Thursday, September 30, 2010

Sahabat Selamanya | Lagu Tema Upin Ipin Bawa Persahabatan Malaysia-Indonesia


JAKARTA, 29 Sept (Bernama) -- Padi, sebuah kumpulan muzik sedang meningkat di Indonesia Rabu melancarkan album single dengan lagu berjudul "Sahabat Selamanya" untuk lagu tema siri kartun Malaysia "Upin Ipin", yang membawa pesan persabahatan Malaysia-Indonesia.

Penghormatan yang diberikan oleh produser kartun Upin Ipin itu kepada kumpulan muzik itu, sekaligus menjadi daya usaha diplomasi budaya dua negara bersahabat, di tengah-tengah ketegangan hubungan Malaysia-Indonesia sejak pertengahan Ogos lalu.

Walaupun penerbitan album single ini pada awalnya bukan bertujuan mengurangkan ketegangan suasana, namun kehadirannya diharap dapat menyejukkan hati masyarakat kedua-dua negara.

Pengarah Urusan Les Copaque Production Sdn Bhd Burhanuddin Radzi, produser siri kartun itu berkata penerbitan Upin Ipin bukan semata-mata untuk mencari keuntungan, tetapi juga berperanan menjaga hubungan kedua-dua negara.

"Pemilihan Padi adalah untuk memberi penghormatan kepada para peminat di Indonesia, yang selama ini telah menyokong Upin Ipin," katanya.

Burhanuddin berkata ramainya peminat kartun itu di Indonesia dapat dilihat dari facebook watak dua adik beradik itu di mana peminat Indonesia mencapai 80 peratus dari sekitar tiga juta peminatnya.

Lagu "Sahabat Selamanya" menggambarkan persahabatan antara Upin Ipin dan kawan-kawannya, termasuk seorang budak perempuan bernama Susanti yang berasal dari Indonesia.

"Dalam pertengkaran tidak ada yang untung, oleh itu jadilah sahabat selamanya saja," katanya.

Para anggota kumpulan Padi juga amat teruja dengan projek lagu tema itu tanpa rasa khuatir kehilangan populariti dan penggemar, di tengah-tengah sentimen anti Malaysia di Indonesia pada masa ini.

"Dalam dunia anak-anak, mereka tidak mengenal masalah politik. Ruang imaginasi dan ruang permainan mereka tidak ada batasan. Kita cuba memasuki dunia anak-anak dan semoga ia dapat menjadi jambatan ke arah sana," kata Piyu, gitaris Padi.

Para anggota Padi yang telah berkeluarga mempunyai rasa ghairah tersendiri untuk membuat lagu ini kerana mereka dan anak-anak masing-masing juga merupakan peminat setia siri kartun itu, yang ditayangkan oleh sebuah stesen televisyen swasta di Indonesia.

Sementara itu, jurucakap Eminent Person Group Indonesia-Malaysia, Musni Umar yang turut hadir dalam acara pelancaran single itu yakin tayangan siri Upin Ipin dapat meredakan perasaan salah faham antara masyarakat Malaysia dan Indonesia.

"Upin Ipin begitu besar pengaruhnya dalam masyarakat Indonesia. Saya berharap ia dapat mengubah persepsi negatif masyarakat di kedua-dua negara," katanya.

Beliau juga berharap lebih banyak program positif seperti konsert muzik bersama, pertemuan belia-belia serta antara petugas media dapat dijalankan dalam usaha membantu mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dalam semua bidang lain.

credit:  BERNAMA

Ahli PKR Cabang Baling mahu keluar parti, Parti apa?


Sandiwara demokrasi dalam PKR semakin jelas definisinya, bila satu demi satu mahu keluar parti. semuanya atas alasan tidak puas hati dengan kepimpinan atau alasan klasik yang lebih sentimental.

Lelah saja Bang Nuar berteriak dan berbohong disana-sini mengatakan PKR adalah parti  yang sangat demokrasi. Tok guru PAS juga hampir terkena asthma kerana berceramah dan berdemontrasi dijalan raya. demi membuktikan Pakatan Rakyat sungguh demokrasi. DAP hampir hilang suara, berteriak seperti kanak-kanak kerana mahu tonjolkan demokrasi ala Bang Nuar.

Mengapa harus tidak puas hati? Bukankah, perjuangan PKR hanya untuk membantu Bang Nuar mencapai cita-cita peribadi menjadi perdana menteri. Bukan tujuan lain wahai pakcik-pakcik!!!  Mungkin ahli PKR sudah lupa tujuan perjuangan mereka???

Kalau pakcik-pakcik PKR sudah lupa, Elok juga bertanya pada Datuk Nalla, Ezam Nor atau Zahid Muhd Arip. Mereka ini ada petua dan tips and trick.

Silakan membaca berita dibawah sementara menunggu PKR pusat menafikan. Dasar lidah bercabang!!!

BALING, 29 Sept (Bernama) -- Sekumpulan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Baling mengancam akan keluar parti sekiranya kepimpinan PKR negeri Kedah gagal mengambil kira pandangan mereka.

Setiausaha PKR cabang Baling, Mohd Azmi Mohamed Amin, berkata sikap kepimpinan negeri yang tidak mahu menerima pandangan cabang itu akan membawa kepada kehancuran parti.

Beliau berkata, mereka di peringkat cabang juga berasa tidak puas hati kerana campur tangan pihak atasan PKR dalam banyak hal termasuk turut merestui mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang Baling 2010 pada 24 Sept lalu.

"Kami hairan bagaimana kepimpinan PKR negeri boleh mengarahkan mesyuarat itu diadakan kerana jelas ia mengetepikan perlembagaan parti," katanya pada sidang akhbar yang dihadiri 20 anggota parti itu di sini pada Rabu.

Kumpulan berkenaan mendesak pihak pendaftaran pertubuhan dan pucuk kepimpinan pusat PKR berbuat sesuatu sebelum mareka bertindak keluar beramai-ramai daripada parti.

Mohd Azmi berkata beliau turut membuat satu laporan polis pada 25 Sept di Balai Polis Kuala Ketil berhubung mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang Baling 2010 yang dianggapnya sebagai tidak sah. - Bernama

Wednesday, September 29, 2010

Anwar kata rakyat Sarawak papa kedana, Kenapa PAS datang mengemis disini ???


PAS oh PAS, candu agama memang enak dan menghayalkan. PAS memang pakar dalam mengadun ramuan ini untuk memutar belit masalah rakyat.

Sebut saja apa isu, katakan saja apa agenda.  PAS tetap dengan candu agama untuk membohongi dan meraih simpati rakyat.

PAS sanggup berceramah di gereja dan mengatakan dihadapan masyarakat kristian bahawa kita sama bertuhankan Allah yang satu.

Tapi bila keluar dari gereja, PAS bukan sahaja menghina masyarakat agama lain dengan istilah 'kafir', malah siapa saja yang tidak menyokong PAS akan dianggap kafir. Dasar lidah bercabang!.

Sebelum ini, Anwar Pembohong dengan lantang mengatakan rakyat Sarawak merempat dan papa kedana. Bukti lihat disini.

Jika benar rakyat Sarawak papa kedana, mengapa pula PAS perlu mengemis ke Sarawak. Kononnya 'jihad', lagi-lagi candu agama...


Rupanya rakyat Sarawak yang harus membantu PAS, bukan PAS nak bantu Rakyat...jangan salah perkiraan.


Bagaimana mahu membantu rakyat, jika untuk pilihanraya saja sudah mengemis. fikir-fikirkan wahai orang Sarawak.

 Awas!!! ada pengemis politik sedang merayau-rayau


Hasil Makmal NKRA Dipamer Di Kuching Hari Ini


KUCHING, 28 Sept (Bernama) -- Hasil daripada makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diadakan pada pertengahan tahun ini akan dipamer kepada awam di Sarawak semasa Hari Terbuka Program Transformasi Ekonomi (ETP) di sini pada Isnin.

Pengarah Bersekutu Unit Komunikasi ETP, Ku Kok Peng berkata Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Pemandu) yang mengenal pasti 12 NKRA menerusi siri bengkel dan makmal telah merangka strategi kukuh, rancangan dan inisiatif untuk merubah negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

"Hari Terbuka tersebut akan menyatakan keputusan kerjasama ini dengan sektor swasta kepada komuniti perniagaan dan awam," katanya pada majlis penerangan dan makan malam untuk para editor media di sini malam Selasa.

Beliau berkata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan merasmikam acara ETP tersebut yang akan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu, Datuk Seri Idris Jala.

Hari Terbuka itu akan bermula di Kuala Lumpur pada 21 Sept dan akan turut diadakan di Kota Kinabalu pada 7 Okt.

Ku berkata makmal NKRA berkenaan melibatkan lebih 500 peserta daripada lebih 200 syarikat swasta, kementerian, agensi dan badan selia dan badan bukan kerajaan.

Tuesday, September 28, 2010

DAP Hanya Berminat Gugat SUPP


SIBU, 28 Sept (Bernama) -- Masyarakat Cina harus mempertimbangkan secara serius sekiranya mereka masih mahukan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk terus mewakili mereka pada pilihan raya negeri akan datang.

Menteri Alam Sekitar dan Kerajaan Tempatan Negeri Datuk Sri Wong Soon Koh berkata ini kerana negeri itu mempunyai 26 kumpulan yang berlainan kaum tidak seperti di tiga negeri yang dikuasai pembangkang iaitu Selangor, Perak dan Pulau Pinang, hanya terdapat tiga kaum.

"DAP hanya berminat untuk melemahkan kedudukan SUPP di dalam kerajaan kerana ia adalah sebahagian daripada dasar reformasi parti itu.

"Sekiranya parti itu berjaya menguasai semua kerusi SUPP, ia tidak akan berjaya melaksanakan dasar reformasinya untuk mengambil alih kerajaan," katanya kepada pemberita pada majlis makan malam anjuran Persatuan Penjaja Pasar Central Sibu sempena Festival Kuih Bulan di sini malam Isnin.

Wong yang juga Pengerusi SUPP cawangan Sibu berkata rakyat tidak mudah diperdayakan dan membuat keputusan yang salah pada pilihan raya negeri akan datang.

Terdahulu dalam ucapannya, Wong meminta penjaja di kawasan itu agar bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sibu (SMC) dan berunding dengan SMC sekiranya terdapat sebarang masalah.

Budaya Anarkis dalam PKR, Orang Sarawak ada pilihan


Menanggapi peristiwa anarkis dan budaya politik provokatif dalam pemilihan parti PKR. Berdetik juga pertanyaan, Apakah kita mahu menjemput budaya seperti itu berkembang dan subur di bumi kenyalang ini?

PKR tentunya ada alasan klasik dengan mengatakan itulah ‘demokrasi’ – menurut sudut pandang mereka. Namun jika itulah cermin kesuburan demokrasi, saya pasti demokrasi jenis inilah yang sangat menakutkan kita.

Sebagai rakyat biasa kita boleh bertanya pada diri dengan prinsip yang paling logika. Apakah kita akan menyanjungi budaya anarkis seperti itu dengan jiwa yang santai? Setidaknya kita akan berkata; “kita ada pilihan…”

Negeri Sarawak meskipun dihuni lebih dari 30 etnik dan sub-etnik, tapi tidak pernah terjadi suasana yang anarkis dan provokatif dalam pilihanraya. Apalagi sekadar pemilihan cabang dalam parti-parti tertentu.

Sebaliknya yang terjadi dalam Pakatan Rakyat, baik PKR atau PAS. Dalam pemilihan Parti saja sudah kecoh dengan provokasi dan amukan. Mungkin bagi mereka tidak ada Pilihanraya, yang tidak ada ‘kecederaan’. Suatu yang sangat asing bagi kita di Sarawak.

Jika PKR dengan alasan 'amukan demokrasi', parti PAS turut memiliki jargon ‘jihad’ yang sangat provokatif. manakala  DAP pula sangat cenderung dengan 'teriakan berbau hasutan' ala kanak-kanak. Maka tidak hairan setiap kali pilihanraya yang diwakili mereka, ada saja yang mengamuk atau cedera.

Anarkis, vandalisme, fitnah dan provokasi adalah bumbu perjuangan politik yang moron. Apakah kita akan menjemput mereka datang ke Sarawak, untuk mengajar kita cara menyokong atau membantah.
  .
Ini baru pemilihan cabang parti, apalagi kalau pilihanraya

Pemilihan Cabang PKR di Klang, 26/9/2010
 perwakilan membuang kertas undi di jalanraya kerana tidak puas hati
photo credit: link

Kita ada pilihan! 
Jika mereka ada reformasi, kita ada transformasi.

Monday, September 27, 2010

Video Anwar Pembohong : Satu penghinaan terhadap rakyat Sarawak!!!


Benarkah rakyat Sarawak merempat??? atau  Bang Nuar sengaja merendahkan-rendahkan orang Sarawak. Maklum saja, Bang Nuar bukan sekadar pandai berbohong, tapi juga mahir bersandiwara...haha

Bang Nuar adalah penerima Anugerah pembohong nombor 1 negara selama lebih 20 tahun berturut-turut dan bercita-cita jadi perdana menteri. Beliau akan terus memperjuangkan penipuan dan pembohongan demi memancing emosi rakyat Sarawak agar membenci Kerajaan yang memerintah.

Bang Nuar bukanlah pejuang rakyat! Tapi pejuang "Parti Kroni Rumahtangga" yang mendukung cita-cita sarkastik tersebut. Kasian Bang Nuar... hiks!


...benarkah Bang!
Kenyataan ini bukan sahaja keterlaluan, malah sengaja untuk memperbodohkan dan juga satu penghinaan untuk rakyat negeri Sarawak.

Sunday, September 26, 2010

Suspek utama lapor polis dakwa dipukul???


Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain hari ini membuat laporan polis mendakwa dia dipukul ketika berada di dalam tahanan reman.

Suspek membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dengan dikawal ketat beberapa anggota polis sambil diperhatikan oleh dua peguam yang mewakilinya, Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam.

Suspek yang merupakan seorang peguam dilihat masuk ke dalam balai polis itu untuk membuat laporan pada kira-kira pukul 4.15 petang dan keluar kira-kira lebih satu jam kemudiannya dengan menaiki kereta polis.

Ravi Nekoo berkata, pihak polis memberikan kerjasama baik dengan membenarkan suspek membuat laporan polis terhadap dakwaan dikasari sehingga mendatangkan kecederaan di belakang badan.

"Suspek dikatakan akan dihantar ke hospital untuk rawatan, tetapi tarikh dan hospital mana belum pasti lagi,” katanya kepada pemberita di luar perkarangan IPD Petaling Jaya.

credit: link

Nik Aziz tidak tamak kuasa, Benarkah??


Benarkah Nik Aziz tak tamak kuasa, tapi rasanya sudah lama Nik Aziz jadi Menteri Besar. Lagi satu, Nik Aziz bukan sekadar dah tua, siap pakai tongkat pun...haha

Di Malaysia, Nik Aziz satu-satunya pemimpin yang dah bertongkat. Dah lama dahhh nik ajis oiii...

Apa kata Nik ajis;

KOTA BAHARU, 26 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak menyimpan sedikit pun perasaan tamak untuk terus kekal memegang jawatan itu yang telah disandangnya sejak 1990.

Nik Aziz berkata ia bukan kehendaknya tetapi adalah keputusan pucuk pimpinan PAS sendiri yang mahukan beliau terus memegang jawatan itu.

"Saya sendirilah jadi Menteri Besar ini tak ada tamak sikit habuk tapi telah dipilih oleh parti. Jadi Menteri Besar, kalau boleh nak suruh orang lain (ganti) tapi lepas setahun, setahun, lepas sepenggal, sepenggal (terus memegang jawatan itu)," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Ahad.

Mursyidul Am PAS itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu program Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pasir Mas semalam yang mengingatkan pemimpin Melayu termasuk dari parti pembangkang supaya tidak menggadaikan hak-hak orang Melayu semata-mata hendak mendapat tempat dan ingin menjadi Perdana Menteri.

Menurut Mahathir keadaan itu jika dibiarkan tidak mustahil suatu hari kelak negara ini akan menjadi seperti Singapura dimana bangsa Melayu dan umat Islam tidak lagi bebas bersuara.

Mengulas perkara itu, Nik Aziz berkata apa yang dinyatakan oleh Dr Mahathir itu diterimanya dengan baik dan boleh dijadikan sebagai peringatan kepada semua pihak termasuk daripada parti pembangkang.

BERNAMA

Program Khas Bantu Kaum India Dapat Sambutan Hangat - Bukti Kerajaan Bukan Rasis


Jangan ditanya pada Anwar atau Nik Aziz, kerana apa saja yang dilakukan Kerajaan pasti tidak betul menurut sudut pandang mereka yang gila kuasa. Selain mahir berbohong dan berjanji mereka akan gelabah antara meminjam lidah biawak atau lidah sesumpah demi memutar-belit  fikiran rakyat berbilang kaum.

Apakah Kerajaan rasis dan tidak membantu masyarakat berbilang kaum di negara ini? bagi yang tidak 'tolol' pasti mampu berfikir sendiri...

KULIM, 26 Sept (Bernama) -- Hampir 2,000 anggota masyarakat India yang menghadapi pelbagai masalah, termasuk berkaitan sijil kelahiran dan bantuan kebajikan, membanjiri program "1Malaysia, Rakyat Didahulukan" di sini untuk menyelesaikan masalah masing-masing melalui urusan secara terus dengan jabatan dan agensi kerajaan yang berkenaan.

Program sehari anjuran bersama Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) untuk Kaum India dan MIC itu, yang berlangsung hingga lewat petang Sabtu, menerima kira-kira 1,760 aduan.

Program berkenaan adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk menyelesaikan masalah masyarakat India dengan menyediakan kemudahan untuk mereka berurusan secara terus dengan jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Pertubuhan Keselamatan Sosial dan Tekun Nasional.

Pengerusi SITF Datuk Dr S. Subramaniam, yang juga Menteri Sumber Manusia, berkata program itu bertindak sebagai pusat sehenti untuk membolehkan masyarakat India berurusan secara terus dengan jabatan dan agensi kerajaan yang berkenaan.

"Ia memberi ruang kepada mereka untuk berurusan secara terus dengan jabatan berkenaan di mana mereka boleh berkomunikasi dan mendapat jawapan segera bagi soalan mereka, walaupun masalah mereka mungkin tidak dapat diselesaikan di situ juga," katanya kepada pemberita pada akhir program itu.

Anggota masyarakat India, termasuk dari luar kawasan ini, tiba di tapak program itu sejak pukul 8 pagi, manakala jabatan dan agensi kerajaan terbabit menyediakan khemah khas untuk memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

Dr Subramaniam berkata perkara lebih penting ialah jumlah kes yang berjaya diselesaikan dengan cepat dan baik, bukan jumlah mereka yang menghadiri program itu.

"Keutamaan kami sekarang ialah menyelesaikan masalah yang dikemukakan kepada kami secara kes demi kes. Kami akan cuba menyelesaikannya secepat mungkin," katanya.

Beliau berkata SITF akan membuat susulan tentang sesuatu kes dengan jabatan dan agensi berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.

Katanya program ketiga akan diadakan di Sepang, Selangor, bulan depan yang dijangka mendapat sambutan ramai. Program pertama di Ijok, Selangor, pada 15 Ogos, dihadiri 1,000 orang.

SITF ditubuhkan atas inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal tahun ini sejajar dengan keputusan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kaum India yang beliau pengerusikan.

Kes Bunuh Sosilawati: Lokasi mayat ditanam ditemui


 25/9/2010
KUALA LANGAT: Dua lokasi baru dipercayai adalah tempat dua mayat yang dikaitkan dengan suspek utama kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain ditanam, ditemui di kawasan Ladang Gadong, Banting di sini, hari ini.

Difahamkan, kedua-dua lokasi itu terletak di kawasan ladang milik suspek utama terbabit di mana satu daripadanya terletak di bahagian dalam, manakala satu lagi di bahagian luar.

Polis mendapat petunjuk berhubung lokasi berkenaan hasil maklumat daripada empat suspek yang dibawa masuk ke dalam ladang itu kira-kira jam 4 petang tadi.

Tinjauan juga mendapati sebuah jentolak dibawa masuk kira-kira pukul 4.30 petang di kawasan ladang itu dipercayai digunakan untuk kerja-kerja mengesan lokasi mayat tersebut.

Bagaimanapun, operasi mengorek dua lokasi itu hanya akan dilakukan pagi esok berikutan kesemua kenderaaan forensik, MPV polis dan sebuah van yang membawa suspek, keluar semula dari ladang itu kira-kira jam 6.45 petang.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu yang dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Saturday, September 25, 2010

TERKINI : Taib Mahmud Umum Terus Terajui Sarawak


KUCHING, 25 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Sabtu mengumumkan secara rasmi kesediaannya untuk terus menerajui kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak dan kerajaan negeri.

Pengumuman tersebut sekaligus menepis spekulasi yang timbul berkaitan dengan kedudukannya berikutan kenyataannya dibuat pada 24 Ogos lalu menyatakan beliau bersedia berundur.

Abdul Taib yang merupakan Ketua Menteri paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak 26 Mac 1981 itu berkata walaupun ada di kalangan keluarganya tidak bersetuju namun oleh kerana khidmatnya masih diperlukan rakyat akhirnya mereka memahami keputusannya.

"Mereka sekeluarga bersetuju (agar saya) tidak menghampakan harapan rakyat Sarawak," katanya di Hangar Hornbill Skyway di sini pada Sabtu.

"Bagi saya sendiri walau apa pun terjadi saya akan terus menolong negeri Sarawak," katanya di hadapan lebih 7,000 orang yang terdiri daripada menteri kabinet negeri, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), penyokong parti komponen BN Sarawak dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Pemimpin yang berusia 74 pada tahun itu bagaimanapun enggan menyatakan berapa lama beliau akan terus menerajui tampuk pemerintahan negeri namun berkata proses pembentukan satu pasukan bagi menerajui kepimpinan akan datang kini sedang dilakukan.

Abdul Taib berkata, sudah sampai masa penyokong dan anggota parti komponen BN Sarawak untuk menangkis dakyah palsu pembangkang yang hanya tahu mengkritik segala usaha yang dibuat oleh kerajaan.

Beliau memberi jaminan akan meneruskan visi kerajaan negeri untuk menjadikan negeri Sarawak sebagai antara negeri termaju menjelang 2020.

Pada 24 Ogos, Abdul Taib dipetik sebagai berkata yang beliau masih belum memutuskan untuk bertanding dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-10 yang tempoh penggal berakhir pada Julai tahun depan.

Abdul Taib sebelum ini ialah ADUN Asajaya sebelum bertukar ke kawasan DUN Balingian pada 2001.

sumber:  BERNAMA

Janji 'Mengarut' Azmin untuk Rakyat Sarawak


Azmin’s ‘nonsensical’ promise to return native land misleading — Naroden

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) vice president Azmin Ali, who is vying for the party’s number two position, was ticked off by a state assistant minister for making ‘nonsensical statement’ on native customary land.

The Gombak MP had told a gathering at Rumah Rangong in Ulu Niah near Miri last Saturday of PKR’s promise to the people of Sarawak that their land would be returned to them if Pakatan Rakyat (PR) governs the state.

But according to Assistant Minister of Planning and Resource Management, Mohd Naroden Majais, there is no question of returning native customary rights land (NCL) to the people of Sarawak as the present government never took any land from the natives.

“How can you return something that you never took away? Clearly the PKR’s vice president’s promise is a nonsensical statement and a political gimmick to mislead the people,” Naroden said.

“The government is confident that the people will not be easily taken in by empty promises made by those who have yet to prove their capability in improving the well-being of the people, particularly the rural folks.

‘Govt can help resolve problems faced by rural people’

“With the implementation of the land initiative, survey and issuance of land title, it has been proven that the government can help resolve problems faced by the rural people with regards to native customary land, and at the same time, ensure continuous rural development,” said Naroden in a press statement faxed to the local media yesterday.

He pointed out that all this while, the government has always recognised NCL and there are lawful methods under Section 5 of the Land Code of creating such land.

He also said existing NCL are also protected under Section 15 of the Land Code which states that “such land shall not be alienated or be used for a public purpose until all customary rights have been surrendered or terminated or provision for compensating the persons entitled thereto have been made”’.

“The issuance of Provisional Leases for Large-Scale Plantations, License for Planted Forests and Timber License always excludes native customary land.

“Where native customary land are acquired by the government for development projects, there are provisions under Section 5(3) and (4) of the Land Code for the payment of adequate compensation,” said Naroden who is also Assistant Minister in the Chief Minister’s Department and assistant treasurer of Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

On the new initiative, he said the government is carrying out perimeter survey of native customary land throughout the state for eventual gazettal as Native Communal Reserves.

The next stage of this initiative, he pointed out, is the survey of individual lots for issuance of Section 18 titles.

“This task requires cooperation from the locals to identify the boundaries of their individual lots before the surveyors from the Land and Survey Department can move,” he said.

On a related matter, he said the Land and Survey Department is also embarking on a continuous exercise to survey and issue land titles to land within traditional kampung (villages). He revealed that to date, about 35,990 titles have been issued under this programme which is ongoing.

“The government not only recognises native customary land but also vigorously tries to develop it through the NCR Land Development Concept which is for the economic well-being of the rakyat (people),” he said.

source: borneo post

Sarawak Beli Hidro Bakun


MIRI: Kerajaan persekutuan bersetuju kerajaan negeri mengambil alih Empangan Hidroelektrik Bakun untuk menjana keperluan tenaga di negeri ini.

Tanpa menyatakan tarikh dan juga kos sebenar, ia diberitahu oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin sebelum sesi bertemu rakyat di ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), semalam.

“Projek Bakun yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan akan dibeli dan diambil alih oleh kerajaan negeri melalui Sarawak Energy Berhad,” katanya.

Bagaimanapun, katanya kos pembelian hanya merangkumi kos pembinaan dan ia langsung tidak bermotifkan keuntungan.

Pada masa sama, Chin menyatakan bahawa projek cadangan kabel dasar laut yang dikatakan akan menyalurkan tenaga ke Semenanjung Malaysia tidak akan dibuat dalam masa terdekat.

“Kabel untuk menyalurkan tenaga ke Semenanjung Malaysia tidak akan dipasang dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun saya tidak menafikan jika ia akan dilaksanakan pada masa akan datang,” ujar Chin.

Ini bermakna, katanya ia bergantung kepada kecukupan tenaga di Sarawak sendiri dan projek berkenaan (pemasangan kabel dasar laut) tidak akan dilaksanakan sebelum lebihan penggunaan tenaga berlaku di negeri ini.

Oleh sebab itu, kementeriannya terpaksa membuat dua lagi stesen jana kuasa arang batu yang setiap satunya dijangka menghasilkan 1,000 megawatt (MW) di Semenanjung Malaysia yang telah dikonsesikan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Sebuah stesen jana kuasa arang batu telah dikenal pasti di Manjung, Perak manakala sebuah lagi lokasinya belum dikenal pasti,” tambahnya.

Projek Empangan Hidroelektrik Bakun bermula pada 1996 dan mempunyai binaan konkrit berketinggian 215 meter, difahamkan berupaya menjana lapan turbin yang akan menghasilkan 2,400 MW.

Friday, September 24, 2010

Parti Politik Baru Sarawak Ingin Sertai Pakatan Pembangkang


SIBU, 24 Sept (Bernama) -- Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS), parti terbaru yang akan didaftarkan sebagai sebuah parti politik, mengulangi lagi hasratnya untuk menyertai Pakatan Rakyat negeri.

Presiden penaja Salleh Mahli, seorang ahli perniagaan berkata sebuah pakatan pembangkang yang bersatu akan mampu untuk memberikan cabaran kepada Barisan Nasional (BN) pada pihan raya negeri akan datang.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan RM5,000 kepada mangsa kebakaran kaum Penan di penempatan Long Luar dan and Long Kajang di pedalaman daerah Belaga di Bahagian Kapit, katanya parti itu telah memaklumkan hasratnya kepada Pakatan Rakyat untuk menyertainya.

Bagaimanapun pemimpin PR belum lagi memberikan jawapan, mungkin mereka ragu-ragu bahawa PERS adalah parti tajaan BN, tambahnya.

Pada majlis itu seorang paderi yang kini menjadi aktivis sosial Micheal Jok menerima cek sumbangan itu yang diadakan di rumah panjang Iban Rh.Sudan di Naman dekat sini.

Salleh juga menyampaikan sumbangan kepada seorang wakil penduduk Orang Ulu, Uma Balui, Labuway, Nahajalay di daerah itu untuk membina sebuah kolam rawatan air untuk bekalan air mereka.

Katanya PERS akan bertanding dalam 30 kerusi pada pilihan raya akan datang jika parti itu diterima masuk ke dalam PR manakala 41 kerusi lain akan ditandingi oleh parti lain dalam pakatan itu.

"Tetapi jika mereka sekali lagi tidak menerima kita, kita akan bertanding dalam semua 71 kerusi," katanya ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang hanya akan berpihak kepada BN," kata beliau.

Mengenai PERS, beliau berkata jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan pendaftarannya menjelang pilihan raya akan datang, parti itu akan meletakkan calonnya sebagai calon bebas.

Salleh berkata PERS ditubuhkan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi khasnya penduduk luar bandar dengan menggalakkan mereka menanam pokok Jatropha yang mempunyai potensi sangat baik dalam ekonomi.

-- BERNAMA

Kes Bunuh Sosilawati: Suami tak ambil kesempatan...


..“Tak pernah terlintas langsung di hati saya untuk mengambil kesempatan terhadap harta isteri dan keluarganya seperti tohmahan yang dilemparkan. Bagi saya, tiada lebih penting selain keharmonian keluarga dan anak-anak tiri saya,” kata suami Datuk Sosilawati Lawiya.

Ahli perniagaan berusia 48 tahun itu yang masih enggan identitinya didedahkan berkata, dia kurang menonjolkan diri di sebalik kematian tragis isterinya kerana tidak mahu orang tersalah anggap dan menuduh dia ingin mengambil harta jutawan wanita itu.

“Maklumlah perkahwinan saya dengannya masih baru, jadi orang mudah berprasangka terhadap saya. Insya-Allah, wang yang saya ada cukup untuk saya,” katanya dalam temuramah dengan RTM dan Harian Metro di sini, semalam.

Lelaki itu berkata, dia bernikah dengan jutawan kosmetik berkenaan pada November tahun lalu dan jarang mencampuri urusan perniagaan isterinya yang dipanggil dengan panggilan Wati.

“Saya sudah mengenali Wati 10 tahun lalu atas urusan perniagaan sebelum berkahwin dengannya, malah perkahwinan kami atas dasar cinta dan bukan seperti digembar-gemburkan masyarakat iaitu kerana harta atau sebagainya,” katanya.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa isterinya pada 26 Ogos lalu ketika menghantar Wati menghadiri perbicaraan mahkamah pada hari berkenaan dan sepanjang Ramadan lalu hanya dua kali mereka berbuka puasa bersama.

Katanya, dia tidak dapat melupakan permintaan terakhir arwah supaya mengimamkan solat Maghrib ketika pertemuan terakhir mereka.

“Itu permintaan terakhirnya kepada saya sebelum dia dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu dan seterusnya disahkan mati akibat dibunuh secara kejam hampir dua minggu kemudian,” katanya yang berasal dari Indonesia, tetapi sudah mendapat status penduduk tetap negara ini.

Ketika ditanya mengenai perniagaannya, beliau yang berstatus duda beranak tiga sebelum berkahwin dengan Sosilawati berkata, dia terbabit perniagaan import dan eksport, tetapi enggan mengulas lanjut mengenai perniagaannya.

Beliau amat berharap orang ramai tidak membuat tuduhan yang bukan-bukan ke atasnya dan menghormati privasinya serta pendiriannya untuk tidak mahu identitinya didedahkan.

“Sebelum ini, saya bukan mengelak daripada media, tapi saya risau soalan yang diajukan kepada saya akan mengganggu siasatan polis. Namun, saya kecewa apabila ada yang membuat tohmahan mengaitkan saya dengan kematian Wati.

“Untuk makluman, saya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dan siasatan polis setakat ini membuktikan saya tidak terbabit kes ini,” katanya.

Lelaki itu berkata, dia juga berpuas hati dengan siasatan polis dan memuji kemampuan polis melakukan siasatan dalam masa singkat sebelum menahan suspek.

Sosilawati dibunuh kejam bersama tiga lagi individu lain iaitu Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangan, Noorhisham Mohamed, 38, ketika pergi ke Banting bagi tujuan pembelian tanah di Batu Feringgi, Pulau Pinang.

Mereka dipercayai diikat, dipukul dan ditikam hingga mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

Berikutan itu, polis menahan lapan suspek termasuk dua peguam adik-beradik berusia 41 dan 38 tahun kerana disyaki terbabit pembunuhan itu.

credit: metro

Kes Bunuh Sosilawati: Suspek utama nafi terlibat


Peguam dakwa 2 beradik tak diberi peluang pertahan diri sebelum direman

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali semalam, dua beradik yang juga suspek utama kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dibenarkan berjumpa peguam mereka dan dalam pertemuan itu mereka mendakwa tidak terbabit dalam kes berkenaan.

Peguam mereka, D P Vijandran, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya selepas beliau bertemu dengan mereka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, petang semalam.

Saya bersama dua rakan peguam dibenarkan berjumpa kedua-dua anak guam kami selama 15 minit dan dalam pertemuan itu mereka menafikan terbabit dalam pembunuhan kejam membabitkan empat individu termasuk seorang jutawan kosmetik.
Mereka mendakwa tidak diberi peluang mempertahankan diri sebelum ditahan reman, katanya ketika ditemui di IPKKL, semalam.

Vijandran bersama peguam Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam tiba di IPKKL kira-kira jam 3 petang bersama isteri kedua-dua suspek utama sebelum meninggalkan pekarangan ibu pejabat itu 30 minit kemudian.

Difahamkan, isteri kedua-dua suspek itu dibenarkan berjumpa suami masing-masing kira-kira 10 minit. Ini pertemuan pertama mereka sejak ditahan 11 September lalu.

Dalam pada itu, Vijandran turut menyuarakan rasa kesal dengan laporan akhbar sejak kejadian berkenaan yang disifatkannya berat sebelah, sedangkan kes itu belum pun dibawa ke mahkamah.
Selagi kes ini belum dibawa ke mahkamah dan sehingga hakim memutuskan siapa yang bersalah, anak guam saya tidak bersalah.

Sepanjang berada dalam lokap sejak dua minggu lalu, salah seorang anak guam saya juga mendakwa dia ditumbuk dan ditendang anggota polis sehingga cedera di belakang badan.

Malah, permintaan anak guam saya untuk mendapatkan rawatan di hospital berhubung kecederaan itu juga tidak diendahkan polis, katanya laporan polis mengenainya akan dibuat hari ini.

Sosilawati, 47, dibunuh bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, di sebuah ladang persendirian di Banting pada 30 Ogos lalu.

Nizar sekadar 'alat' DAP, dan PAS memperalatkan Islam


 Petikan;

“Kita lihat (Datuk Seri) Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP sehingga (pakatan pembangkang) jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina.

“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah 'alat' pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya.

Dr. Mahathir menambah, walaupun Nizar yang mewakili Pas ketika memerintah Perak seolah-olah memperjuangkan Islam, parti itu sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.

Baca selengkapnya...
Melayu hilang kuasa
KUALA LUMPUR 23 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Kata beliau, ia terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada Pas.

Kes Bunuh Sosilawati : Suara pembunuh dirakam


KLANG - Siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki memasuki episod baru apabila polis dijangka menerima dua fail rakaman perbualan yang boleh dijadikan bahan bukti susulan kes itu.

Salah satu rakaman itu ialah perbualan seorang lelaki yang mengaku dirinya pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan (ASP) dari Bukit Aman yang meminta wang 10 lakhs (RM1 juta) dari S. Usharani iaitu isteri ahli perniagaan India, Allal Khatan Muturaja, 34, yang dilaporkan hilang ketika datang ke negara ini Januari lalu.

Satu lagi ialah rakaman perbualan antara Usharani dengan seorang lelaki yang kini ditahan polis bagi membantu siasatan yang berkisar mengenai kehilangan Allal Khatan.

Kedua-dua perbualan yang dirakam menggunakan telefon bimbit selama dua minit itu akan diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Menurut Usharani, perbualan dengan salah seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut dirakam pada 28 Januari lalu.

"Dalam perbualan itu, lelaki tersebut tidak memberitahu saya di mana Allal Khatan berada kerana ketika itu dia mendakwa berada di Thailand," ceritanya pada sidang akhbar di sini semalam.

credit: kosmo

Konsulat Indonesia: Ramai pembantu rumah sanggup kerja di Sarawak


KUCHING: Ramai pembantu rumah warganegara Indonesia sanggup bekerja di Sarawak walaupun negara mereka melarang mereka ke negara ini, kata Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching Rafail Walangitan.

Menurutnya negaranya tidak dapat melaksanakan larangan itu memandangkan sempadan Kalimantan dan Sarawak terlalu luas untuk dipantau.

“Selain itu mereka sentiasa datang ke sini dengan menggunakan pas lawatan sosial,” katanya kepada akhbar kumpulan The Borneo Post semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama kelmarin yang memetik Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhaimi Iskandar sebagai berkata kerajaan negara itu melarang calon pembantu rumah negara itu pergi be-kerja di Malaysia sehingga kerajaan Indonesia memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka.

Kenyataan Muhaimi itu adalah reaksi kepada kejadian terbaru membabitkan peng-aniayaan terhadap pembantu rumah Indonesia Winfaedah di Pulau Pinang pada 13 September lalu.

Selain Malaysia, dua negara lain yang turut diminta dihindari calon itu sehingga ada kepastian perlindungan terhadap mereka ialah Kuwait dan Jordan.

Menurut Rafail, terdapat jutaan warga Indonesia yang sanggup datang ke Malaysia atau negara lain sebagai pembantu rumah kerana mencari peluang-peluang pekerjaan di luar negara.

Beliau menambah larangan sama telah berkuat kuasa sejak Jun tahun lalu dan kedua-dua negara kini cuba berunding untuk menyelesaikan pelbagai isu berkaitan, antaranya gaji bulanan RM800 untuk amah seperti diminta Kerajaan Indonesia.

“Kita berharap isu ini dapat diselesaikan dalam dua tempoh dua bulan kerana kedua-dua negara sedang berusaha ke arah itu,” katanya.

Menurut beliau ketika ini, terdapat sekurang-kurangnya 25,000 hingga 30,000 pembantu rumah warganegara Indonesia bekerja di Sarawak.

“Manakala kira-kira 200,000 lagi (warga Indonesia) bekerja dalam pelbagai sektor di Sarawak seperti perladangan, kilang, pem-binaan dan perikanan,” tambahnya.

credit: borneo post

Thursday, September 23, 2010

Kes Bunuh Sosilawati: kemungkinan Sosilawati juga dirogol


Polis siasat kemungkinan Sosilawati juga dirogol

KUALA LUMPUR: Lapan suspek lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan kes kehilangan ahli perniagaan India, termasuk dua beradik peguam diambil sampel darah dan air mani bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Difahamkan, sampel air mani diambil bagi menyiasat maklumat baru kemungkinan salah seorang mangsa turut dirogol.

Dalam pada itu, Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan berkenaan kepada polis kerana berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan.
Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah, berkata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sudah memberi beberapa arahan baru untuk disiasat polis.

Peguam Negara juga meminta polis menyiasat lanjut kes-kes lain yang mempunyai kaitan dengan suspek yang ditangkap (berhubung pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya).

Polis menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 September lalu, dan Peguam Negara mendapati ada banyak lagi perlu dibuat siasatan lanjut. Kertas siasatan itu dikembalikan kepada polis pada hari sama, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan sudah menerima kembali kertas siasatan awal itu daripada Jabatan Peguam Negara dan menyifatkannya sebagai prosedur biasa bagi memperkukuhkan siasatan kes.
Sementara itu, difahamkan pengambilan sampel semua suspek itu adalah yang kedua selepas kali pertama, minggu lalu berikutan ada penemuan beberapa petunjuk baru dalam siasatan kes berkenaan.

Sumber memberitahu Berita Harian, proses itu sebahagian daripada prosedur standard operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), khusus untuk memperlengkapkan kertas siasatan kes berkenaan bagi tujuan pendakwaan di mahkamah.

Polis menemui beberapa bukti dan maklumat baru sepanjang proses siasatan, di mana penemuan itu memerlukan pengambilan sampel darah dan air mani suspek. Ini bertujuan melengkapkan kertas siasatan seperti diarahkan Peguam Negara, katanya.

Kelapan-lapan suspek lelaki terbabit, iaitu enam berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan dua lagi berhubung kehilangan ahli perniagaan India, Muthuraja Allal Kanthan tiba di Jabatan Patologi HKL kira-kira jam 3 petang, menaiki empat kenderaan berasingan dengan kawalan ketat pasukan khas yang mengendalikan kes itu.

Proses ini berlangsung selama dua jam sebelum suspek dihantar semula ke Pusat Tahanan Sementara di Bukit Jalil kira-kira jam 5 petang, katanya.

Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dibunuh kejam bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38, di sebuah ladang persendirian di Morib, Banting pada 30 Ogos lalu.

Semua mangsa dilaporkan diikat, dipukul dan ditikam sampai mati sebelum mayat dibakar serta abu mereka dibuang ke beberapa sungai berhampiran.

Berikutan itu, polis menahan lapan suspek berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Turut ditahan dua suspek lelaki berusia 30 dan 34 tahun berhubung siasatan kes kehilangan saudagar batu permata, Muthuraja, 34, dari Chennai, India pada 18 Januari lalu, yang dipercayai turut mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati.

'Bendera' Usir Duta Malaysia


JAKARTA - Sekitar 500 warga Indonesia mengadakan demonstrasi bermotosikal di luar kediaman Duta Besar Malaysia di sini semalam kerana mengutuk penderaan seorang pembantu rumah Indonesia oleh majikannya di Malaysia.

Berang berhubung kes terbaru seorang pembantu rumah Indonesia dirogol dan diseksa di Malaysia, kumpulan penunjuk perasaan itu mengepung kediaman Duta, Syed Munshe Afdzaruddin dan menuntut beliau meninggalkan Indonesia dalam tempoh dua hari.

Pembantu rumah Indonesia yang dikenali sebagai Winfaedah yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia pada 17 September lepas dan berumur 26 tahun itu dikatakan telah didera secara fizikal dan seksual sejak lebih empat bulan oleh majikannya di Malaysia.

Ekoran itu, sepasang suami isteri telah ditahan polis pada 19 September lalu bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Mereka turut bergerak ke Kedutaan Malaysia dan mengancam menuju ke beberapa pusat membeli-belah dan hotel berdekatan untuk mengarahkan pelancong-pelancong Malaysia supaya meninggalkan negara itu.

Tunjuk perasaan tersebut berlangsung di bawah kawalan pihak polis.

"Kami mahu Duta Malaysia meninggalkan Indonesia dalam masa dua hari. Sekiranya beliau enggan, kami akan mengosongkan rumahnya," kata anggota kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera), Mustar Bonaventura. Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh Bendera yang merupakan sebuah kumpulan nasionalis Indonesia.


"Malaysia benar-benar melampaui batas. Sekali lagi mereka menyeksa dan merogol pekerja domestik kita. Kami telah hilang sabar. Mereka menjatuhkan maruah Indonesia dan rakyatnya," tambah lelaki itu.

Penunjuk-penunjuk perasaan melaungkan kata-kata 'Orang Malaysia biadab, menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia di samping membawa sepanduk yang tertera slogan Ganyang Malaysia.

"Kami akan meminta pelancong-pelancong Malaysia di pusat beli-belah di Senayan supaya keluar (dari Indonesia). Namun, kami akan memberitahu mereka dengan cara sopan kerana kami bukannya zalim dan perogol seperti beberapa warga Malaysia," ujar Mustar.

Seorang jurucakap polis di Jakarta, Boy Rafli bagaimanapun meminta semua pihak supaya tidak bimbang kerana polis akan memastikan kumpulan tersebut tidak bertindak di luar batasan. - Agensi

credit: kosmo

Teater Tun Mahathir Boleh Jadi Sajian Klasik Kepada Negara


KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Pementasan teater muzikal 'Tun Mahathir' di Istana Budaya yang bermula Jumaat ini dapat menjadi aspek penting dan sajian klasik bagi mengenang jasa bekas pemimpin tertinggi negara itu.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kepimpinan dan keunikan keperibadian Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah banyak menabur bakti selain memajukan Malaysia menjadikan pementasan itu relevan untuk tatapan umum.

"Seseorang negarawan seperti Dr Mahathir sangat relevan kepada masyarakat kita, justeru walau dalam lipatan usia lanjut beliau masih seorang yang aktif dan hidupnya cerminan kepada masyarakat.

"Sebab itu, kerana keunikan beliau kita merasa sangat afdal mempamerkan pementasan muzikal yang menggarapkan beberapa aspek kehidupan beliau didramakan sedemikian rupa supaya perjuangan beliau dapat menjadi aspek tertinggi kepada negara," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pratonton pementasan kira-kira dua jam setengah itu, di sini Rabu malam.

Beliau berkata teater muzikal yang dibawakan oleh CRTA Production, kementeriannya serta Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) itu dapat menarik minat masyarakat bagi mengetahui perjalanan kehidupan Perdana Menteri keempat negara tersebut.

Teater muzikal yang akan dipentaskan selama 14 hari itu menceritakan mengenai kehidupan Dr Mahathir dari kecil, semasa memegang jawatan Perdana Menteri hinggalah kepada kehidupannya pada masa kini.

Ia membariskan Esma Daniel yang memegang watak Dr Mahathir (dewasa), Erra Fazira (Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali), Zizan Nin (Dr Mahathir semasa remaja) dan finalis Idola Kecil 2008 Mohd Shafeiq Shazwan (Dr Mahathir semasa kanak-kanak).

Teater muzikal itu diarahkan oleh Dekan Fakulti Teater ASWARA Rosminah Mohd Tahir manakala skripnya ditulis oleh Ismail Kassan.

-- BERNAMA

Paris Hilton batal lawatan ke Malaysia


KUALA LUMPUR: Selebriti Amerika Syarikat, Paris Hilton membatalkan rancangan untuk melawat negara ini esok selepas dilarang memasuki Jepun hari ini.

Aktres dan penyanyi berusia 29 tahun itu dalam laman Twitter berkata, beliau berlepas pulang selepas pihak berkuasa Jepun menahan beliau daripada melawat negara itu berikutan menghadapi pertuduhan memiliki dadah di Las Vegas. "Saya sudah hendak berlepas. Balik ke rumah sekarang. Sangat kecewa kerana terlepas peluang untuk menemui peminat di Asia. Saya berjanji akan datang semula tidak lama lagi. Saya sayang anda semua! Sayang, Paris," kata beliau dalam laman Twitternya sebelum berlepas dari Jepun. Di Kuala Lumpur, beliau dijadual melancarkan pewangi terbarunya yang diberi nama Tease dan beg tangan Paris Hilton koleksi musim gugur/sejuk 2010 di Pavilion Kuala Lumpur.

Tokyo adalah perhentian pertama beliau dalam rancangan jelajah Asia yang mana beliau dijadual melawat Kuala Lumpur dan akan merasmikan pembukaan butiknya di Jakarta.

Laporan berita antarabangsa memetik pegawai seranta Hilton, Dawn Miller sebagai berkata, selebriti itu merancang untuk mengadakan lawatan itu pada tarikh lain.

"Paris sangat kecewa dan berhasrat untuk memenuhi komitmen perniagaannya dan menemui peminat beliau, tetapi beliau dipaksa untuk menangguhkan komitmennya di Asia," kata Miller. - Bernama

53 pendatang tanpa izin, termasuk warga Indonesia ditahan


BESUT – Seramai 53 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Terengganu di sebuah tapak pembinaan projek rumah pangsa dekat Kuala Besut, semalam.

Mereka yang ditahan dalam operasi kira-kira dua jam bermula pukul 11 pagi itu terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh dan Vietnam.

Pengarah Jabatan Imigresen Terengganu, Azhar Abd. Hamid berkata, ketika serbuan dibuat, kesemua mereka termasuk tiga wanita sedang bekerja di tapak pembinaan itu.

"Hasil pemeriksaan mendapati mereka melakukan pelbagai kesalahan termasuk 24 orang menyalah guna pas kerja, 16 tiada dokumen pengenalan diri dan 13 lagi tinggal lebih masa di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi itu membabitkan 29 anggota jabatan itu dan 12 anggota Rela.

Kesemua yang ditahan itu dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Ajil, katanya. – Bernama

credit: kosmo

Wednesday, September 22, 2010

Demonstrasi anti-Malaysia kembali Lagi


JAKARTA 22 Sept. – Setelah menyepi sejak dua hari menjelang Aidilfitri baru-baru, kumpulan aktivis masyarakat Indonesia pada Rabu kembali mengadakan demonstrasi anti-Malaysia dengan kali ini membawa isu pembantu rumah dari negara itu yang diseksa dan diperkosa oleh majikan Malaysia.

Dalam cuaca hujan yang lebat dan renyai hari ini, demonstrasi berkonvoi 150 motosikal itu membabitkan kira-kira 300 penunjuk perasaan dari beberapa kumpulan aktivis yang menamakan diri “aliansi pemuda pemudi anti-Malaysia” dengan didominasi anggota kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera).

Dua lagi kumpulan yang turut serta ialah Gerakan Pemuda Daerah dan Relawan Prodemokrasi.

Sambil membawa bendera Indonesia serta bendera kumpulan masing-masing serta sepanduk “Ganyang Malaysia”, mereka membunyikan hon motosikal dan meneriak “Ganyang Malaysia” di hadapan kediaman Duta Besar Malaysia di Patra Kuningan dan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia, Kuningan, Jakarta Selatan. Kedua-dua tempat itu dikawal ketat oleh pasukan polis Indonesia.

Demonstrasi dimulai pukul 1.30 petang di hadapan Kediaman Duta Besar Malaysia dan pukul 2 petang di hadapan Kedutaan Besar Malaysia dan berlangsung selama 10 minit di kedua-dua tempat itu. – Bernama

‘Hadiah’ RM4 bilion: Pemuda UMNO buat laporan polis


KOTA BHARU 22 Sept. – Pergerakan Pemuda UMNO negeri membuat laporan di balai polis Kota Bharu di sini hari ini berhubung sumbangan peribadi wang berjumlah RM4 bilion yang dikatakan diberikan oleh seorang ahli perniagaan kepada Pas Kelantan.

Laporan tersebut dibuat oleh Penolong Setiausahanya, Che Othman Che Will pada pukul 3.30 petang ini sambil diiringi oleh kira-kira 30 ahlinya.

Che Othman berkata, laporan tersebut dibuat disebabkan wujud keraguan mengenai sebab pemberian wang tersebut dan penerimanya yang hanya diwakili seorang individu bernama Nik Din Nik Mat bukannya wakil Pas Kelantan.

"Kita memohon agar pihak berkuasa dan agensi lain dapat menyiasat, meneliti dan memberi perhatian kepada perkara ini kerana timbul keraguan berhubung jumlah wang yang diberikan itu.

"Ia pula disumbangkan kepada seorang individu yang mendakwa dirinya adik dan mewakili secara peribadi kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya ketika ditemui selepas mengemukakan laporan tersebut di sini, hari ini. - Utusan

Aneh : Babi Melahirkan anak mirip Gajah


Masyarakat Wilayah Anhui, China. Gempar apabila seekor babi melahirkan anak yang mirip gajah lengkap dengan belalai. Berita menggemparkan ini serta merta telah tersebar dan menyebabkab orang ramai berbondong-bondong datang untuk melihat dengan lebih dekat anak babi tersebut.

Anak babi tersebut bertubuh lembut namun memiliki telinga yang lebar dan berbelalai. Justeru menjadikan anak babi tersebut lebih mirip anak gajah.





Bagaimana pun, anak 'babi-gajah' tersebut tidak hidup lama kerana kekurangan susu, dan cuma bertahan hidup selama sembilan jam. 

credit: link

Tiga polis Indonesia ditembak mati


JAKARTA 22 Sept. – Sekumpulan lelaki bersenjata automatik menembak mati tiga anggota polis di barat Indonesia malam tadi, hanya beberapa hari selepas pasukan keselamatan membunuh beberapa suspek dan menangkap yang lain dalam serbuan antikeganasan.

Penyerang yang menaiki motosikal itu menggempur sebuah balai polis di daerah Deli Serdang, Sumatera Utara pada tengah malam tadi, kata timbalan jurucakap polis Indonesia, Brigadier Jeneral Ketut Untung Yoga.

Mereka menembak mati tiga anggota polis dengan senjata automatik sebelum melarikan diri. Balai polis itu mengalami kerosakan teruk dan dua kereta polis turut dibakar. – AP

'Taraf macam lembu'


KOTA BHARU: “Saya juga menyifatkan taraf awak sama seperti haiwan kambing dan lembu kerana sanggup melakukan perbuatan yang sangat menjijikkan,” kata Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal L Salleh sebelum menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dengan 20 sebatan terhadap seorang buruh binaan yang mengaku bersalah merogol anak kandungnya berusia 15 tahun.

Zainal membuat keputusan itu terhadap tertuduh, berusia 37 tahun yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu dalam dua kejadian berasingan iaitu pada 27 Februari dan 10 April tahun lalu di rumah mereka di Kampung Air Merah, Tanah Merah.

Dalam kejadian pertama, tertuduh merogol mangsa ketika berada di rumah mereka selepas ibunya tiada di rumah pada jam 6 petang.

Tertuduh sekali lagi merogol anak kandungnya ketika mangsa melipat kain sebelum dipanggil masuk ke dalam bilik bapanya dan diarahkan berbaring dan menanggalkan pakaian kira-kira jam 5 petang, 10 April tahun lalu.

Mangsa yang ketakutan hanya mengikut arahan bapanya yang turut memberi amaran supaya dia tidak memaklumkan sesiapa mengenai kejadian itu.

Bagaimanapun, disebabkan mangsa tidak tahan dengan perbuatan dan sikap bapanya, dia kemudian bertindak memberitahu kejadian itu kepada ibunya sebelum membuat laporan polis pada 11 April 2009.

Pada prosiding itu, pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nooriah Osman yang memohon mahkamah menjatuhkan hukuman paling berat memandangkan tertuduh merogol anak kandung sendiri.

“Bapa harus melindungi anak perempuannya yang sedang membesar, namun dia gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

“Perbuatan itu perlu dihukum dengan seberat-beratnya mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu 30 tahun penjara dan tidak kurang dari 10 sebatan. Ia bagi memberi pengajaran kepada masyarakat supaya menjauhkan perkara sumbang yang menjijikkan itu,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh menggelengkan kepala sambil tersenyum menyebabkan Zainal berang ketika melakukan penghakimannya.

Beliau kemudiannya menjatuhkan hukuman bagi kedua-dua pertuduhan iaitu 10 tahun dan 10 sebatan bagi kesalahan pertama dan 10 tahun serta 10 sebatan untuk kesalahan kedua dengan hukuman penjara berkuat kuasa semalam. 

credit: metro

Kes Bunuh Sosilawati: Suspek diminta percepat bayaran


Sosilawati mahu guna hasil jualan tanah sebagai sumbangan duit raya kakitangannya

KUALA LUMPUR: Datuk Sosilawati Lawiya pernah meminta suspek utama kes pembunuhannya, yang juga rakan kongsi dalam pembelian tanah di Batu Feringgi, Pulau Pinang mempercepatkan bayaran hasil jualan tanah itu untuk persediaan Aidilfitri, termasuk pemberian sagu hati kepada kakitangan syarikatnya.

Mangsa dikatakan sudah lama menunggu bayaran tetapi dikatakan dilengahkan dengan alasan penjualan tanah itu masih pada peringkat mahkamah hingga menyukarkan proses tukar nama dilakukan. Difahamkan, kira-kira seminggu sebelum kehilangannya pada 30 Ogos lalu, Sosilawati sibuk dengan urusan tanah itu dan kerap menghubungi suspek bertanyakan perkembangan bayaran selepas ia dijual kepada seorang ahli perniagaan dari Selangor.

Sumber rapat dengan Sosilawati berkata, dalam setiap perbualan dengan suspek, mangsa meminta bayarannya dipercepatkan, lebih-lebih lagi selepas mengetahui pembeli sudah membayar wang pendahuluan 10 peratus daripada harga jualan tanah berkenaan yang dikatakan mencecah RM29 juta.

Beliau memang ada melabur dalam emas... itu pelaburan jangka panjangnya. Ia tiada kaitan langsung dengan kes ini. Cerita Wati bawa jongkong emas, wang tunai RM4 juta ketika hilang di Banting, itu semua cerita karut. Beliau memang ke sana (Banting) untuk bersemuka dan berbincang dengan peguam itu berhubung urus niaga tanah di Batu Feringgi.

Wati turut memberitahu anaknya beliau ke Banting kerana ada urusan tanah. Namun, tujuan sebenar ke sana untuk mengambil bahagiannya iaitu sebahagian daripada hasil jualan tanah itu, katanya kepada Berita Harian.

Pada Mac 2008, Sosilawati bersama suspek dan dua lagi rakan kongsi mereka bergelar Datuk berkongsi modal RM2.5 juta bagi membeli sebidang tanah berharga RM25 juta di Batu Feringgi. Tahun lalu, tanah itu dijual pada harga RM29 juta dan keuntungan RM4 juta sepatutnya dikongsi keempat-empat mereka.

Ia didedahkan sendiri oleh seorang rakan kongsi terbabit sambil memaklumkan tanah itu sudah dijual kepada ahli perniagaan dari Selangor dengan wang pendahuluan 10 peratus sudah dibayar, namun proses tukar nama tidak dapat dilakukan kerana menunggu proses mahkamah.

Wati memang selalu turun naik Banting sebelum ini tetapi saya tidak pasti apa tujuannya, namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan urus niaga tanah, lebih-lebih lagi suspek mempunyai pejabat di sana, katanya.

Sumber juga tidak menolak kemungkinan Sosilawati sudah diberikan cek pada pertemuannya dengan suspek sebelum kehilangannya, namun tidak dapat dipastikan jumlahnya.

Kes Bunuh Sosilawati : Penyelam temui gelang emas di kunci air


BANTING: Unit penyelam Pasukan Gerakan Marin hari ini menemui satu objek seakan-akan gelang emas dalam operasi mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di kawasan kunci air Kampung Sungai Lang di sini, hari ini.

Empat penyelam memulakan operasi pada jam 3.20 petang di kawasan kunci air itu yang terletak berhampiran pasar awam pekan berkenaan dan operasi ditamatkan jam 5.05 petang tadi.

Turut berada di kawasan operasi menyelam itu ialah suspek utama kes pembunuhan empat individu itu yang mencuri perhatian umum ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Suspek, seorang peguam berumur 41 tahun, turut disiasat berhubung kes seorang lelaki ahli perniagaan warga India yang dikatakan hilang di Banting sejak awal tahun ini.

Kawasan operasi menyelam itu menjadi tumpuan orang ramai petang tadi dan mereka sanggup menunggu walaupun hujan turun pada bagi melihat sendiri bagaimana pasukan polis menjalankan tugas mereka.

Sementara itu, pada jam 3 petang tadi kira-kira 15 petugas Jabatan Perkhidmatan Veterina Negeri Selangor tiba di ladang ternakan milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati di Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Mereka tiba dengan tiga kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori satu tan di ladang itu yang dipercayai lokasi di mana Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh dan dibakar.

Kakitangan jabatan itu menghabiskan masa hampir satu jam 45 minit untuk menangkap empat ekor lembu dan lapan ekor kambing termasuk biri-biri yang berada di dalam ladang itu dan memuatkan haiwan berkenaan ke dalam lori sebelum beredar daripada lokasi. Bagaimanapun, mereka enggan mengulas lanjut mengenai operasi berkenaan ketika diminta pihak media.

Sosilawati, 47, pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.

Sehubungan itu, polis menahan lapan lelaki termasuk peguam terbabit bagi membantu siasatan kes itu.- Bernama

credit: metro

Sukan Komanwel Delhi selamat


NEW DELHI – Penganjur Sukan Komanwel Delhi 2010, memberi jaminan temasya itu selamat dan kejadian serangan bersenjata minggu lalu tiada kaitan dengan sukan tersebut.

‘‘Serangan bersenjata yang berlaku kelmarin, tidak mempunyai hubung kait dengan temasya ini. Soal keselamatan telah kami uruskan. Itu jaminan saya,’’ kata Suresh Kalmadi, pengerusi jawatankuasa penganjur temasya 2-14 Oktober ini, yang akan menghimpunkan 7,000 atlet dan pegawai.

Dalam kejadian kelmarin, dua penyerang yang bermotosikal, melepaskan tembakan dan mencederakan dua pelancong Taiwan di luar sebuah masjid, yang didakwa dilakukan oleh sebuah kumpulan Islam.

Jaminan keselamatan di Delhi ditegaskan beberapa jam, selepas Australia mengeluarkan amaran tentang risiko ancaman pengganas semasa temasya berlangsung.

Suresh berkata, setakat ini sebanyak 71 negara, yang terdiri daripada bekas negara dalam empayar Britain, berpuas hati dengan langkah-langkah keselamatan yang diaturkan.

‘‘Kesemua negara anggota memahami langkah keselamatan yang kami adakan dan mereka berpuas hati,’’ kata Suresh.

Sementara itu, polis India menegaskan, mereka telah mengetatkan langkah keselamatan, ekoran kejadian serangan, Ahad lalu.

Kejadian itu, didakwa dilakukan oleh kumpulan militan Mujahideen yang mengirim emel kepada beberapa pusat media, malam kelmarin.

Dalam pada itu, jurucakap polis New Delhi, Rajan Bhagat menolak dakwaan kumpulan yang mengaku melakukan serangan tersebut.

‘‘Tidak ada kumpulan yang terlibat. Emel yang diterima oleh BBC dan TV India tidak berkaitan kerana siasatan awal mendapati kejadian itu tidak ada kena mengena dengan kumpulan Mujahideen India,’’ kata Bhagat.

Laporan The Times India menyebut, polis telah menutup lot-lot parkir di 470 lokasi di New Delhi, sebagai langkah berjaga-jaga kebimbangan terhadap serangan semasa temasya berlangsung. – AFP

Tuesday, September 21, 2010

Indonesia larang amah ke Malaysia, Kuwait dan Jordan


JAKARTA 21 Sept. - Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhaimin Iskandar hari ini melarang calon pembantu rumah negara itu untuk pergi bekerja di Malaysia sehingga kerajaan Indonesia mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka.

Kenyataan Muhaimin itu adalah sebagai reaksi kepada kejadian terbaru membabitkan penganiayaan terhadap pembantu rumah Indonesia bernama Winfaedah di Malaysia pada 13 September lepas.

Kejadian itu katanya menjadi bukti bahawa mereka menanggung risiko tinggi jika pergi bekerja tanpa dokumen rasmi yang lengkap.

“Jadi jangan berangkat ke Malaysia dulu sampai ada perlindungan yang jelas,” katanya di Denpasar, Bali yang dipetik portal berita Kompas.Com.

Selain Malaysia, dua negara lain yang turut diminta dihindari calon-calon itu sehingga ada kepastian perlindungan terhadap mereka ialah Kuwait dan Jordan.

Bagi melindungi keselamatan dan hak tenaga kerja Indonesia, Muhaimin berkata, kerajaan Indonesia menetapkan bahawa pasport harus dipegang oleh mereka dan mereka juga diberi cuti pada hari minggu. - Bernama

Kes Sosilawati : Keluarga pemandu masih berharap


KUANTAN - Keluarga pemandu peribadi Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shansuddin masih berharap keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijangka diketahui dalam tempoh seminggu lagi, bukan milik mangsa.

Kakak mangsa, Ramlah Shansuddin, 49, berkata, anggota keluarga Kamaruddin kini menanti penuh debaran akan keputusan laporan DNA berkenaan.

"Tak tahu nak cakap sebab kita pun berdebar juga, harap-harap bukan dia tetapi kalau sekiranya dia (Kamaruddin) yang dimaksudkan, kami sekeluarga kenalah reda," katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di kediamannya di Indera Mahkota di sini, hari ini.

Sosilawati dan Kamaruddin, 44, bersama pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dipercayai dibunuh selepas dilaporkan hilang ketika urus niaga tanah di Banting, Selangor pada 30 Ogos lepas.

Sementara itu, Tengku Abdullah berharap mangsa terlibat dalam kes pembunuhan sangat kejam dan dahsyat itu mendapat pengadilan sewajarnya.

Tengku Abdullah bertitah, baginda sebelum ini tidak mengetahui Kamaruddin menetap di Pahang manakala ibu Kamaruddin, Zainab Ahmad, 73, pernah bekerja dengan keluarga baginda.

Baginda turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Sosilawati yang pernah dianugerahkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pingat kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. - Bernama

Gengster India: Segelintir Ahli Politik terlibat


KUALA LUMPUR 20 Sept. - Gejala gengsterisme melibatkan kaum India didakwa berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemimpin politik di kalangan kaum tersebut yang 'membela' mereka.

Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas mendakwa, tindakan itu bertujuan mengekalkan pengaruh politik dan melindungi kegiatan tidak bermoral pemimpin yang bersikap talam dua muka itu.

Sehubungan itu katanya, beliau sedia bekerjasama dengan pihak polis untuk memberikan maklumat tentang beberapa pemimpin politik kaum India yang didakwanya 'membela' gengster-gengster berkenaan.

"Terdapat segelintir pemimpin politik daripada kaum India di negara ini yang membela dan menggunakan gengster sebagai orang suruhan mereka.

"Pemimpin politik seharusnya menjadi contoh kepada rakyat. Tetapi, bagaimana kaum India mahu mencontohi pemimpinnya sedangkan mereka sendiri membela gengster bertujuan mencapai kepentingan diri sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohd. Zaman Khan yang meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak segera bagi mengekang gejala gengsterisme melibatkan kaum India.

Menurut beliau, ini kerana kumpulan gengster itu mampu bertindak ganas dan kejam berdasarkan beberapa kes yang berlaku sekitar 1980-an.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah dalam wawancaranya bersama Mingguan Malaysia turut meminta polis memberi perhatian terhadap gejala gengsterisme di kalangan kaum India yang semakin memuncak.

Mengulas lanjut, Kayveas mencabar pemimpin politik kaum India di negara ini supaya menafikan bahawa mereka 'membela' gengster.

"Saya bukan sengaja membuat tuduhan ini. Malah saya sendiri pernah diberi amaran oleh gengster milik seorang pemimpin politik India yang telah kehilangan kuasa dalam parti politik,'' katanya.

Sehubungan itu katanya, masyarakat India tidak seharusnya dipersalahkan sekiranya terlibat dalam gejala tersebut kerana pemimpin mereka sendiri menyimpan gengster.

"Bagaimana anak murid (masyarakat India) ingin bebas daripada gejala gengsterisme sedangkan guru (pemimpin politik India) membela gengster?" katanya.

Muzikal Tun Mahathir sudah sedia


TINGGAL beberapa hari sahaja lagi, pementasan Muzikal Tun Mahathir (MTM) akan membuka tirainya di Panggung Sari, Istana Budaya (IB).

Bakal dipentaskan selama 11 hari bermula 24 September ini, MTM dilihat sebagai sebuah karya yang mampu menarik perhatian masyarakat untuk datang menontonnya.

Belum pernah lagi kisah hidup seorang tokoh yang masih hidup diangkat ke pentas teater. Sudah pasti ia merupakan daya tarikan bagi masyarakat untuk menontonnya.

Apatah lagi, MTM juga mempertaruhkan nama-nama hebat seperti Erra Fazira, Esma Daniel, Zizan Nin, Erma Fatima, Datuk Jalaludin Hassan dan Misha Omar yang dilihat mampu meninggalkan kesan yang bukan sedikit.

Ketika ini, pelbagai perasaan sedang mencengkam individu seorang ini sewaktu diajak bercerita tentang MTM.

Selaku penerbit MTM, Siti Rohayah Attan mengakui, dia tidak senang duduk buat masa ini selagi teater itu belum dipentaskan.

Banyak perkara yang difikirkannya bagi memastikan ia berjalan dengan lancar seperti mana yang telah dirancang.

Berbeza dengan pementasan lain di bawah syarikat produksinya, CTRA Production Sdn. Bhd., MTM menyaksikan Siti Rohayah melibatkan dirinya secara total dengan penerbitan.

Baik dari segi jalan cerita sehinggalah ke pemilihan lagu-lagu yang melatari pementasan itu.

Di sebalik kebimbangannya itu, tiba-tiba wajahnya dengan pantas mengukir senyuman sewaktu diajukan tentang sambutan dan penjualan tiket.

Dalam nada teruja, Siti Rohayah melahirkan rasa syukurnya apabila tiket-tiket untuk lima persembahan MTM iaitu 24 hingga 26 September dan 1 hingga 2 Oktober semuanya sudah habis dijual.

Dengan penuh optimis, dia tidak menolak kemungkinan penjualan tiket yang laris bagaikan pisang goreng panas itu semuanya ada kaitan dengan ketokohan Dr. Mahathir itu sendiri.

"Seperti mana yang kita tahu, Tun Dr. Mahathir merupakan tokoh negara yang cukup dikagumi, dihormati dan disayangi oleh sebahagian daripada rakyat Malaysia.

"Secara dasarnya, kita sudah melihat kejayaan dan kecemerlangannya sepanjang 22 tahun menerajui negara sebagai Perdana Menteri.

"Saya percaya ramai yang mahu datang menonton teater ini dan menyaksikan sendiri bagaimana kisah hidup Tun Dr. Mahathir diceritakan menerusi pementasan ini," ujarnya tentang pementasan yang turut mendapat sokongan Kumpulan Utusan sebagai rakan media rasmi.

Tambahnya, MTM menawarkan harga tiket yang cukup murah iaitu RM20 khusus bagi pelajar sekolah untuk persembahan waktu petang pada 25 September dan 2 hingga 3 Oktober sahaja.

"Melihatkan respons yang diberikan itu, IB sedang menimbangkan untuk melanjutkan lagi tempoh pementasan. Bukan itu sahaja, kalau sambutan terus hangat, kami akan memikirkan untuk musim kedua pula," ujarnya.

Selain itu, Siti Rohayah turut berbangga dan mengucapkan terima kasih kepada badan-badan korporat dan swasta yang sudi menghulurkan bantuan serta penajaan bagi merealisasikan pementasan ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.


Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.


Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


About Me

 

COUNTER


ALEXA

PING

My Ping in TotalPing.com
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
HTML hit counter - Quick-counter.net