sarawak akan menentang PBB sebagai calon Bebas , atau setidaknya jadi jentera pilihanraya untuk Pakatan Rakyat?

PILIHANRAYA SARAWAK: Janji Pakatan untuk rakyat Sarawak

Jika PKR menjanjikan “Hutan belantara, pokok, tanah serta sungai” untuk rakyat Sarawak. PAS mungkin tidak sependapat dengan janji PKR, kerana PAS mahu jadikan Sarawak seperti Singapore. Atau setidaknya seperti Kelantan negeri ‘bermutu’. Ertinya tidak ada hutan belantara, malah pokok-pokok pun perlu dikurangkan?

Umumnya pemimpin dayak lebih rasional dalam percaturan, samada ‘sedang memperguna’ atau ‘sedang diperguna’. Namun ada yang khuatir, Apakah masyarakat dayak di Sarawak bakal mengulangi kesilapan Hindraf, jika menyokong Anwar dan PKR?  biarlah waktu yang akan menjawab…


Dibawah antara agenda pembangkang Sarawak, menurut sumber terdekat;

1. Menyukat dan mengagihkan hak tanah adat secara adil dan sistematik

2. Memastikan tanah-tanah rakyat Sarawak termasuk kaum cina terjaga
  - berdasarkan undang-undang.

3. Memastikan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam di Sarawak seimbang
  - untuk semua kaum.

4. Jawatan Penguasa atau Pengarah dalam Jabatan Tanah dan Survey di Sarawak
  - hendaklah dipegang kaum  dayak khususnya Iban.

5. Peluang sama rata dalam pendidikan tinggi serta biasiswa untuk
  - memasuki IPTA.

6. Mengatasi ketidakseimbangan jawatan Duta dan Pesuruhjaya Tinggi
  - yang dimonopoli oleh kaum melayu semenanjung.

PILIHANRAYA SARAWAK : Baru Bian cabar Taib Mahmud dan 'Bomoh'


“Baru Bian akan mengembalikan hutan belantara, tanah dan sungai kepada rakyat”, itulah slogan Baru Bian yang diharapkan oleh PKR untuk memancing undi dikalangan masyarakat peribumi di Sarawak.

“Bring it on!” kata Baru Bian dalam laman blog beliau mencabar ketua menteri agar membubarkan DUN Sarawak. Dengan penuh keyakinan bahawa Pakatan Rakyat siap sedia untuk pilihanraya pada bila-bila masa.

Kenyataan Baru Bian adalah respon kepada pengumuman ketua menteri kelmarin yang mengatakan beliau telah mendapat ‘inspirasi’ tentang tarikh pilihanraya. Ketua menteri memberitahu media sekembalinya dari menunaikan fardhu haji di Mekah.

Agak menjengkelkan, Apakah Baru Bian sudah hilang akal hingga menganggap Taib Mahmud ke Mekah bertemu bomoh? Sepatutnya Baru Bian mengunakan moral yang baik untuk menyentuh perihal ‘bomoh’ sewaktu ketua menteri kembali menunaikan rukun agama. Lebih-lebih lagi, Baru Bian adalah idola muda-mudi melayu dalam PKR Sarawak.

Baca kutipan ini, (barubian.net)
…it is sad indeed that the Chief Minister of the state of Sarawak has to depend upon ‘inspiration’. This is because it implies that he is dependent upon an outside force, presumably a ‘bomoh’, for guidance.
Mungkin Baru Bian sudah mencapai titik ghairah untuk jadi ketua menteri dengan sokongan kaum melayu dalam PKR Sarawak. Perlu diingat, masyarakat dayak mulai meragui perjuangan PKR dan Anwar Ibrahim.

Persepsi masyarakat umum terhadap PKR mulai berubah, lantaran penyelewengan dan 'kebusukan' dalam pemilihan parti tersebut. Meskipun bantahan terhadap BN bertambah rancak, tidak bermakna rakyat akan menyokong PKR. Kerana dalam Pakatan Rakyat masih ada DAP yang dilihat lebih konsisten tapi agresif.

Malah dijangka, dalam pilihanraya Sarawak kali ini akan muncul lebih ramai calon bebas dengan tujuan dan aspirasi yang berbeda. Sudah pasti, calon-calon bebas yang akan bertanding bukan berjuang untuk Anwar Ibrahim dan Keluarga.

TERKINI : Taib Sudah Ada 'Inspirasi' Tarikh Pilihan Raya Sarawak

KUCHING, 24 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pulang dari Mekah pada Rabu dengan mendapat "inspirasi" mengenai tarikh pilihan raya negeri Sarawak.

"Saya sudah ada inspirasi tetapi saya tidak akan memberitahu anda," katanya kepada pemberita di hangar Hornbill Skyways di sini.


Pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai tahun depan dan ramai pemerhati politik meramalkan ia akan diadakan sama ada pada Mac atau April.

Taib berkata bahawa apa yang perlu dilakukan sekarang ialah bagi jentera pilihan raya membuat persiapan.

Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri, 62 daripadanya dikuasai oleh Barisan Nasional.

Mengenai kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pelagus, Larry Sng yang kini tidak mewakili mana-mana parti setelah dipecat daripada Parti Rakyat Sarawak, satu daripada komponen Barisan Nasional, Taib berkata BN Sarawak menyerahkan kepada wakil rakyat itu untuk menentukan kedudukannya.

TERKINI : Ahli DAP dan PKR Sarawak keluar beramai-ramai

Lebih 60 orang ahli-ahli PKR Sarawak dan DAP Sarawak dari Kampung Koran Empaneg, kira-kira 12 km dari bandar Serian telah mengambil keputusan keluar parti dan menyertai PBB.

Menurut Anthony Nayan, Pengerusi Program Mesra Jiran menjelaskan ahli-ahli PKR Sarawak dan DAP Sarawak keluar parti disebabkan ketidakpercayaan mereka terhadap perjuangan parti dan hala tuju dalam politik Sarawak. Majlis penyerahan borang keahlian PBB telah disampaikan kepada Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, John David.

Walaupun berita ini tidaklah sampai mengemparkan rakyat Sarawak mahupun masyarakat Malaysia, namun bagi mereka yang terlibat tindakan ini sangat bermakna khususnya dalam merealisasikan perjuangan politik yang aman dan damai seperti yang diperjuangkan kerajaan sekarang.

Baca selanjutnya  KLIK DISINI


Dr. Mahathir : tak perlu halang Anwar

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihak luar semakin tidak percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dengan itu kerajaan tidak perlu bimbang dan menghalangnya daripada pergi ke luar negara bagi mengelak ketua pembangkang itu daripada terus menghina Malaysia.
 
Lagipun, kata bekas perdana menteri, jika Anwar dihalang ke luar negara, ini akan menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan, dan kerajaan akan berdepan dengan pelbagai tuduhan.

"Kita tak patut halang dia keluar negara. Saya tak fikir kita patut takut kepada dia. Kita buat macam itu, orang lagi jadi marah kepada kita, benci kepada kerajaan. Nanti mulalah orang cakap kerajaan itu dan ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Eastern Pacific Industrial Corporation (Epic) Berhad di Kemaman Supply Base kawasan Perindustrian Teluk Kalong di sini hari ini.

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat semalam, beberapa penyokong kerajaan mencadangkan agar Anwar tidak dibenarkan ke luar negara bagi mengelak beliau daripada terus memburukkan Malaysia.

Dr. Mahathir juga berkata sudah sampai masanya penyokong dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai UMNO kerana terbukti PKR diwujudkan hanya untuk kepentingan individu tertentu dan bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat.

TERKINI : Laporan campurtangan serius Anwar Ibrahim

alamak! dunia dah tahu... (gambar hiasan)

Satu laporan 'kepincangan' pemilihan PKR, antaranya mendakwa terdapat "campurtangan serius"  Anwar Ibrahim kini tersebar di internet.

Menurut laporan yang disediakan oleh calon ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin bertarikh 18 November itu, Ketua PKR cabang Kota Marudu - disebut sebagai "Dr Jurin" - melaporkan bahawa Anwar 'mengarahkannya' memberikan sokongan dan menolak calon tertentu.


Baca Selanjutnya  KLIK DISINI

p/s:  apa kata dunia...

ANTI MELANAU : Siapa yang berebut nak jadi ketua menteri Sarawak?

anak melanau (gambar hiasan)

Menjenguk senario terkini dalam politik Sarawak, yang menjadi rebutan adalah  jawatan ketua menteri. Baik dalam Pakatan Rakyat maupun Barisan Nasional, semuanya sedang bergelut ke arah yang sama.

Kaum melanau yang dijadikan kambing hitam dalam propaganda politik Sarawak. Sekadar menjadi saksi dan pemerhati percaturan tersebut. Namun tidak terdapat ahli politik melanau yang  sedang ‘mencuba-cuba’ atau sedang mengadu domba untuk jadi ketua menteri?

Dalam PKR atau Pakatan Rakyat di Sarawak,  bukan tidak ada orang melanau yang aktif. Tapi tidak terlihat gerak tari untuk menjadikan diri mereka sebagai bakal ketua menteri, sepertimana kaum melayu, dayak  dan cina yang sedang rancak ‘berburu’ jawatan keramat itu.

Sentimen 'anti melanau' bukan perkara baru, sejak era reformasi 1999 sudah bergerak senyap di perkampungan melayu di bandaraya Kuching dan berkembang biak ke dunia maya. Bagi yang berasa cukup “professional”, mereka bangga untuk menafikan kewujudannya.

Propaganda politik melayu dan dayak di Sarawak sangat 'indah serta mudah', kerana mereka memiliki kambing hitam yang sama. Ditambah dengan kebiasaan menyalahkan orang lain dalam setiap kelemahan diri.  Malah sampai bila-bila pun, tidak akan mampu menyalahkan diri.

Bila berbicara tentang kemunduran akademik dan ekonomi, kaum melanau tetap saja jadi kambing hitam untuk masyarakat melayu dan dayak. Apatah lagi menyentuh soal tanah, kononnnya semua tanah mereka dirampas Taib Mahmud dan kaum melanau.

Benarkah tanah serta kekayaan negeri Sarawak dirampas oleh Taib Mahmud dan kaum melanau? Apakah mereka lupa, kaum manakah yang memiliki berjuta-juta hektar tanah di Sarawak, dan kaum manakah yang paling gemar berjual tanah di Sarawak sejak berdekad-dekad? ...lalu siapakah yang untung dari ‘hobi’ tersebut?

Apakah kekayaan Taib Mahmud dan keluarga adalah hasil rasuah semata-mata, dimana lagi hak dan kekayaan peribadi keluarga Pehin Orang Kaya Setia Raja?

Alangkah goblok, bila kekayaan dikaitkan dengan rasuah secara mutlak. Semua propaganda  itu  sengaja ditimbulkan, kerana mereka 'menanggung' keinginan mutlak untuk jadi menteri.

Kaum melanau yang dikenali berpendirian tegas, keras kepala dan berjiwa penakluk. Sebenarnya lebih bersatu meskipun hidup dalam keluarga yang berbeda agama (Islam, Kristian dan Paganisme). Kaum melanau tidak 'belajar' atau 'diajar' untuk menyalahkan orang lain, jika mereka mundur.

Terbukti, Melayu berhak terhadap NCR?

Tahniah untuk Baru Bian, kerana berjaya membuktikan hal ini untuk seluruh rakyat Sarawak. 

Dari ceruk pendalaman hingga ke hotel mewah, sudah terlalu banyak perbahasan serta pertikaian tentang hak pemilikan tanah NCR di Sarawak. Akhirnya, terbukti juga hak tanah NCR bukan hanya untuk masyarakat Iban atau Dayak sahaja, tetapi masyarakat melayu turut menikmati hak yang sama. Baru Bian telah membuktikannya!

Lebih penting, dalam tuntutan mahkamah yang dimenangi anak guam Baru Bian. Turut membuktikan institusi kehakiman negeri Sarawak bebas dari sebarang pengaruh eksekutif atau politik.

Berdasarkan klausa-klausa atau istilah tertentu yang boleh diterjemahkan sebagai hak pemilikan tanah NCR. Apakah selepas ini kaum-kaum lain juga akan menuntut hak NCR mereka di mahkamah?

Oleh kerana Baru Bian adalah pejuang hak sama rata, biarlah waktu berbicara...

Baca kutipan dibawah;
In the High Court in Sabah and Sarawak at Kuching today, Justice Datuk Linton Albert found in favour of Mohamad Rambli bin Kawi (“the Plaintiff”) to have acquired native customary rights over 65 parcels of land in Salak Land District, Kuching, Sarawak.

The Plaintiff’s legal counsel, Mr. Baru Bian, stated the decision as being very significant as it declares once again that the Malays are also accorded with native customary rights premised upon custom or adat, which is in accordance with the Sarawak Land Code. This is a victory to the natives of Sarawak who have been fighting for the further recognition of their rights over native customary land since the landmark case of Nor Anak Nyawai.

The issues are that the custom of Serah of native customary rights over native customary land which in accordance with the Malay custom in Sarawak is now affirmed as being valid.

Secondly, the practice and custom of the Malays which is known as Cari Makan (foraging over the surrounding areas of the land to sustain the livelihood of their well-being) is also recognised. This Cari Makan concept is similar to the Nor Anak Nyawai case, whereby the Cari Makan custom of the Dayak natives is known as Pemakai Menua.

Perlukah Rachel Motte ke Sarawak untuk belajar dari penyokong Anwar?


Bagi penyokong Pakatan Rakyat yang mendewakan Anwar, pasti terasa pedih ulu hati membaca kenyataan Rachel Motte. Khususnya penyokong PKR dan Pakatan di Sarawak yang menganggap Anwar idola mereka.


Menurut penyokong PKR di Sarawak, "Hanya orang kuno dan bodoh yang tidak bangga dengan Anwar". Apakah  penulis Amerika juga kuno dan bodoh ? 

Perlukah Rachel Motte ke Sarawak untuk belajar dari penyokong Anwar?

Apa pun baca kutipan dibawah;
Pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menyamakan diri beliau dengan pejuang demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi, kata seorang penulis laman web berhaluan kanan Amerika.

Rachel Motte, yang menulis dalam New Ledger, sebuah penerbitan laman web Amerika yang menyiarkan pendapat berhaluan tengah-kanan, berkata persamaan itu tidak wujud kerana kes peribadi yang dihadapi Anwar berbeza dengan yang dihadapi Suu Kyi.

Tambahan lagi, kata penulis itu, landskap politik Malaysia jauh bezanya dengan yang terdapat di Myanmar.

"Jika ada manusia yang menderita kerana memperjuangkan demokrasi, maka Suu Kyilah orangnya... bukan Anwar Ibrahim, kerana beliau diberi peluang menghadapi perbicaraan, dibenarkan mendapat khidmat kumpulan peguam, diberi akses kepada media tempatan dan antarabangsa, dibenar bergiat dalam parti politik pimpinannya dan diberi kebebasan untuk bergerak ke seluruh dunia.

"Anwar bukan Aung San Suu Kyi. Sebenarnya, tindakan beliau sebagai pengasas bersama sebuah badan yang memperjuangkan Persaudaraan Islam Sejagat menunjukkan beliau jauh berbeza dengan Suu Kyi, yang telah banyak berkorban untuk memperjuangkan demokrasi," tulis Motte.

TERKINI : Pengundian PKR Hulu Selangor kecoh


KUALA KUBU BHARU 20 Nov. - Proses pengundian bagi memilih ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Merdeka di sini kecoh apabila kira-kira 110 ahli parti itu bertindak menghalang proses pengundian daripada dijalankan.

Ahli-ahli parti yang tidak berpuas hati telah bertindak menghalang sebuah kereta yang membawa kertas undi daripada masuk ke perkarangan dewan berkenaan kira-kira pukul 9 pagi.

Mereka bertindak demikian kerana tidak berpuas hati kerana pengundian bagi jawatan ahli MPP hari ini kerana tidak diadakan serentak bagi memilih kepimpinan tertinggi cabang itu.

Pada bulan lalu, mesyuarat bagi memilih ketua cabang dan lain-lain kepimpinan di peringkat itu telah dibatalkan kerana kertas undi yang dikira adalah melebihi daripada bilangan ahli yang mengundi. - Utusan


JANGAN LUPA SEJARAH | Mengenali PBB Sepintas Lalu


Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada asalnya ditubuhkan daripada percantuman tiga buah parti di Sarawak iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA).

Percantuman ini adalah berdasarkan perjuangan untuk meningkatkan kehidupan dan membela nasib kaum Bumiputera dalam pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi dan sosial.

Sejarah awal penubuhan PBB adalah atas ilham dan inisiatif Setiausaha Agung BARJASA yang muda dan idealistik ketika itu iaitu Ketua Menteri dan Presiden PBB sekarang, iaitu Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

PANAS merupakan parti politik kedua ditubuhkan di Sarawak pada 9 April 1960. Ia diasaskan oleh Datu Bandar Abang Haji Mustapha kira-kira 10 bulan selepas Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), parti politik pertama di Sarawak didaftarkan.

Pada peringkat permulaannya, parti ini tidak mendapat sokongan yang menggalakkan daripada orang Melayu sendiri tetapi selepas dua tahun, PANAS mula diterima apabila seramai 62,795 ahli menganggotainya.

Ketika itu PANAS sudah menubuhkan 65 cawangan di seluruh negeri dan dianggotai kira-kira 20,000 orang Melayu, 20,000 suku kaum Iban, 10,000 suku kaum Bidayuh termasuk beratus orang lain daripada kaum Cina.

Setelah pendaftaran PANAS diluluskan secara rasmi pada 9 April 1960, Datu Bandar Abang Haji Mustapha dilantik sebagai Pengerusi dan adiknya Abang Othman dilantik sebagai Setiausaha Agung. Abang Othman meletakkan jawatan sebagai Timbalan Penguasa Polis untuk sama-sama mengasaskan parti tersebut.

PANAS mendukung tujuan melindungi, memelihara dan memajukan kepentingan politik, pelajaran, keagamaan, ekonomi, sosial dan kebudayaan rakyat seluruh negeri khasnya bumiputera.

Diantara tokoh yang menjadi tulang belakang PANAS ialah seperti Tan Sri Datuk Ikhwan Zaini selaku Ahli Majlis Tertinggi, Naib-Naib Pengerusi ialah William Tan, Edward Jerah dan Austin Jaya.

Luahan Hati Zaid : Kecewa Dianggap 'Orang Jahat'

PETALING JAYA, 19 Nov (Bernama) -- Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim pada Jumaat mengumumkan keluar parti berkuatkuasa 16 Dis ini ekoran hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti pembangkang itu.

Beliau berkata keputusan itu dibuatnya setelah menerima tekanan dan serangan peribadi daripada pimpinan parti termasuk Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya telahpun menghantar surat kepada PKR. Saya, secara rasminya hendak keluar daripada parti ini, tarik diri tapi dalam surat saya itu saya berkata bahawa saya nak tarik diri berkuat kuasa 16 Dis.(Ini adalah) berikutan episod pemilihan (Majlis Pimpinan Pusat(MPP, saya telah dituduh, difitnah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti dengan tujuan untuk menggambarkan saya ini mengkhianati parti dan berniat jahat.

"Misalnya Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR) berkata saya merancang untuk menubuh parti baru, telah lama sebelum pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bermula. Dr Syed Husin Ali (Timbalan Presiden) dan Mohamed Azmin Ali (Naib Presiden) pula bercakap tentang jahatnya saya ini kerana ingin menggugat parti semasa saya mula-mula masuk parti lagi. Kata mereka sumbangan saya tidaklah banyak dan saya tidak setia kepada parti.

"Anwar Ibrahim sendiri kata saya ini 'trojan horse dan sore loser'. Jadi agaklah sukar untuk saya terus berada dalam parti di mana pemimpin-pemimpin kanan telah menganggap saya ini orang jahat. Jadi saya rasa eloklah saya berhenti dari parti ini," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di sini pada Jumaat.

Bekas calon Timbalan Presiden parti itu turut menafikan bahawa kemasukannya dalam PKR kerana mempunyai niat jahat.

"Saya sebenarnya tidak pernah berniat jahat terhadap parti. Saya masuk PKR dengan anak-anak saya sebagai ahli seumur hidup dengan yuran yang tinggi kerana saya pada masa itu ingat inilah parti yang akan memperjuangkan kebenaran, ketelusan dan memberi harapan baru kepada rakyat di negara ini.

"Saya amat kecewa bila dituduh sedemikian. saya tidak pernah menubuhkan parti baru atau merancang apa-apa. Saya sebagai koordinator Pakatan Rakyat walaupun Anwar kata saya ini bukan koordinator. Tak apalah, koordinator ke kerani ke, itu terpulanglah," katanya.

Zaid berkata tindakan pemimpin PKR yang cuba memburukkannya tidak akan berjaya kerana beliau percaya masih ada orang yang mempercayai apa yang diperjuangkannya.

Bakal Ketua Menteri Sarawak: Chong anggap Bakun projek Strategik


Chong Chieng Jen, yang didengung-dengungkan sebagai bakal ketua menteri Sarawak (versi DAP). bukan sahaja menyokong Empangan Hidro Bakun. Malah berharap agar Bakun tidak terlepas ke tangan pihak asing.

Chong dalam satu kenyataan berkata, “Empangan Bakun adalah projek strategik kerajaan negeri, adalah tidak wajar jika jatuh ke tangan pihak swasta atau lebih buruk lagi jika jatuh ke tangan pihak asing”.

Dilaporkan kerajaan persekutuan menawarkan harga RM8 billion, manakala Sarawak mahu harga yang lebih rendah. Namun terdapat tiga pihak sedang membida projek tersebut, dua daripadanya adalah syarikat asing selain kerajaan negeri Sarawak.

TERKINI: ‘Radio Free Sarawak’ satu propaganda politik?

Ketika jentera BN Sarawak masih terkial-kial dengan formaliti serta berkira-kira tentang strategi untuk memenangi hati rakyat. Sekali lagi, Pakatan Rakyat mendahului beberapa langkah dihadapan dalam usaha penyebaran maklumat maupun propaganda politik mereka.

'Radio Free Sarawak' yang diuji siaran mulai kelmarin (Isnin), menjadi alternatif baru bagi penduduk pendalaman Sarawak untuk mendapatkan maklumat atau agenda politik Pakatan Rakyat. Beberapa kawasan pendalaman, khususnya di penempatan masyarakat Iban dan Orang Ulu adalah sasaran utama penyebaran maklumat radio tersebut.

‘Radio Free Sarawak’ dipancarkan dari London, dengan gelombang pendek pada frekuensi 7590 kHz. Bersiaran selama satu jam mulai 6.30 pagi hingga 7.30 pagi.  Radio tersebut turut memuatkan Berita, Ehwal Semasa dan Komentar, disiarkan pada pukul 6 petang hingga 7 petang waktu Sarawak dengan frenkuensi 15869 kHz.

Difahamkan, NGO yang berpusat di Sarawak dan Individu yang berjawatan dalam PKR adalah penerbit untuk program rancangan ‘Radio baru’ yang dimaksudkan. dan dibiayai sepenuhnya oleh ahli politik veteran dari Sarawak.

VIDEO DEMOKRASI: Untuk tontonan orang Sarawak sahaja...

Orang Sarawak mungkin tertanya-tanya, bagaimana yang dikatakan demokrasi oleh PKR dan Pakatan. Tapi demokrasi jenis ini cuma sesuai untuk mereka yang ada cita-cita jadi menteri atau YB sahaja.

Budaya demokrasi ini telah dibawa ke Sarawak oleh PAS dan PKR, agar rakyat Sarawak boleh memaki hamun, berteriak di jalanraya dan kalau ada kesempatan, boleh main baling kerusi sesama sendiri. 



Filem Tamil versi PKR, menarik kan...



Hindraf dah dapat pengajaran, orang Sarawak bila lagi...?
(video credit: malaysiakini)

Orang Sarawak ada minat? fikirkan...


p/s: orang gila tidak akan mengaku gila kuasa, tapi selalu sebut 'Putrajaya, Putrajaya...Putrajaya...'

MUKAH : ‘penyakit misteri’ sandiwara pelacur politik

Isu penyakit misteri yang cuba digemparkan di Mukah, hanyalah sekadar angkara pelacur politik murahan, yang berhasrat menarik perhatian penduduk Mukah agar menerima kehadiran dan doktrin mereka.

sekadar gambar hiasan

Pelacur-pelacur politik ini menganggap orang Mukah terlalu tolol. hingga sanggup 'berjual diri' dengan propaganda kononnya Zon Perindustrian SCORE di Mukah telah melepaskan bahan radioaktif berbahaya. dan menyebabkan penduduk Mukah diserang ‘penyakit misteri’

Menariknya berita tersebut cuba digemparkan di Miri dan Bintulu, untuk menghasut rakyat Sarawak agar menentang pembangunan yang bawa oleh kerajaan. Mungkin pelacur-pelacur politik tersebut sudah tidak sabar untuk menjadi menteri?

Sebelum ini pernah ada propaganda di Daerah Oya mengatakan penduduk disana akan 'mandul' jika membiarkan kerajaan membina menara telekomunikasi. Kononnya kesan radiasi dari menara tersebut sangat kuat, sehingga boleh memandul seluruh penduduk.

Inilah masalah Pakatan Rakyat, semuanya merujuk pada Anwar Ibrahim dalam apa saja bidang ilmu. Anwar cuma ada ijazah sarjana muda pengajian melayu, tapi disuruh mengkaji tentang radiasi, perubatan, ekonomi dan undang-undang.

Maka tidak hairan, kajian pakar-pakar yang dilantik oleh kerajaan negeri sangat bercanggah dengan kajian yang di buat Anwar dan penyokong Pakatan. Kerana Anwar mengkaji semua bidang menggunakan teori sastera dan berdasarkan tips and trick ke Putrajaya.

Baca kutipan ini
MUKAH: Menteri Muda Alam Sekitar Datuk Peter Nansian Ngusie ketika menjelaskan perkara itu berkata, sebelum Zon Perindustrian SCORE di Jalan Balingian-Mukah, di sini dibuka pelbagai kajian mengenai kesan-kesan negatif terhadap manusia dan alam sekitar dilakukan dengan pemantauan rapi kerajaan.

200 Anggota PKR Desak Pemilihan MPP Dihentikan, Anwar Berundur

PETALING JAYA, 13 Nov (Bernama) -- Seramai 200 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu melakukan protes di depan ibu pejabat parti itu bagi mendesak pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dihentikan serta-merta, selepas didakwa tidak telus atau berlaku adil kepada calon yang bertanding.
 
Perhimpunan protes yang bermula 10.30 pagi dan berakhir 12 tengah hari itu diketuai bekas timbalan setiausaha agung PKR S.Jenapala Perumal.

Selain itu, turut kedengaran laungan "Hidup Zaid" (bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim) dan "hentikan segera pemilihan parti."

Bagaimanapun, Zaid tidak kelihatan sepanjang protes itu walaupun beliau pada mulanya dilapor akan mengetuainya.

Protes itu juga mempamerkan beberapa kain rentang yang tertera perkataan "Shame on you Anwar", "Anwar dan Azmin: pemimpin paling kotor, cakap tak serupa bikin, pemilihan parti yang paling kotor, penipu, pembohong dan pengkhianat dan mereka akan hancurkan parti kesayangan kita" serta "kami cinta Parti Keadilan Rakyat, penipuan di Pemilihan parti, demokrasi dikuburkan, apakah ini keadilan, jangan tipu kami".

Bagaimanapun, tidak ada wakil atau pemimpin PKR yang tampil meredakan keadaan dan pintu masuk ke ibu pejabat parti itu juga telah dikunci.

Bercakap kepada pemberita, Jenapala Perumal berkata tidak ada sebarang memorandum atau surat yang akan diserah kepada pimpinan PKR, sebaliknya, protes itu dilakukan untuk membolehkan pucuk pimpinan mendengar permintaan supaya pemilihan parti dihentikan.

"Sejumlah 162 aduan telah dibuat kepada MPP, tidak ada satupun yang diselesaikan. Kami ke sini untuk menunjukkan protes kerana anggota tidak gembira dengan pemilihan parti seperti ini," katanya.

Bekas Bendahari PKR Selangor K.S.Kottapan yang turut serta dalam protes itu mendakwa, pemilihan yang tidak telus menyaksikan haknya untuk bertanding sebagai anggota MPP telah dinafikan.

"Ini bukan pemilihan parti yang bersih. Saya menggesa pimpinan parti dengan segera hentikan pemilihan ini dan adakan semula daripada peringkat cabang. Saya pasti mereka akan ambil tindakan, khususnya (terhadap) orang seperti saya ini dan akan memecat kita.

"Apa yang kita minta ialah pemilihan dihentikan dan dilakukan semula, tetapi langsung tidak ada sebarang tindakan diambil. Kita di sini berjuang untuk keadilan rakyat, bukan berjuang untuk pemimpin-pemimpin tertentu," katanya.

Mengulas kenyataan Zaid yang juga bekas calon timbalan presiden yang mahukan penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim serta naib presiden Mohamed Azmin Ali berundur dari PKR, Kottapan berkata beliau menyokong apa yang dikatakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

"Kita kena tukar pimpinan kita untuk menjadikan PKR maju dan rakyat terus mempercayai kita. Kita tahu pilihan raya umum juga dah semakin hampir, jadi kita perlu lakukan perubahan drastik. Saya sokong Zaid nak tubuhkan parti baru dan kalau PKR tidak berubah, saya rela saya dipecat," katanya.

Ketua Komuniti India Selayang, yang juga calon timbalan ketua cabang Selayang, B.Rajandran pula mendakwa pucuk pemimpin PKR sekarang terlalu mementingkan diri dan tidak membela nasib rakyat.

DAP akan beri subsidi penuh untuk rakyat Sarawak?

sekadar gambar hiasan, boleh kan...

Dalam satu risalah DAP yang diedarkan hari ini, Wong Ho Leng mengutuk tindakan kerajaan kerana mengurangkan subsidi yang menyebabkan kenaikan barang keperluan. bunyi macam cerita lama

Menurut Wong Ho Leng, negeri Sarawak sangat kaya. Suatu yang tidak masuk akal jika rakyat Sarawak terpaksa membeli minyak dengan harga yang tinggi, dan tidak wajar alasan kerajaan pusat untuk mengurangkan subsidi terhadap barang keperluan.

DAP Sarawak turut mengesa agar rakyat Sarawak bersuara dengan lebih lantang untuk menentang kerajaan Barisan Nasional menjelang pilihanraya negeri.

Dari kenyataan tersebut, boleh dibayangkan jika DAP berjaya memerintah Sarawak. Subsidi penuh untuk rakyat Sarawak akan menjadi keutamaan mereka, mungkin juga banyak barang keperluan yang akan menjadi percuma atau setidaknya dijual dengan separuh harga.

Apa yang DAP janjikan untuk rakyat Sarawak, pasti tidak mungkin dilakukan oleh mana-mana pemimpin Barisan Nasional. Hanya DAP dan Pakatan Rakyat yang mampu memberi kemewahan untuk rakyat Sarawak.

Bukan itu saja, DAP dan Pakatan Rakyat pernah berjanji untuk mengagih tanah-tanah yang ada di negeri Sarawak secara adil dan saksama. Dijangka cara pembahagian tanah akan mengikut prinsip komunisme yang mementingkan kesamarataan.

Antara dakwaan yang boleh menyebabkan Anwar diserang 'gout'

Antara sekian banyak bantahan rasa tidak puas hati ahli PKR terhadap pemilihan yang sedang hangit, Dakwaan P.S.Janapala adalah yang paling lengkap dan matematikal.


Meskipun belum ditambah dengan gesaan Datuk Zaid dan yang lain agar Anwar berundur. belum lagi dikali dengan  desakan demi desakan dari dalam PKR. Anwar cuma sekadar mampu menafikan dan terus menolak dakwaan yang dilontarkan. Tapi dakwaan Janapala tidak sekadar untuk dinafikan menurut prosedur biasa. Mungkin juga Anwar terpaksa meminjam sempoa dari Lim Kit Siang untuk berkira-kira tentang butirannya.

Budaya PKR sememangnya alergik pada fakta dan data, namun jika Anwar tidak menjawab dengan tepat dakwaan Janapala. Samada Anwar mahu menjawab di Mahkamah atau sebaliknya, dakwaan serta butiran yang dikemukakan P.S. Janapala boleh menyebabkan Anwar diserang ‘gout’ di kaki di kepala.

Penyokong PKR sekadar mampu memaki hamun dan mempersoal ‘otak’ orang lain untuk menutup kelemahan PKR. Tapi tidak mampu menjawab soalan matematik dari P.S. Janapala.

Kali ini Pakatan Rakyat perlu menyedari, sudah banyak mata sedang mematai. Bagi blogger PKR di Sarawak, krisis terkini seolah akan menggelapkan cita-cita mereka untuk jadi menteri atau YB.

beberapa dakwaan Janapala yang legal dan matematikal;

MESTI BACA !!! Surat Terbuka ahli PKR Sarawak

 benar-benar gambar hiasan,cuci mata sambil baca...
(surat ini disiarkan tanpa di 'edit')
 
Surat terbuka kepada Presiden PKR

Illam Kubong ak Dagang

Saya telah menjadi ahli parti sejak PKR ditubuhkan. Saya dan beratus ribu lagi rakyat Malaysia telah memilih PKR sebagai wadah perjuangan politik. Kami telah menaruh harapan untuk PKR membawa perubahan kepada mutu sistem pemerintahan di negara yang tercinta ini. Harapan kami telah menggunung apabila PKR serta PAS dan DAP berjaya mencapai kejayaan yang tidak diduga pada PRU 12. Kemaraan ke Putrajaya kian menjadi realiti.

Walaubagaimanapun perkembangan-perkembangan mutakhir dalam PKR amat mencemaskan saya. Rentetan daripada pemilihan pucuk pimpinan yang sedang berlangsung, parti telah di heret ke ambang krisis. Pada hemat saya, krisis ini ialah yang paling getir pernah dihadapi oleh parti. Besar kemungkinan parti akan berpecah akibat krisis ini dan sekali gus memusnahkan peluang Pakatan Rakyat untuk menang di PRU 13. Kemaraan ke Putrajaya akan menjadi hanya sebuah impian.

Justeru itu, saya merayu dari lubuk hati saya kepada Presiden parti yang telah menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini untuk bertindak mengawal keadaan dan menyelamatkan parti. Hal-hal pemilihan parti tidak perlu dibincang dan diputuskan oleh Biro Politik kerana ramai ahli dalam Biro Politik mempunyai kepentingan dalam proses dan keputusan pemilihan. Budi bicara Presiden memadai untuk membuat keputusan muktamad atas hal-hal pemilihan.

SPR bidas dakwaan PKR

by: Saibi Gi
BINTULU: Dakwaan hanya 10 peratus daripada 1,000 permohonan pemilih baru dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) diluluskan pendaftarannya disanggah oleh Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Pengarahnya, Datu Takun Sunggah berkata 1,774 permohonan atau 80 peratus daripada 2,206 yang dikemukakan parti tersebut antara Januari dan Jun 2010 telahpun diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Sebanyak 432 permohonan ditolak kerana tidak menepati syarat ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan semalam, sambil menambah tidak ada permohonan diterima daripada parti tersebut pada Disember 2009.

Menjelaskan lanjut mengenai penolakan itu, beliau berkata 127 permohonan dimiliki oleh mereka yang sudah berdaftar dan 198 dari-pada pemohon menyatakan alamat berbeza dengan tertera di kad pengenalan.

Manakala 28 permohonan diterima dari-pada mereka yang berumur di bawah 21 tahun; 18 permohonan daripada mereka yang bukan warganegara dan lima permohonan daripada mereka berstatus ‘Penduduk Se-mentara’.

“Berdasarkan angka itu, hanya 19.6 peratus ditolak dan untuk mengatakan hanya 10 peratus diluluskan adalah tidak munasabah,” katanya.

Ketua PKR Sarawak Baru Bian baru-baru ini mendakwa SPR hanya meluluskan 10 peratus permohonan yang dikemukakan dari kawasan Sungai Asap, Ulu Baram, Lawas dan Selangau.

Takun turut kesal apabila SPR didakwa bimbang dengan kewujudan pengundi muda yang akan menyokong pembangkang.

“SPR memproses semua borang pendaftaran, meluluskan dan mendaftar mereka yang layak dengan syarat mempunyai alamat seperti terdapat di kad pengenalan dan bukan mereka yang mendaftar untuk kali kedua menggunakan alamat sama.

“SPR mengalu-alukan warganegara yang berumur 21 tahun dan ke atas untuk mendaftar sebagai pemilih. Soal siapa diundi mereka, SPR tidak ada kaitan,” katanya.

Sementara itu, Takun menafikan dakwaan Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang mengatakan SPR menolak permohonan pendaftaran kerana menggunakan singkatan alamat rumah ketika mengisi borang.

Sambil meminta Chong mengemukakan bukti, beliau memberitahu SPR tidak sewenang-wenangnya menolak pendaftaran kerana kesilapan teknikal.

TERKINI : Setiausaha Perhubungan PKR Sabah letak jawatan

Jelas sekali gelombang reformasi semakin hebat, tapi dengan nada dan gerak yang berbeda. Apakah semua ini akan merencatkan kemaruk kuasa ingin ke Putrajaya?

baca berita ini.(terkini).
KOTA KINABALU: Pergolakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut merentas Laut China Selatan apabila Setiausaha Perhubungan parti itu di Sabah, Mursalim Tanjul, mengesahkan meletak jawatan.

Ketika dihubungi Berita Harian sebentar tadi, beliau berkata surat berhubung perkara itu akan dihantar ke Badan Perhubungan negeri dan Pusat dalam tempoh terdekat.

Mursalim berkata, beliau mengambil keputusan itu bagi menumpukan perhatian kepada perniagaannya.

Nak tumpukan perniagaan! Betul kah Bang..?

 credit source: berita harian

PAS Sarawak : "orang mudak geng kamek"

Program "orang mudak geng kamek" dilancarkan minggu lalu di bandaraya Miri yang melibatkan golongan remaja tempatan. Program anjuran Dewan Pemuda PAS Miri disertai anak muda  dengan 2400 24 buah motorsikal dan seorang OKU.

Program ini bukan sahaja untuk mendekati anak muda agar beradab dan berakhlak sepanjang program konvoi, tapi juga untuk menghapus budaya negatif dikalangan ‘mat motor’. Yang penting sekali, untuk mendidik golongan sasar agar tidak mengundi parti BN, kerana menurut PAS, Barisan Nasional mengamal politik ‘roswah’.

“Orang Mudak Geng Kamek” dalam bahasa melayu Sarawak bermaksud, “orang muda geng kita” konvoi tersebut berlepas dari pasaraya E-mart dengan mengedarkan risalah Pakatan Rakyat bergerak ke sekitar Permyjaya dan ke Boulevard. Mereka turut singgah menyumbang bantuan kebajikan untuk masyarakat setempat. 

konvoi "orang mudak geng kamek"

24 orang singgah mendengar masalah rakyat

TERKINI : Dalang PKR bermain isu babi di Sarawak

Mungkin disebabkan rasa gawat yang teramat sangat, ditambah lagi dengan ketandusan isu serta kehausan populariti. PKR terpaksa memunculkan diri dengan isu ‘makan babi di sekolah’.

Kegoblokan PKR untuk memperbodohkan orang ramai dengan isu makan babi di sekolah ibarat meludah ke langit. Bila disedari siapa watak sebenar dalam sandiwara mereka.

Minggu lalu, beberapa media di Sarawak melaporkan seorang murid di SK St Thomas Kuching, disebat 10 kali kerana membawa nasi berlauk babi ke sekolah tersebut.

Murid berusia 10 tahun yang dimaksudkan adalah Basil anak Beginda. Nak tahu siapa Basil anak Beginda sebenarnya?

Basil anak Beginda adalah anak kepada Beginda @Baginda @Nurazman bin Abdullah. Apakah Basil dan Beginda @Nurazman beragama islam? 

Kenapa anak kepada Beginda @ Nurazman Abdullah perlu makan babi? tanyalah pada PKR dan biarkan PKR menjawabnya. 

Sedikit tentang siapa Nurazman Abdullah @ Baginda...

Pilihanraya Tahun 2001, DUN N.24 – ENGKILILI
NURAZMAN ABDULLAH @BEGINDA - Parti Keadilan - 173 Undi.
TOH HENG SAN -  Parti Barisan Nasional - 3,485 Undi
JOHNICAL RAYONG NGIPA -  Parti Bebas - 2,777 Undi

JUMLAH PEMILIH : 9,187
KERTAS UNDI DITOLAK : 72
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 6,512
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 5
PERATUSAN PENGUNDIAN : 70.88%
BN menang dengan majoriti  : 708

Nak tahu lebih lanjut siapa Beginda@Nur Azman dan sandiwara PKR?
selanjutnya KLIK DISINI DAN KLIK DISINI

Zaid Letak Jawatan kerana disabotaj UMNO?

"Ada sabotaj pihak luar". Agaknya itulah ayat yang akan diumumkan pemimpin PKR dan Pakatan, jika ditanya sebab Datuk Zaid meletak jawatan. 
Sungguh mengejutkan, Zaid Ibrahim bukan sahaja tarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, beliau juga mengumumkan berundur dari semua jawatan dalam PKR.

Penyokong Pakatan tetap memiliki jawaban tersendiri, meskipun Zaid sudah menyatakan sebabnya.

ini jawapan yang dikutip dari blog Datuk Zaid;
“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,”
 "sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.
“Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.
  "Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,”

Penyokong Pakatan mungkin sudah berkira-kira, berapa juta UMNO bayar pada Zaid untuk mengeluarkan kenyataan tersebut hingga sanggup letak semua jawatan. Selepas ini  masing-masing pemimpin PR buat kenyataan media dengan alasan tersendiri untuk mengatakan ada sabotaj dari pihak luar?

Jika sebelum ini penyokong Pakatan mempersoal berapa juta UMNO bayar pada Dr Asri untuk   mengkritik Anwar dan PKR.

Tun Mahathir tempelak pembangkang

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menempelak sikap pembangkang yang tidak mahu menerima 'penghukuman' rakyat di atas kekalahan mereka di Galas dan Batu Sapi, apabila menuduh Barisan Nasional (BN) menggunakan agensi kerajaan untuk meraih kemenangan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, dakwaan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya BN memperalat agensi kerajaan hanyalah bertujuan menidakkan kesedaran rakyat terhadap penyelewengan mereka, terutamanya selepas diberi kuasa memerintah pada 2008.

"Di negara lain, apabila agensi kerajaan digunakan, parti pemerintah akan menang sehingga 99 peratus tetapi di Malaysia, parti lawan boleh menang pada setiap kali pilihan raya, jika disokong oleh rakyat pembangkang tetap akan menang tetapi kita dapati mereka sudah menyeleweng.

"Pas terutamanya, dulu sesiapa yang berbaik dengan bukan Islam dikafirkan, sekarang mereka pula lebih baik dengan bukan Islam sehingga sanggup menolak tawaran orang Islam untuk bersatu," katanya selepas majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-50, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cubaan pembangkang mengalih isu kekalahan mereka pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan melemparkan tuduhan kononnya BN menggunakan agensi kerajaan.

Di Galas, BN berjaya merampas kerusi itu daripada Pas apabila calonnya, Abdul Aziz Yusoff menang dengan majoriti 1,190 undi dan pada masa yang sama, turut mengekalkan kerusi Batu Sapi dengan majoriti lebih besar iaitu sebanyak 6,359 undi.

Mengulas mengenai kemenangan itu, Dr. Mahathir berkata, orang Melayu kini berasa semakin lega dengan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, terutamanya selepas beliau menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

"Saya fikir ucapan Najib mempengaruhi orang Melayu, saya fikir rakyat sekarang berasa lega dan pada masa sama, rakyat bukan Melayu juga selesa kerana tidak ada kecelaruan dalam pemikiran berhubung dasar negara," jelasnya.

Benarkah Taib Mahmud 'tidak ada otak' ?

Anehnya, boleh juga dikatakan paradox. Taib Mahmud seorang ketua menteri yang dianggap ‘tidak ada otak’ atau 'lembab' mampu mengurus ekonomi dan kewangan negeri dengan baik. Malah lebih baik dari mereka 'yang ada otak' seperti Lim Guan Eng, Khalid Ibrahim atau Anwar Ibrahim.

Seperti yang dilaporkan media pro PR, Taib Mahmud sempat mengumpul kekayaan peribadi berbillion dollar meskipun tanpa menggunakan 'otak'.

Sebagai pejuang 'parti maki hamun', Anwar maupun penyokong Pakatan Rakyat terkenal sering melontarkan ayat ‘tidak ada otak’, setiap kali mengkritik pucuk pimpinan negeri Sarawak dalam ceramah atau perbahasan harian.Termasuk juga ketika memberi jawapan jika ditanya tentang pembohongan mereka.

Namun matematik tidak pernah membohongi kita, lihat contoh dibawah sebagai perbandingan.

(Bajet pemimpin yang dikatakan 'tidak ada otak'...)
Bernama, November 01, 2010
Sarawak's 2011 budget proposal is expected to generate a surplus of RM60 million next year to ensure the state's financial position remains sound, Chief Minister, Tan Sri Abdul Taib Mahmud said Monday.

Taib, who is also state Finance Minister, said this was on the basis of an estimated total revenue of RM3.904 billion against ordinary expenditure of RM3.844 billion, which includes an appropriation to the development fund account.
Bandingkan dengan yang ini;

(Bajet pemimpin 'ada otak'...)
Bernama, November 02, 2010
The Penang government today tabled the state budget for 2011 with a deficit of RM107.78 million, RM28.8 million more than the RM78.98 million this year.
… Lim said the state government expects to collect RM385.3 million in revenue, RM60.29 million or 18.55 per cent more than the estimated RM325.04 million for 2010.
Ehh.. dimana revenue 1 billion seperti yang digembar-gemburkan?
Menurut doktrin 'Pakatan', cuma Anwar Ibrahim dan penyokong Pakatan yang ‘memiliki otak’ dan ‘menggunakan otak’. Penyokong PR memang gemar menggunakan ayat ini untuk siapa saja yang tidak mendukung cita-cita peribadi mereka ke Putrajaya.

Maka setiap data atau fakta yang dikeluarkan pihak lain adalah bohong belaka. Kerana hanya mereka dan Anwar yang serba tahu dalam serba-serbi. Malah Anwar mereka anggap 'dewa' dalam segala urusan dan kepakaran di dunia ini. 

Laporan Ketua Audit Negara 2009 berhubung rizab Kerajaan Negeri  Selangor yang mengalami defisit, dan kedudukan kewangan kerajaan Negeri dengan defisit RM65.96 juta. Bagai  membuktikan 'kehebatan' Anwar sebagai penasihat ekonomi yang luar biasa?

Nik Aziz Minta Penyokong PAS Jangan Kecewa

KOTA BAHARU, 5 Nov (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta para penyokong dan anggota PAS tidak kecewa berikutan kekalahan parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan Barisan Nasional (BN) mendapat majoriti lebih besar, semalam.

Sebagai pejuang Islam, mereka tidak patut kecewa dengan keadaan itu yang dianggap sebagai suatu cabaran yang mesti dihadapi, kata Menteri Besar Kelantan ketika ditemui pada majlis pelancaran kutipan derma untuk membina bangunan tambahan Masjid Mukim Panji di sini hari ini.

Pada pilihan raya kecil itu, calon BN Abdul Aziz Yusoff, memperoleh 5,324 undi mengalahkan calon PAS Dr Zulkifli Mohamad, yang mendapat 4,134 undi.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata faktor penglibatan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya BN akan dijadikan salah satu kajian dalam 'post mortem' PAS.

Katanya post mortem itu akan diadakan pada satu mesyuarat Ahad depan bagi mengkaji kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil itu.

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com