Tuesday, August 31, 2010

Ho Leng gagal kemuka laporan lengkap projek tebatan banjir



MANA DIA?: 
Wong (kanan) bertanya sesuatu kepada Ho Leng (kiri) semasa pertemuan itu semalam.

SIBU: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Wong Ho Leng gagal mengemukakan laporan lengkap projek tebatan banjir seperti didakwa sebelum ini semasa pertemuan bersejarahnya dengan Pengerusi SUPP Sibu Dato Sri Wong Soon Koh semalam.

Selain itu, Ho Leng juga gagal menyertakan bukti kerajaan Pulau Pinang dan Selangor menerima bayaran daripada kontraktor yang dilantik melaksanakan projek mengorek pasir di kedua-dua negeri itu.

Terdahulu, Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua mengotakan janji yang dibuatnya kelmarin, apabila berkunjung ke pejabat DAP di Jalan Chew Siik Hiong.

Beliau yang ditemani tiga anggota Pasukan Berwawasan Barisan Nasional (BN) Sibu iaitu Ahli Parlimen Lanang Datuk Tiong Thai King, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan Vincent Goh Chung Siong dan Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Daniel Ngieng Kiong Ann, tiba tepat jam 11 pagi.

Selain itu, Pengerusi Pusat Perkhidmatan SUPP Bukit Assek Kaunselor Chieng Buong Toon serta ahli jawatankuasa SUPP Oliver Kuo turut kelihatan.

Ketika menuju ke pejabat DAP yang terletak di tingkat satu, hanya Wong, Tiong dan Vincent sahaja dibenarkan masuk manakala tiga yang lain disekat petugas DAP.

Suasana tegang di dalam pejabat berkenaan telah menyebabkan pertemuan itu hanya berlangsung kira-kira 10 minit.

Wong serta tiga yang lain bertindak keluar meninggalkan pejabat DAP setelah Ho Leng gagal mengemukakan laporan yang diminta.

Dalam perkembangan lain, pekarangan pejabat DAP mula dibanjiri orang ramai seawal jam 10 pagi, bagi melihat sediri hasil pertemuan itu.

Apatah lagi, ia membabitkan isu banjir yang sudah lama membelenggu rakyat Sibu.

Pihak polis turut ditempatkan di kawasan berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

credit to the borneo post

Sunday, August 29, 2010

Presiden Susilo kirim surat damai


JAKARTA - Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono telah mengirim sepucuk surat kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung ketegangan hubungan kedua-dua negara, lapor akhbar Kompas semalam.

Melalui suratnya, Pemerintah Indonesia berkenaan mengajak Malaysia supaya menyelesaikan masalah bilateral secara damai.

Perkara itu dinyatakan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keamanan, Djoko Suyanto ketika ditemui wartawan dalam satu majlis berbuka puasa di sini semalam.

"Antara kandungan surat itu, Susilo telah mengundang Perdana Menteri Malaysia untuk menyelesaikan masalah bersama secara kekeluargaan bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini," kata Djoko.

"Presiden Susilo juga menyuarakan hasrat untuk membincangkan tentang isu sempadan. Itu adalah isu yang paling penting. Itulah dua intipati penting dalam surat itu," katanya.

Jelas menteri berkenaan, Susilo meminta agar isu-isu dua hala dapat diselesaikan secara damai sekali gus menghidupkan kembali semangat persahabatan hubungan Indonesia-Malaysia.

Menurutnya, rundingan terperinci tentang isu sempadan dengan Malaysia akan berlangsung pada pertemuan peringkat Menteri Luar pada 6 September depan. - Agensi

source: kosmo

Koma dipukul Polis


KOTA BHARU: Seorang remaja berusia 15 tahun koma selepas kepalanya didakwa diketuk menggunakan cota oleh seorang anggota polis di Jalan Machang-Kota Bharu, kira-kira jam 2.45 pagi, pada 20 Ogos lalu.

Menurut bapanya, Riduan Zawawi, 43, dalam kejadian itu, anaknya yang membonceng motosikal bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang dari kedai makan di Ketereh ke rumah di Kampung Galang, Pulai Chondong, Machang.

Katanya, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas isterinya, Maznah Ibrahim, 40, menghubunginya sambil memaklumkan anak mereka terbabit dalam kemalangan.

“Saya yang bekerja sebagai pemandu kereta sewa ketika itu dalam perjalanan untuk mengambil penumpang.

“Isteri menghubungi kira-kira jam 3 pagi memaklumkan kejadian itu dan saya bergegas ke Klinik Ketereh untuk melihat anak,” katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini, semalam.

Riduan berkata, pada mulanya dia tidak tahu punca anaknya mengalami kecederaan teruk itu sehingga diberitahu oleh rakan sebaya anaknya yang bersama-sama menaiki motosikal berkenaan.

Katanya, mereka berdua ditahan polis ketika dalam perjalanan ke rumah, namun kedua-dua remaja terbabit enggan memberhentikan motosikal.

“Rakannya memberitahu, polis terbabit terus bertindak ganas memukul kepala Muhammad Raimie dengan sebatang kayu menyebabkannya jatuh tersembam ke atas jalan raya.

“Anak saya kemudian dihantar ke klinik itu sebelum dipindahkan ke HUSM untuk menjalani pembedahan akibat pendarahan otak,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Riduan membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada jam 11.41 pagi pada hari berkenaan.

Selain itu, Riduan berkata, anaknya yang mula sedar selepas tiga hari terlantar koma masih tidak dapat bercakap.

Katanya, dia kesal dengan kejadian itu apabila anaknya terpaksa menderita teruk akibat tindakan anggota polis berkenaan.

“Walaupun sedar, dia masih tidak boleh bercakap. Saya kesal dengan kejadian ini dan bercadang menuntut keadilan dengan mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

source: metro

MB: Jika hal ini terjadi kepada warga Indonesia, aktivis serta media di Indonesia akan mengatakan 'Malaysia' telah memukul dan menginjak-injak kepala "bangsa". Warga Indonesia tidak akan menganggap itu kesalahan anggota Polis, sebaliknya menuduh Negara dan mencaci Perdana Menteri Malaysia. itulah budaya Indonesia.

Saturday, August 28, 2010

Palestin mahu Dr Mahathir


KUALA LUMPUR: Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, semalam menyampaikan pesanan wakil pemimpin Palestin yang meminta Tun Dr Mahathir Mohamad, hadir ke negara mereka sebagai orang tengah dalam usaha meredakan ketegangan politik serta membantu mereka bersatu menghadapi konflik.

Pengalaman serta daya kepemimpinan Dr Mahathir membuatkan rakyat Palestin yakin Pengerusi Pertubuhan Keamanan Global Perdana (PGPO) itu individu paling sesuai bagi membantu meringankan beban serta mencari jalan penyelesaian konflik yang berlarutan sejak puluhan tahun lalu.

Abdul Azeez berkata, sepanjang tempoh 10 hari berada di sana bersama 67 sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan wakil media di sana, mereka menerima kunjungan banyak pihak yang datang untuk berkongsi pengalaman serta menyatakan hasrat mereka kepada Kerajaan Malaysia.

“Saya sudah sampaikan hasrat itu kepada Datuk Seri Najib Razak dan hari ini saya tunaikan janji untuk nyatakan pesanan mereka kepada Tun (Dr Mahathir).

“Majoriti pemimpin Palestin yang datang menemui kami menyatakan hasrat supaya Malaysia membantu.

“Mereka cukup menghormati Malaysia, mereka tahu gagasan 1Malaysia dan cukup kenal dengan Tun sebagai orang berpengalaman. Insya-Allah saya percaya Tun ambil tindakan susulan,” katanya selepas menemui bekas Perdana Menteri itu di Yayasan Al-Bukhary, di sini, semalam.

Sepanjang tempoh pertemuan hampir sejam itu, Abdul Azeez berkata, Dr Mahathir mendengar dengan teliti setiap yang diperkatakan dan berdasarkan riak air mukanya, beliau percaya sesuatu yang positif bakal berlaku terhadap penduduk Palestin.

Berdasarkan pengalaman berada di sana, Ahli Majlis Tertinggi Umno itu cukup yakin bumi Gaza sebenarnya mempunyai aset dan prospek pelancongan yang baik untuk dimajukan tetapi terbatas akibat konflik serantau.

Gambar Ikan berkaki empat


JAKARTA - Seekor ikan 'berkaki empat' ditemui di dalam laut pada kedalaman lebih 500 meter di Wilayah Sangihe Talaud dekat perairan Indonesia, lapor sebuah akhbar semalam.

Kaki ikan itu sebenarnya sirip tetapi semasa ia berada di lantai laut, sirip tersebut bertindak seperti kaki untuk mengimbangi pergerakan.

Imej ikan itu dirakamkan oleh sebuah kenderaan robotik yang dilengkapi kamera dalam projek sekumpulan saintis termasuk dari Amerika Syarikat untuk meninjau kehidupan marin di laut dalam.

Gambar seekor ikan seperti jerung turut dirakamkan selain hidupan laut seperti tumbuhan berwarna merah. - Agensi



source: kosmo

Cut Tari minta maaf


JAKARTA - Aktres kontroversi Indonesia, Cut Tari Aminah Anasya, 32, menangis semasa meminta maaf secara terbuka pada sidang akhbar di sini kelmarin berhubung skandal seksnya dengan penyanyi banda Peterpan, Ariel, lapor sebuah akhbar semalam.

Pengacara stesen televisyen tempatan itu berkata, dia meminta maaf kerana mengaku berlaku curang dengan Ariel Peterpan sehingga klip video lucah tersebar pada awal Jun lalu.

"Saya selalu menyalahkan diri saya," kata Cut Tari yang merupakan isteri Muhammad Jusuf Soebrata itu dan juga ibu seorang anak.

Cut Tari mengadakan sidang akhbar itu bagi mengambil kesempatan dalam bulan Ramadan.

Bekas model terkenal itu berharap, menerusi penyesalan tersebut, semua kesalahannya dapat diampunkan oleh Tuhan.

Dia seterusnya mengaku telah memanfaatkan sepenuhnya ibadah puasa pada kali ini bagi memulakan kehidupan baru selepas kontroversi klip video itu.

"Puasa tahun ini lebih berasa sempurna. Saya perlu mengawal emosi saya, menyeimbang pemikiran saya dan pastinya tiada orang yang tahu, apa yang saya rasakan," kata Cut Tari.

Setakat ini, Ariel masih ditahan di sebuah pejabat polis selepas klip video seksnya tersebar.

Terdapat dua video Ariel yang menunjukkan dia melakukan hubungan seks dengan Cut Tari dan Luna Maya yang merupakan bekas kekasihnya. - Agensi

source: kosmo

Miss Sarawak Race Queen 2010


KUCHING: Tujuh peserta dari Sibu, Kapit dan Kanowit terpilih untuk bertanding dalam Miss Sarawak Race Queen 2010 di Kuching pada 27 November akan datang.

Pemilihan 28 daripada peserta yang menyertai pertandingan itu berlangsung pada 21 dan 22 Ogos lepas di Paramount Hotel Sibu.

Peserta separuh akhir yang berjaya mara setakat ini di Sibu adalah Jenniffer Ngu, Jolin Ling, Nicole Ngu, Wendy Lau, Lau Sing Yee dari Sibu, Roni Sedin dari Kapit dan Nellie Tinggun dari Kanowit.

Lapan telah dipilih dalam sesi uji bakat pertama membuka jalan kepada 22 lagi kekosongan yang bakal dipenuhi dengan sesi uji bakat dan pemilihan yang kedua.

Pusingan kedua untuk sesi uji bakat akan diadakan di Kuching pada 27 Ogos hingga 29 Ogos ini di Boulevard Shopping Mall dari jam 12 tengah hari sehingga 9.00 malam.

30 peserta akhir yang terpilih kali ini akan bertanding ketika acara Sarawak Cub Prix 2010 di Kuching pada 1 hingga 3 Oktober depan untuk menyingkirkan peserta sehingga ke-16 yang terakhir untuk acara finale.

Susulan daripada pertandingan tersebut, acara akhir akan diadakan pada 27 November depan untuk memilih pemenang kejohanan tersebut di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak.

Pertandingan yang diadakan bersama dengan Malam Anugerah Sukan Lumba Motor Sarawak akan menghangatkan lagi suasana majlis tersebut.

Acara yang merupakan inspirasi sukan permotoran Pesaka Borneo Sdn Bhd (PBM), disokong oleh Persatuan Perlumbaan Sukan Permotoran (SARSA) dan dianjurkan oleh Perkhidmatan Pengurusan Runway Mode.

Race Queen merupakan model promosi yang selalu dijumpai di sirkit perlumbaan seperti contoh perlumbaan F1, Moto GP juga dikenali sebagai ‘Umbrella Girls’, ‘Grid Girls’ ataupun ‘Paddock Girls’ merupakan penyeri untuk setiap perlumbaan dan boleh menarik orang ramai dalam setiap pasukan yang menyertai.

Melalui acara ini PBM mengharapkan dapat membangunkan industri sukan permotoran ini dengan membawa masyarakat menambah pengetahuan dalam sukan ini pada masa sama mencipta peluang untuk merasai sukan permotoran.

Sebarang pertanyaan tentang uji bakat yang akan diadakan di Kuching atau berkenan dengan acara ini boleh menghubungi Yvonne di talian 012-8917179 atau e-mel kepada pbmotorsports@yahoo.com.

source: borneo post

Thursday, August 26, 2010

Indonesia paling lemah kawal cetak rompak


SINGAPURA 25 Ogos - Indonesia merupakan negara paling lemah di Asia dalam mengawal hak harta intelek (IPR), manakala Singapura adalah negara terbaik mengendalikannya, menurut keputusan penyelidikan ke atas ekspatriat perniagaan yang dikeluarkan, hari ini.

Kerajaan Indonesia telah meluluskan satu undang-undang baru bagi mengawal harta intelek, namun, penguatkuasaannya yang sangat lemah menjadikan negara itu sebagai pengeluar cetak rompak tertinggi di dunia.

"Indonesia dilihat gagal menghalang budaya cetak rompak dan melindungi hak harta intelek," kata badan penyelidik yang beroperasi di Hong Kong, Political and Economic Risk Consultancy (PERC).

Dalam kajian yang dilakukan oleh PERC ke atas 1,285 responden dari seluruh Asia itu menunjukkan kegiatan cetak rompak di Indonesia menerima kadar 8.5 daripada 11 negara di Asia, yang mana kadar 10 adalah yang terburuk. - AFP

Pemuda PBB mahu Taib kekal memimpin


KUCHING: Sayap Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) semalam menyatakan pendirian mahu Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kekal memimpin negeri ini.

Ketua Penerangan Sayap Pemuda PBB Abdul Aziz Adenan berkata sayap pemuda mahu Taib yang presiden parti itu turut bertanding mempertahankan kerusi Baligian dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Setelah bermesyuarat tadi, yang dihadiri sepuluh orang Exco Pemuda PBB dari seluruh cawangan, kami sebulat suara mahu Pehin Sri kekal memimpin kami (parti) juga negeri ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Katanya, mereka mahu Pehin Sri Taib kekal memandangkan beliau seorang pemimpin yang berpengalaman serta terbukti mampu menyatupadukan semua parti komponen Barisan Nasional (BN).

Selasa lepas Taib yang ditemui memberitahu media beliau sedia berudur jika itu yang dimahukan rakyat.

Taib yang yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata pada 2006 beliau pernah menyatakan hasrat yang sama tetapi tidak hasratnya itu dilupakan kerana rakyat masih mahu beliau memimpin negeri ini.

Polis siasat Nurul Izzah


KUALA LUMPUR: Polis akan memulakan siasatan terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya kepada akhbar Indonesia, baru-baru ini, yang didakwa menjejaskan imej dan maruah negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pihaknya akan membuka kertas siasatan berhubung kenyataan itu sebelum meneliti sama ada ia disiasat mengikut Akta Hasutan.

Beliau berkata, siasatan itu susulan laporan polis yang dibuat berhubung dakwaan Nurul Izzah menyebarkan maklumat palsu mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan memperkecilkan keupayaan kapal selam negara.

Bila sudah ada laporan polis dibuat, maka kita akan mula menyiasat. Sama ada kertas siasatan dibuka mengikut Akta Hasutan bergantung kepada penelitian yang dijalankan.

Kita juga akan menyiasat dari segenap sudut sama ada ia (kenyataan Nurul Izzah) membabitkan pendedahan maklumat sulit atau dakwaan semata-mata. Isu yang ditimbulkan itu serius kerana membabitkan soal keselamatan negara, katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Kelmarin, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip, membuat laporan polis terhadap Nurul Izzah kerana mengeluarkan kenyataan men-jejaskan imej dan maruah negara dalam temubual dengan akhbar Indonesia, baru-baru ini.


MB: Jika di negara tertentu, dia boleh dihukum mati dan ditembak kerana mengkhianati negara.

Tiger Woods bercerai


PANAMA CITY, Amerika Syarikat (AS) - Bintang golf, Tiger Woods dan isterinya, Elin Nordegren telah bercerai secara rasmi.

Pengumuman itu dibuat setelah perkahwinan mereka runtuh disebabkan siri- siri skandal seks melibatkan Woods.

Pada tahun lalu, media membongkar kecurangan Woods yang menjalin hubungan dengan sejumlah wanita termasuk pelakon filem lucah.

Woods, 34, dan isterinya yang berusia 30 tahun dari Sweden itu dalam satu kenyataan bersama kelmarin memberitahu, mereka sedih kerana perkahwinan enam tahun mereka berakhir dengan perceraian.

Namun, tambah kenyataan sama, mereka mengharapkan masing-masing memperoleh masa depan yang cerah dan berjanji akan tetap bekerjasama demi kegembiraan anak-anak.

"Walaupun kami bukan lagi suami isteri, kami adalah ibu bapa kepada dua anak yang baik dan kegembiraan mereka sentiasa menjadi kepentingan kami," kata kenyataan tersebut.

Dalam petisyen perceraian Nordegren yang difailkan pada awal Julai lalu, dia mendakwa perkahwinannya tidak dapat diselamatkan lagi.

Dia turut meminta untuk kembali menggunakan nama asalnya semasa dia belum berkahwin.

Woods dan Nordegren menghadiri proses perceraian mereka di sebuah mahkamah di sini.

Dokumen mahkamah mendedahkan Nordegren berpindah dari kediaman mereka pada November lalu dan menetap di sebuah kediaman berhampiran yang lain.

Woods mengahwini Nordegren, seorang bekas model, pada Oktober 2004 di Barbados dan pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun, Sam dan Charlie yang berumur 19 bulan. - Agensi

source: kosmo

Wednesday, August 25, 2010

Video Demo ANTI-MALAYSIA


Warga Malaysia tidak digalak berkunjung ke Indonesia


PUTRAJAYA: Wisma Putra tidak menggalakkan rakyat Malaysia daripada berkunjung ke Indonesia kecuali jika mempunyai urusan yang perlu disegerakan, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini Wisma Putra belum lagi mengeluarkan nasihat perjalanan rasmi ke Indonesia.

Ini berikutan tindakan 37 penunjuk perasaan mewakili Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) kelmarin yang melempar najis manusia di Kedutaan Malaysia di Jakarta dan memijak Jalur Gemilang. 



Kediaman Duta Besar Malaysia diancam


JAKARTA- Setelah melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini Isnin lalu, kumpulan penunjuk perasaan yang sama mengugut untuk berbuat demikian di kediaman Duta Besar Malaysia pula.

Kali ini, penunjuk perasaan dari kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) itu dilaporkan akan disertai kumpulan gabungannya yang menamakan diri sebagai Pemuda Pemudi Anti Malaysia.

Sementara itu, 25 penunjuk perasaan Bendera merancang berdemonstrasi di hadapan Bank CIMB Niaga petang ini dan mengulangi aksi sama di pejabat Petronas kemudian.

Polis Indonesia yang mendapat maklumat mengenai rancangan demonstrasi haram di hadapan kediaman Duta Besar Malaysia di Patra Kuningan, bertindak mengetatkan kawalan dengan menempatkan lebih 200 anggota di sekeliling rumah tersebut sejak 9.30 pagi tadi.

Sejak malam tadi, Polis Indonesia telah menempatkan anggotanya bagi menjaga keselamatan di kawasan kediaman Duta Besar Malaysia itu.- Bernama 

Warga Indonesia di Malaysia berasa kesal


KUALA LUMPUR 24 Ogos – Rata-rata rakyat Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia mencemuh perbuatan ahli Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang memijak Jalur Gemilang dan melempar najis ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, mereka menganggap perbuatan itu sebagai bodoh dan boleh menggugat hubungan baik antara kedua-dua negara.

Mereka turut percaya ada dalang yang menghasut ahli pertubuhan itu bertindak demikian untuk mempolitikkan isu penahanan tiga anggota penguat kuasa negara berkenaan oleh Polis Marin Malaysia di perairan Riau, baru-baru ini.

Seorang buruh binaan, Muhammad Nurzan Muhammad, 45, berkata, dia tidak bersetuju dan kesal dengan perbuatan ahli pertubuhan berkenaan kerana Malaysia banyak berjasa kepada Indonesia.

“Sebagai rakyat Indonesia yang menetap di Malaysia, saya sangat kesal dengan tindakan ini dan marah kerana kami di sini dilayan dengan baik serta hidup aman tanpa sengketa.

“Saya percaya ada pihak ketiga yang sengaja menimbulkan isu murahan seperti ini untuk kepentingan mereka,’’ katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan tindakan melampau anggota Bendera memijak Jalur Gemilang dan melempar sebungkus najis ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai tanda protes terhadap penahanan anggota penguat kuasa negara berkenaan.

Seorang lagi buruh binaan, Zulkifli Kamil, 52, turut marah dengan perbuatan tersebut dan melabelnya sebagai tindakan orang yang tidak berpelajaran.

“Kita datang dari satu rumpun yang sama dan saya bimbang kejadian seperti ini akan mengancam keselamatan rakyat Indonesia di Malaysia yang selama ini hidup dengan selesa,’’ ujarnya.

Peniaga pasar malam, Faisal Nordin, 58, pula berkata, dia sudah menetap di Malaysia selama 30 tahun dan sepanjang tempoh itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan rakyat negara ini.

“Saya dilayan dengan baik di sini dan tidak pernah terlintas di fikiran saya terdapat rakan-rakan di Indonesia sanggup berbuat demikian kepada negara yang telah banyak memberikan bantuan kepada kami,’’ katanya.

Seorang lagi peniaga pasar malam, Zainal Abidin Jabutarn, 35, berkata, dia amat terkejut dengan kejadian itu dan beranggapan perkara seperti tersebut tidak patut berlaku kerana Malaysia dan Indonesia umpama abang dan adik.

“Segala masalah boleh diselesaikan secara diplomatik dan saya difahamkan masalah berkaitan penahanan penguat kuasa kami dan juga nelayan Malaysia itu sudah diselesaikan, jadi apa lagi mahu dikecohkan,’’ tambahnya.

Penjual minuman, Hasni Anip, 48, pula berkata, tindakan ahli Bendera itu sepatutnya tidak berlaku kerana ia menunjukkan sikap segelintir rakyat Indonesia yang suka bertindak melulu dan mencemarkan nama baik negara.

Bagi penjaga kaunter tiket sebuah syarikat bas, Abdullah Muhammad, 22, rakyat Indonesia seharusnya mencari cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan bukan bertindak mengikut perasaan seperti yang dilakukan oleh ahli Bendera.

“Segala permasalahan antara kedua-dua negara biarkan pemimpin yang selesaikan dan kita sebagai rakyat jangan masuk campur kerana ia akan memburukkan lagi keadaan,’’ jelasnya.

Tuesday, August 24, 2010

Malaysia ke-37 senarai 'Negara Terbaik Dunia' Newsweek


KUALA LUMPUR: Malaysia berada di kedudukan ke-37 dalam senarai "Negara Terbaik Dunia" majalah Newsweek dari segi penyediaan ekonomi, politik, pendidikan, kesihatan dan kualiti kehidupan.

Di kalangan jiran, Singapura di kedudukan ke-20, Thailand (58), Filipina (63) dan Indonesia (73).
Dalam senarai membabitkan 100 negara itu, Finland di kedudukan pertama, diikuti Switzerland dan Sweden.

Dalam keluaran khas pertama "Negara-negara Terbaik" Newsweek, mereka diminta menjawab satu soalan sederhana tetapi agak kompleks - jika anda dilahirkan hari ini, negara mana yang akan menyediakan anda peluang terbaik untuk menjalani kehidupan yang sihat, selamat, makmur, dan bergerak maju.

Bagi tinjauan khas ini, Newsweek memilih lima kategori kesejahteraan negara - pendidikan, kesihatan, kualiti kehidupan, daya saing ekonomi, dan persekitaran politik.

Majalah itu juga menyenaraikan Malaysia sebagai lapan terbaik dalam kategori pendidikan di kalangan negara berpendapatan sederhana atas.

Tiga negara teratas dalam kategori itu ialah Kazakhstan, Poland dan Cuba. - BERNAMA

Monday, August 23, 2010

Nafsu Gadis Sunti


KULIM: Usianya baru menjengah 12 tahun, namun gelora nafsu seorang gadis sunti yang juga murid tahun enam, tidak dapat membendungnya daripada melakukan maksiat.
Lebih mengejutkan, ketika umat Islam menahan lapar dan dahaga kerana menunaikan ibadah puasa, murid sebuah sekolah rendah di Kuala Ketil, dekat sini, bertindak di luar dugaan apabila berkhalwat bersama dua lelaki sekali gus pada siang hari.

Malah, ketika operasi mencegah maksiat dilakukan, remaja terbabit didapati sedang melakukan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki berkenaan dalam sebuah rumah di Taman Desa Aman, Karangan, dekat sini.

Dalam operasi dijalankan Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, murid perempuan berkenaan didapati sedang bersetubuh dengan lelaki terbabit, manakala seorang lelaki lagi turut berada dalam rumah itu.

Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya menerima aduan orang awam mengenai perbuatan terkutuk remaja terbabit pada jam 10.35 pagi sebelum pegawai PADK, diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib bersama tujuh anggota, membuat pemeriksaan di rumah berkenaan kira-kira jam 11 pagi.

Katanya, melalui intipan sebelum melakukan serbuan, pihaknya mendapati remaja perempuan itu bersama seorang lelaki berusia 23 tahun dalam sebuah bilik, manakala seorang lagi lelaki turut berada dalam rumah sama.

“Gadis sunti itu baru mengenali lelaki berusia 23 tahun terbabit sebelum mereka melakukan hubungan seks,” katanya.

Azmi berkata, seorang lagi lelaki berusia 20 tahun menjemput remaja berkenaan di Kuala Ketil sebelum membawanya ke rumah sewa lelaki itu di sini.

“Berdasarkan siasatan, lelaki berusia 20 tahun itu turut mengaku tidur bersama remaja perempuan terbabit pada malam sebelum itu.

“Mereka mengakui tidak mempunyai hubungan mahram dan ketiga-tiganya ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, gadis berkenaan dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut manakala kedua-dua lelaki terbabit ditahan di lokap Balai Polis Kulim.

Difahamkan, polis mengklasifikasikan kes sebagai rogol kerana membabitkan remaja perempuan bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Dalam perkembangan sama, Azmi berkata sedikit kekecohan berlaku apabila ibu gadis terbabit dipanggil ke pejabat PADK berikutan ketidakpuasan hati wanita berkenaan terhadap tindakan anaknya dan pasangan.

“Ibu remaja itu memukul kepala, muka serta badan lelaki yang ditahan menggunakan kasut kerana tidak puas hati selepas anaknya didapati bersekedudukan, namun kekecohan berjaya dileraikan pegawai bertugas,” katanya.

source: metro

Dipaksa tidur dengan 5000 lelaki


LONDON - Seorang wanita Thailand yang hanya dikenali sebagai Mimi mendedahkan dia dipaksa meniduri 5000 lelaki pada tahun lalu dan menambah bilangan 600 orang lagi jika mahu hutangnya dilangsaikan oleh penyeludup yang membawanya memasuki Britain, lapor akhbar News of the World semalam.

Pendedahan itu dibuat selepas sekumpulan anggota polis menyerbu dua rumah pelacuran pada Jumaat lalu di sini.

Mimi yang berumur dalam lingkungan 30-an memberitahu hutangnya dengan penyeludup manusia itu ialah £28,000 (RM136,692) dan dia terpaksa menjadi pelacur kerana tidak mempunyai wang untuk membayar balik hutang tersebut.

Dalam serbuan itu, dua wanita ditangkap termasuk seorang ibu ayam berketurunan Ireland manakala rumah pelacuran tersebut diarah ditutup.

Serbuan itu dilakukan selepas wartawan akhbar itu membongkar dua rumah pelacuran yang membawa masuk wanita dari Asia dan Afrika secara haram ke Britain.

Seorang wartawan yang menyamar sebagai bapa ayam diberitahu oleh seorang ibu ayam sebuah rumah pelacuran bahawa dia mempunyai beberapa pelacur dari China, Thailand, Jepun, Taiwan, Korea, Myanmar dan Mongolia. - Agensi

source: kosmo

Angelina Jolie bintangi filem romantik


SARAJEVO 22 Ogos - Aktres Angelina Jolie mengumumkan dia bakal membintangi sebuah filem genre romantik yang akan menjalani penggambaran di rantau Balkan.

Jolie yang merupakan duta muhibah Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) membuat pengumuman itu semasa melakukan lawatan mengejut ke wilayah Balkan ini, semalam.

"Ketika meninggalkan Bosnia dan Herzegovina semalam, Angelina Jolie menyatakan bahawa dia akan berada di kawasan itu untuk menjalani penggambaran filem pada musim luruh ini,

"Filem tersebut merupakan sebuah kisah cinta berlatar belakang era perang Bosnia pada 1992-1995, tertumpu kepada sepasang kekasih yang bertemu pada malam perperangan dan kesan perang itu ke atas perhubungan mereka," menurut kenyataan UNHCR memetik Jolie sebagai berkata.

Jolie berkata, filem itu tidak mengandungi sebarang mesej politik dan menambah kata, barisan pelakon akan dipilih daripada kumpulan etnik yang berbeza dari wilayah bekas Yugoslavia itu.

Menurut radio rasmi negara ini, Jolie akan berlakon dan turut mengarah dalam filem itu.

Terdahulu, bintang itu menggesa para pemimpin Bosnia mempercepatkan proses penghantaran pulang beribu-ribu pelarian daripada kekejaman perang saudara pada 1990-an.

"Saya harap akan ada langkah praktikal untuk memperbaiki kehidupan masyarakat tidak lama lagi," kata Jolie.

Jolie yang secara kebetulan lawatannya serentak dengan tayangan filem triler penyiasatan terbaru Salt di Eropah, kali terakhir melawat Bosnia Hercegovina ialah pada April lalu bersama suaminya, Brad Pitt.

Dia menyambut baik persetujuan Parlimen Bosnia pada Jun lalu berhubung strategi baru untuk menghantar pulang mangsa yang hilang tempat tinggal ke tempat asal mereka menjelang 2014, kata UNHCR.

"Pemimpin-pemimpin politik telah memperlihatkan satu semangat kompromi untuk sampai ke tahap ini. Sekarang ia memerlukan sedikit lagi tindakan segera,'' katanya. - AFP

Isu khutbah : Khatib beri penjelasan esok


 Ini kisah orang derhaka pada Raja, empunya mulut sudah pun mengaku. tapi PAS dan PKR sedang "syok"  menafikan. oh lidah ular...

GEORGETOWN 23 Ogos – Khatib yang mencetuskan kontroversi dengan mendoakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam khutbah kedua solat Jumaat di beberapa masjid di negeri ini, dijangka memberi penjelasan berhubung perkara itu esok.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria berkata, Zakaria Ahmad akan membuat penjelasan itu kepada barisan panel termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan MAIPP.

"Alhamdulillah, individu yang dilibatkan itu juga telah membuat pengakuan tentang beliau yang membaca doa yang disebut itu dan bagi pihak kami pula akan mendengar penjelasannya esok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ellias berkata, walaupun segala maklumat yang diperlukan sudah dikumpul, namun sehingga hari ini, MAIPP dan JHEAIPP masih belum memperoleh ayat atau perkataan sebenar yang digunakan Zakaria dalam khutbah tersebut.

Katanya, Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad yang juga pengerusi jawatankuasa bertanggungjawab menyediakan teks khutbah Jumaat di negeri itu, tidak akan menghadiri sesi tersebut kerana mempunyai urusan lain.

Sesi penjelasan itu akan diadakan 2.30 petang di Pejabat JHEAIPP di Bangunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) yang terletak di Lebuh Pantai di sini.

Semalam, Zakaria mengakui tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam doanya pada khutbah berkenaan.

Beliau memberi alasan bahawa beliau mendoakan kesejahteraan semua pemimpin dalam khutbah kedua solat Jumaat itu, termasuklah Yang di-Pertuan Agong.

Minggu lepas, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat yang dikesan di beberapa masjid di sekitar Permatang Pauh dan Jelutong. – Bernama

Saturday, August 21, 2010

Ariel Peterpan akan raya di penjara


JAKARTA - Penyanyi terkenal, Ariel (gambar) dari band Peterpan bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri di penjara ibu pejabat polis di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Keadaan itu berlaku kerana polis dijangka menambah tempoh tahanannya di penjara berhubung kes penyebaran klip video seks melibatkan dirinya.

Dia kini menjadi suspek dua klip video seks yang memaparkan lelaki mirip dirinya dengan dua wnaita terkenal iaitu pengacara Cut Tari dan Luna Maya.

Luna Maya kini merupakan kekasih Ariel manakala Cut Tari adalah bekas kekasih penyanyi tersebut.

Menurut seorang pegawai polis, Marwoto Soeto, Ariel sepatutnya dibebaskan pada 23 Ogos ini tetapi polis dijangka melanjutkan tempoh tahanannya selama 30 hari lagi. - Agensi

source: kosmo

Firaun mati kesan sumbang mahram


KAHERAH - Kematian mengejut Firaun Tutankhamun pada usia 19 tahun didapati berpunca akibat tubuhnya yang lemah kerana dia dilahirkan hasil daripada hubungan sumbang mahram melibatkan keturunannya, kata beberapa saintis.

Sejak bertahun-tahun lalu, pakar-pakar cuba membongkar misteri kuno mengapa firaun remaja berkenaan yang memerintah Mesir selama 10 tahun meninggal dunia sebelum usianya mencecah 20 tahun.

Namun, kini sepasukan penyelidik dengan bantuan mesin pengimbas tomografi paksi berkomputer (CT), ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan maklumat arkeologi, mempercayai nasib yang menimpa Firaun Tutankhamun yang turut dikenali sebagai Tut adalah kerana ibu bapanya merupakan pasangan adik-beradik.

Ujian DNA membuktikan bapa Firaun Tut meniduri salah seorang daripada lima adik-beradik perempuannya sekali gus menyebabkan tubuh anaknya mewarisi gen berbahaya yang melemahkan daya ketahanan badan di samping boleh mengancam nyawanya.

Keadaan serupa dapat dikesan dalam kalangan zuriat yang lahir hasil perbuatan sumbang mahram.

Sebelum ini, Firaun remaja itu dipercayai meninggal dunia akibat kemalangan dan penyakit. - Agensi 

source: kosmo

Dipenjara 100 tahun kerana merogol anak


KUCHING: Seorang bapa kepada lima orang anak dijatuhi hukuman penjara 100 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana merogol anak perempuannya.

Hakim Mahkamah Sesyen Amelati Parnell menjatuhkan hukuman tersebut ke atas bekas kakitangan Jabatan Tanah dan Survei berusia 52 tahun itu selepas didapati bersalah atas lima tuduhan sumbang mahram di bawah Seksyen 376A Kanun Keseksaan.

Setiap pertuduhan, dia dijatuhi hukuman 20 tahun penjara.

Lelaki tersebut adalah tertuduh pertama dan dua individu lain dituduh adalah anak-anaknya.

Tertuduh melakukan kesalahan pertama dalam semak di tepi jalan di Petra Jaya antara jam 1 petang hingga 12 pagi pada Disember 2006.

Hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh tahanan reman pada 18 Februari 2009.

Dia dijatuhi hukuman penjara 20 tahun kerana tiga kesalahan yang dilakukan antara Januari hingga Disember 2007 di beberapa tempat termasuk pejabatnya di Jalan Pending, rumah mereka di Samariang dan juga dekat lampu isyarat di Semerah Padi.

Setiap hukuman akan dijalankan serentak selepas tertuduh menamatkan hukuman penjara bagi kesalahan yang dilakukan pada 2006.

Atas kesalahan merogol anaknya di atas motosikal di sebuah kawasan semak Petra Jaya pada November 2008, tertuduh menerima hukuman 20 tahun lagi, yang akan dikuatkuasakan berturut-turut selepas menjalani hukuman 40 tahun penjara bagi empat kesalahan pertama.

Sementara itu, dua abang mangsa masing-masing dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 24 sebatan kerana melakukan kesalahan yang sama.

Tertuduh kedua dan ketiga didapati bersalah atas dua tuduhan yang dipinda di bawah Seksyen 376A kerana merogol adik perempuan mereka.

Mereka melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Bandar Baru Samariang di sini antara Julai dan Disember tiga tahun lalu sekitar jam 1 petang hingga 6 pagi.

Ibu mangsa dikatakan tidak terdaya menghalang suami dan anak-anaknya kerana kurang upaya.

Mangsa yang kini berusia 18 tahun juga kurang upaya kerana dia dilahirkan dalam keadaan lengan kanannya kudung.

Menerusi peguam mereka, Mohamad Fairuz Masri, mereka merayu hukuman diringankan.

Fairuz mendakwa isteri tertuduh pertama mengalami keaiban dan tekanan kerana keluarga mereka telah dilabelkan sebagai ‘keluarga teruk, tidak beragama, rosak akhlak dan haruan makan anak’.

Dalam hujah balas, timbalan pendakwa raya Stella Augustine Derus menggesa mahkamah mengenakan hukuman sebagai pengajaran kerana tertuduh yang sepatutnya bertanggungjawab melindungi darah daging sendiri telah menjadi binatang yang mengambil kesempatan dan menghancurkan masa depan mangsa.

Dalam Penghakiman, Amelati berkata tertuduh seharusnya melindungi anak perempuanya tetapi perbuatan keji mereka telah menggelapkan masa depan mangsa.

Beliau berkata perbuatan itu merupakan masalah sosial yang memberi kesan kepada masyarakat di negeri ini.

source: borneo post

Friday, August 20, 2010

Doa khutbah untuk Lim Guan Eng


KEPALA BATAS – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.

Beliau berkata, tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.

“Lazimnya lafaz doa bagi khutbah kedua dibacakan untuk ketua negeri atau ketua agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di sini semalam.

Setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu tetapi segala bukti berhubung perkara berkenaan memang ada, katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid turut mempersoalkan tindakan ketua menteri yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.

“Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik,” katanya.

source: kosmo

Melanau kaum terawal yang utamakan kepercayaan dan adat istiadat


KUCHING: Melanau merupakan antara kaum terawal di negeri ini yang amat menitikberatkan kepercayaan serta adat istiadat.

Penolong Pegawai Penyelidik Seksyen Melanau Majlis Adat Istiadat Sarawak Hat Hoklai, berkata walaupun terpaksa bersaing dalam arus kemodenan namun masyarakat Melanau tidak mengabaikan adat yang menjadi amalan mereka sejak dahulu.

Menurut Hat, masyarakat Melanau juga dikatakan mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu justeru masyarakat ini dilihat sebagai cabang daripada masyarakat Melayu.

“Namun demikian, masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam tersendiri yang boleh dilihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian.

“Kini sebanyak 80 peratus masyarakat Melanau beragama Islam, 15 peratus pula beragama Kristian, bagaimanapun terdapat juga masyarakat Melanau yang masih ‘pagan’ (tidak ber-agama),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan cera-mah sempena ‘Sarawakian Series Talk’ di sini semalam.

Ceramah yang dianjurkan Pustaka Negeri itu telah di-sertai oleh 250 peserta berbilang kaum daripada pelbagai jabatan dan juga pertubuhan bukan kerajaan.

Hat dalam ceramah tersebut juga memberitahu kaum Melanau telah menduduki negeri ini sejak kurun ke-10 dan ke-12 yang dipercayai datang dari Yunan, selatan China.

“Antara penempatan terawal kaum Melanau adalah di daerah Mukah iaitu di pekan Mukah, Kampung Tellian Mukah, Kampung Medong Dalat, Matu, Daro, Bintulu, Tatau dan Miri.

“Selain itu, terdapat rumah panjang Melanau di Kampung Sok Matu yang merupakan antara rumah panjang yang masih kekal sehingga kini,” katanya.

Tambah beliau lagi, masyarakat kini juga boleh melawat atau melihat sendiri rumah panjang Melanau yang telah dibina di Kampung Budaya Sarawak.

Beliau dalam ceramah tersebut juga memberitahu antara aktiviti yang masih dikekalkan oleh masyarakat Melanau masa kini adalah kepercayaan Pesta Kaul.

“Kaul ini diraikan sebagai satu upacara keraian masyarakat Melanau dan semasa festival ini masyarakat Melanau amat dilarang berada di laut untuk tempoh tiga hari mulai festival tersebut diadakan,” katanya.

source: Borneo Post

Thursday, August 19, 2010

Teoh tak diseksa, dipukul sebelum ditemui mati


SHAH ALAM: Pakar Patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand memberitahu Mahkamah Koroner di sini semalam, setiausaha politik, Teoh Beng Hock tidak membunuh diri.

Beliau berpendapat selepas meneliti autopsi kedua mayat Teoh. selain tidak membunuh diri, bedah siasat juga tidak menunjukkan bahawa Teoh dipukul atau diseksa sebelum ditemui mati.

Daripada kecederaan yang beliau alami, tidak ada bukti keterangan forensik untuk menyokong mengenai dakwaan (dipukul atau diseksa), katanya ketika menyambung semula keterangannya semalam selepas ditangguhkan hujung tahun lalu kerana gagal hadir selepas mendakwa menerima ancaman keselamatan.

Dalam keterangannya tahun lalu, Pornthip berkata, beliau berpendapat 80 peratus punca kematian akibat dicekik dan didera, manakala 20 peratus lagi bunuh diri sehingga mahkamah membenarkan mayat Teoh digali untuk dibedah siasat kali kedua.

Disoal peguam pemerhati Kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar berhubung anggaran peratusan itu, Dr Pornthip menukar pandangannya dengan tidak mengekalkan pendapat Teoh mati akibat dibunuh.

Selepas bedah siasat kedua, saya tidak dapat mengekalkan peratusan itu. Lebih-lebih lagi, saya sendiri tidak berada di tempat kejadian (ketika penemuan mayat Teoh) dan hanya menganggarkannya berdasarkan penemuan pakar patologi forensik serta gambar yang dirakam.

Ketika membuat anggaran itu sebelum ini, saya perlu meyakinkan Koroner untuk membenarkan bedah siasat kedua dijalankan. Bagaimanapun, saya masih mengekalkan pendapat si mati mengalami kecederaan sebelum jatuh dan berada dalam keadaan tidak sedar ketika jatuh, katanya.
Dr Pornthip juga berkata, kesan lebam pada leher Teoh bukan akibat dijerut atau dicekik, sebaliknya berlaku sebelum dia jatuh yang mungkin disebabkan hentakan kuat objek tumpul.

Katanya, ia juga mungkin disebabkan seseorang meletakkan sesuatu pada leher Teoh atau menekan kepalanya ke atas sesuatu.

Disoal peguam pemerhati keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, Dr Pornthip berkata berdasarkan pengalaman siasatan di lokasi kejadian jenayah dan ahli sains forensik, sebarang nota yang ditemui mesti diuji untuk DNA, cap jari dan cap telapak tangan dengan segera dan dihantar untuk ujian analisis tulisan kerana ia adalah protokol.

Katanya, nota sedemikian tidak memberi kesan terhadap siasatan kerana ia dianggap bersifat emosi dan beliau lebih gemar bergantung kepada bukti lebih saintifik. Dr Pornthip selesai memberikan keterangannya semalam dan terus kembali ke negaranya selepas itu.

Inkues di hadapan Koroner Azmil Munthapa bersambung 1 September ini.

Najib berbuka bersama MB, KM dan Kabinet


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam berbuka puasa bersama anggota Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pegawai tinggi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Felda, hadir sama.

Pada majlis itu, Najib selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap FELDA, turut menyampaikan zakat perniagaan Kumpulan FELDA dan Koperasi Permodalan Felda (KPF) Berhad kepada 14 buah Pusat Zakat Negeri (PZN).

Jumlah bayaran zakat bagi 2009 bagi Kumpulan FELDA dan KPF ialah berjumlah RM25.82 juta iaitu bertambah RM5.94 juta berbanding RM19.88 juta pada 2008.

Zakat Kumpulan FELDA bagi 2009 adalah sebanyak RM14.92 juta iaitu bertambah RM2.15 juta, manakala KPF pula berjumlah RM10.90 juta iaitu meningkat RM3.78 juta.

PZN Pahang adalah penerima terbesar zakat itu iaitu sebanyak RM9.02 juta, diikuti Johor (RM5.96 juta), Sabah (RM2.9 juta) dan Negeri Sembilan (RM1.82 juta).
Bayaran zakat itu adalah kali yang keenam sejak 2005.

Perdana Menteri turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih dengan berimamkan Sheikh Amru Jumah Abduh dari Mesir, selepas majlis berbuka puasa itu.

Najib turut meraikan dan menyampaikan sumbangan kepada 40 anak yatim dari Rumah Nur Hikmah, Kajang pada majlis tersebut. BERNAMA

Hentikan pembohongan


KUALA LUMPUR 18 Ogos -- Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar memberi amaran kepada semua ahli politik supaya berhenti melemparkan pelbagai pembohongan mengenai kapal selam negara.

Sambil menafikan dakwaan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kononnya kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman masih tidak boleh menyelam, Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang berterusan mempolitikkan perkara itu.

"Kapal selam Scopene adalah aset strategik pertahanan negara dan ia bukan alat untuk meraih politik murahan. Kapal selam ini mempunyai keupayaan tinggi, diiktiraf sebagai antara yang tercanggih di dunia dan telah terbukti dalam operasi tembakan hakiki yang dijalankan oleh TLDM Julai lalu.

"Dalam operasi tersebut, KD Tunku Abdul Rahman telah berjaya menembak peluru berpandu bawah permukaan (bawah air) ke permukaan, Exocet SM39 Blok II pada kedalaman 55 meter di bawah paras air dan ia tepat mengenai sasaran yang berada sejauh 40 kilometer. Jadi di mana dakwaan kata ia tidak boleh menyelam?.

"Oleh itu, saya memberi amaran kepada semua pihak supaya berhenti menipu rakyat dengan melemparkan pelbagai pembohongan mengenai kapal selam negara. Kami lebih tahu mengenai keupayaan aset ini kerana kami yang mengoperasikannya dan bukannya ahli politik di luar sana," tegasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuduhan Nurul Izzah sewaktu ditemu bual oleh akhbar Indonesia, Kompas, pada 4 Ogos lalu kononnya kapal selam negara masih tidak boleh menyelam selain mendakwa pembelian aset canggih itu sebagai usang dan terpakai.

Mengenai tuduhan Nurul Izzah itu, Abdul Aziz berkata, Ketua Sel Pasukan Kapal Selam TLDM, Kapten Abdul Rahman Ayub telah membuat laporan polis berhubung pembohongan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut, di Balai Polis Hulu Kelang, semalam.

Menurut beliau, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai itu adalah contoh seorang ahli politik yang tidak bertanggungjawab kerana mendedahkan maklumat ketenteraan negara kepada negara luar.

"Betul atau tidak maklumat berkait dengan ketenteraan negara, ia tidak boleh sesekali didedahkan kepada negara asing. Ini soal keselamatan negara dan seharusnya ia dirahsiakan tetapi Nurul Izzah bukan sahaja berbohong malah dia juga memalukan TDLM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan negara di mata dunia.

"Sepatutnya kita tanpa mengira ideologi politik berbangga dengan pembelian aset strategik ini kerana kapal selam adalah persenjataan deterrence (pencegahan) yang tidak semua negara mampu memilikinya. Rakyat negara lain, mereka marah apabila kerajaan tidak membeli kapal selam tetapi di negara kita ia dijadikan sebagai modal politik," jelasnya.

Chua Soi Lek beri petunjuk awal MCA


KUALA LUMPUR 17 Ogos - UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya segera mempersiapkan diri bagi menghadapi kemungkinan MCA bukan lagi sebahagian daripada anggota parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, pendirian Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bahawa parti itu tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP hanyalah fasa pertama sebelum jalinan lebih 'mesra' dibentuk.

"Walaupun MCA merupakan antara parti teras dalam BN tetapi UMNO dan komponen yang lain perlu bersedia kerana ini (perkongsian pendirian) baru fasa pertama, tidak mustahil pada PRU nanti, Soi Lek akan berkongsi pula wadah perjuangan yang sama dengan DAP," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas pendirian Soi Lek yang menegaskan bahawa parti itu tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dalam hal yang boleh memberi keuntungan kepada masyarakat Cina.

Soi Lek memberi alasan, pemimpin UMNO tidak boleh menyalahkan MCA walaupun parti itu mempunyai pandangan berbeza daripada pendirian BN kerana tuntutan yang disuara beliau adalah gambaran kepada keinginan masyarakat Cina.

Mengulas lanjut, Mohd. Zahid menyifatkan Soi Lek sebagai pemimpin MCA yang lupa kepada sejarah kerana terlalu taksub untuk menyaingi sifat cauvanis yang diperjuangkan oleh DAP.

Tegasnya, Soi Lek dan pemimpin MCA yang lain harus sedar bahawa negara ini bukan dibina atas sentimen perkauman sempit tetapi ia terbentuk kerana nilai kejujuran dan perasaan saling menghormati antara pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang terdahulu.

"Jangan kerana semata-mata hendak menagih sokongan masyarakat Cina, Soi Lek lupa kepada sejarah. Nilai kejujuran dan saling menghormati hak yang telah dipersetujui inilah yang membolehkan kita hidup dalam keadaan aman selama ini," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar sikap Soi Lek yang disifatkannya sebagai sengaja berbuat tidak faham mengenai konsep 1Malaysia, apabila mempertikaikan hak keistimewaan bumiputera selain membangkitkan pelbagai tuntutan yang mengguris hati orang Melayu.

Menurutnya, Soi Lek sepatutnya belajar berterima kasih kepada kerajaan kerana tetap juga mengekalkan jumlah pemimpin MCA dalam Kabinet walaupun parti itu menyebabkan BN kalah teruk dalam PRU Ke-12 yang lalu.

"Inilah sikap cauvanis Soi Lek. Sengaja buat-buat tidak faham mengenai gagasan 1Malaysia tetapi pada masa yang sama lebih berminat untuk mendokong konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP, sedangkan MCA berada dalam BN," dakwanya.

Roslin cerai selepas sebulan nikah


KUALA LUMPUR: Selepas sebulan mendirikan rumah tangga, jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 35, akan memfailkan perceraian dengan isterinya, Norhayati Othman, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, hari ini.
Pasangan itu berkenalan pada awal Februari ini sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 9 Julai lalu.

Harian Metro difahamkan, permohonan berkenaan dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.

Sebelum ini, Roslin pernah menggemparkan negara apabila perkahwinan pertama bersama Faizah Mohamad,32, hanya bertahan selama 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari 2009.

Pasangan itu bercerai pada 11 Februari tahun lalu selepas Roslin melafazkan cerai pada isterinya atas kerelaan sendiri di rumah ibu bapa mentuanya di Puchong, Selangor, jam 10.50 malam di hadapan mereka.

Sementara itu, produser Raja Azmi Raja Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan, tetapi beliau enggan mengulas lanjut. 

source: metro

Jadi terkenal kerana marahkan perogol


LINCOLN, Amerika Syarikat - Seorang abang mangsa rogol di Alabama, Antoine Dodson tidak menyangka apabila barisan ayat yang diucapkan ketika ditemu ramah oleh stesen televisyen menjadi sensasi dan popular di laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.

Baris-baris ayat yang diucapkan Dodson, 24, itu diubah menjadi lagu berjudul Bed Intruder oleh sebuah band muzik, The Gregory Brothers dari New York, yang mengisahkan amaran lelaki itu kepada penjenayah yang merogol adiknya.

Lagu itu telah dimuat turun 30 juta kali menyebabkan kumpulan muzik tersebut membahagikan separuh daripada hasil jualan menerusi talian kepada Dodson yang dirujuk sebagai penulis bersama untuk lagu berkenaan.

Populariti klip video lagu itu menyebabkan Dodson menerima tawaran pengiklanan daripada gergasi komputer ternama Apple selain firma-firma pengiklanan lain di samping dia sendiri popular di Facebook dan Twitter.

Namun, suspek yang merogol adiknya masih lagi bebas. - Agensi

source:  http://www.kosmo.com.my

PDRM nafi dakwaan pihak berkuasa Indonesia


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan pihak berkuasa Indonesia bahawa tiga anggota penguat kuasa perikanan negara itu yang sudah dibebaskan pagi semalam, ditahan dalam perairan republik berkenaan.

Sebaliknya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata Pasukan Gerakan Marin Wilayah 2 yang melakukan rondaan pada hari kejadian, menahan tiga petugas Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia terbabit dalam kawasan perairan Malaysia di Kota Tinggi, Johor.

“Mereka ditahan dalam kawasan perairan kita... tak timbul dakwaan yang kita mengambil tindakan itu dalam kawasan perairan Indonesia,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.
Sementara itu, tujuh nelayan Malaysia yang dibebaskan semalam oleh pihak berkuasa Indonesia selepas ditahan Jumaat lalu, masih belum terlepas daripada tindakan undang-undang negara jiran itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata nasib mereka kini bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Teknikal Khas Malaysia dan Indonesia yang masih memperinci isu sempadan perairan tempat tujuh nelayan Malaysia terbabit ditahan.

“Pembebasan tujuh nelayan terbabit dilakukan sementara menunggu keputusan jawatankuasa berkenaan,” katanya di Putrajaya, semalam.

Tuesday, August 17, 2010

Perang Besar boleh terjadi di Malaysia !


Perang besar atau rusuhan kaum pasti akan terjadi sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas kuasa. Malah kemungkinan, negeri Sarawak akan keluar dari persekutuan Malaysia lebih awal. Jika itu lebih baik demi memastikan perpaduan kaum kekal seperti hari ini.
Sentimen kebencian serta hasutan terhadap sesuatu kaum juga sedang bergerak aktif dalam masyarakat di Sarawak. Manakala di peringkat negara adalah seperti yang dilaporkan dibawah, ternyata Pakatan Rakyat sedang haus darah!

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengesahkan tahu siapa dan parti politik mana yang terlibat dalam mewujudkan perlembagaan baru tetapi enggan mendedahkannya.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan berlakunya ‘peperangan besar’ di negara ini.

“Saya tahu siapa, parti politik mana terlibat dalam menubuhkan perlembagaan baru itu. Tetapi saya tidak akan dedahkan, biarlah sekadar memberitahu terdapat kegiatan pihak tertentu untuk mewujudkan perlembagaan baru menggantikan Perlembagaan Persekutuan.

“Sekiranya didedahkan kesannya terlalu besar sehingga boleh mencetuskan peperangan besar di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Harussani mendedahkan terdapat kegiatan pihak tertentu mewujudkan ‘perlembagaan baru’ bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan dalam satu Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya, Ipoh, Perak.

Menurut beliau, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Mengulas lanjut, Harussani bagaimanapun berkata, beliau mungkin akan mendedahkan maklumat mengenai pihak yang terlibat sekiranya mendapat permintaan daripada kerajaan.

“Buat masa ini tiada pendedahan akan dibuat,” katanya.

Republikan kecam Obama bina masjid


WASHINGTON 16 Ogos - Parti Republikan turut mengecam ulasan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang menyokong pembinaan masjid berhampiran Ground Zero, memberikan gambaran beliau sebagai tidak memahami rakyat, kurang tiga bulan sebelum pilihan raya pertengahan penggal.

Parti Demokrat dan Parti Republikan berbeza pendapat berhubung sama ada patut atau tidak Obama campur tangan dalam ketegangan mengenai pusat kebudayaan Islam itu yang akan dibina dua blok dari tapak runtuhan Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Dalam majlis berbuka puasa di White House pada Jumaat lalu, Obama berkata 'orang Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama mereka seperti orang lain di negara ini', termasuk membina masjid di Manhattan.

Namun, sehari selepas itu, Obama menarik balik sokongan itu dengan menjelaskan dia mengulas tentang hak-hak di dalam Perlembagaan AS dan bukan 'membuat keputusan untuk membina masjid di situ', lokasi yang diakuinya sebagai 'kawasan yang dihormati'.

Pihak konservatif dengan pantas mengambil kesempatan ke atas ulasan Obama, yang dibuat beberapa minggu selepas White House enggan mengeluarkan kenyataan dan menyifatkan ia sebagai isu tempatan.

Beberapa anggota kanan Parti Republikan menyampaikan mesej parti itu dalam rancangan-rancangan politik, semalam.

"Ia bukan berkaitan kebebasan beragama, kerana kami menghormati hak beribadat menurut keyakinan masing-masing. Namun, saya rasa adalah tidak bijak... untuk membina masjid di tapak yang mana 3,000 rakyat Amerika terkorban dalam serangan pengganas.

"Saya rasa ia menunjukkan Washington, White House, pentadbiran dan Presiden sendiri seperti tidak memahami arus perdana Amerika," kata Senator John Cornyn, anggota Parti Republikan dari Texas.

Tinjauan pendapat oleh CNN bulan ini mendapati 68 peratus rakyat As menentang pembinaan masjid itu, manakala hanya 29 peratus menyokong. Namun, majoriti menyokong hak orang Islam membinanya.

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg menyokong pembinaannya.

Senator Jack Reed dan anggota Kongres Maryland, Chris Van Holten dari Parti Demokrat berkata, masjid itu tidak boleh dibina di situ kerana apa juga perkara berkaitan 9/11 tidak patut dijadikan isu politik. - AFP

Monday, August 16, 2010

Govt not grabbing land at Gambir Street


KUCHING: The Sarawak Tourism Federation (STF) yesterday brushed aside rumours that the state government was taking away the land at Gambier Street where six shophouses were burned down last year.

Its president Wee Hong Seng said rumours such as this usually arose when the election was just around the corner.

He said the rumour-mongers were being unfair because their comments were baseless and were aimed at bringing down the government.

Among the rumours in circulation is that the back lane of the new shoplots would be taken away by the government. This has made the owners jittery.

“The rumours are not true. In fact, the state government has done a lot for these affected shopowners,” he said.

He revealed that the state government had even approved the rebuilding of the six shoplots.

“The structure of the new shoplots will be in such a form that the owners will benefit more rather than losing,” Wee said.

He hoped the reconstruction work could start as early November this year because tender would be called next month and probably awarded in October.

Thursday, August 12, 2010

Nallakarupan ajak Al Gore, Wolfowitz bersemuka


KUALA LUMPUR 11 Ogos - Datuk S. Nallakarupan mempelawa dua bekas pemimpin Amerika Syarikat (AS), Al Gore dan Paul Wolfowitz datang bertemu dengannya jika mereka ingin tahu lebih lanjut mengenai kes Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas rakan tenis Anwar itu berkata, ini bagi memastikan kedua-duanya mendapat gambaran sebenar dan sekali gus mengelakkan daripada membuat kenyataan yang tidak munasabah berhubung kes melibatkan kenalan mereka itu.

''Saya nak ajak dua orang ini jumpa saya (Gore dan Wolfowitz), apa yang mereka nak tahu pasal kes kenalan mereka itu (Anwar), saya boleh cerita sampai habis.

''Memanglah tujuan kenyataan mereka mahu kerajaan AS campur tangan dalam kes liwat Anwar itu tak susah nak tafsir tapi manalah tahu, mungkin mereka betul-betul tak faham sampai masih fikir semuanya konspirasi, jadi ini yang saya nak jelaskan," katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Naib Presiden AS, Al Gore dan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan negara itu, Paul Wolfowitz dalam akhbar Asian Wall Street Journal yang mahu kerajaan AS campur tangan dalam kes liwat Anwar yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi di sini.

Anwar, 63, dituduh meliwat pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Sementara itu, Nallakarupan menyelar kenyataan Gore dan Wolfowitz itu yang jelas satu cubaan untuk mencampuri urusan negara lain oleh dua pemimpin yang sudah ditolak rakyat AS sendiri.

Katanya, sepatutnya mereka belajar daripada pengalaman lalu betapa dunia membenci sikap pemimpin negara kuasa besar yang berlagak mahu mencampuri urusan negara berdaulat lain.

''Pada 1998, Gore datang Malaysia, macam-macam kenyataan dia buat, tapi apa kesudahan? Rakyat AS tolak juga dia. Tak ada siapa pun suka.

''Jadi yang terbaru ini, saya nak minta mereka supaya dengar dan akur saja pendirian kerajaan AS yang enggan campur tangan dalam kes Anwar ini," tegasnya.

Gadis Lelong Dara


BUDAPEST - Seorang gadis di Hungary akan melelong daranya menerusi sebuah stesen televisyen secara langsung, lapor sebuah akhbar semalam.

Remaja tersebut yang berusia 17 tahun dan dikenali sebagai Miss Spring menyatakan, dia akan menyerahkan daranya kepada lelaki yang membayar harga tertinggi itu sebaik sahaja usianya mencecah 18 tahun.

Dia dilaporkan berbuat demikian bagi mengumpul wang untuk menyelamatkan rumah milik keluarganya daripada dilelong akibat hutang tertunggak.

"Hubungan seks itu cuma untuk semalam. Bagi saya, ia agak romantik kerana saya melakukannya dengan lelaki yang membayar wang untuk membantu keluarga saya daripada kehilangan tempat tinggal. Dia adalah penyelamat saya," katanya.

Pada mulanya, gadis itu mahu merahsiakan identitinya tetapi mengubah fikiran apabila kisahnya disiarkan media tempatan. - Agensi 

source: kosmo

Wednesday, August 11, 2010

Isu Penan: Taib kesal pandangan salah NGO


KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau kesal dengan pandangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutamanya NGO asing bahawa masyarakat Penan hendaklah menjalani kehidupan seperti orang utan di hutan.

Bagaimanapun, beliau berkata jika kerajaan membiarkan masyarakat Penan tinggal berkeliaran seperti haiwan di hutan, kerajaan negeri akan dituduh oleh kumpulan hak asasi manusia tidak menjalankan tugas untuk membantu komuniti itu untuk maju.

“Setakat ini, kira-kira 500 orang Penan masih lagi hidup secara berpindah-randah di hutan,” katanya dalam temu bual dengan sebuah stesen televisyen British di Oxford, London.

Sedutan temu bual itu di-peroleh melalui satu kenya-taan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau gembira kebanyakan orang Penan tidak lagi mengamalkan tinggal berpindah-randah dan sesetengahnya mampu memperoleh pendapatan daripada penanaman kelapa sawit.

Abdul Taib berkata terdapat orang Penan berkhidmat dengan kerajaan dan mereka agak bijak apabila memasuki sekolah.

“Sungguhpun mereka lambat dalam mengikuti arus pemodenan, mereka pada akhir-nya menjadi sebahagian ko-muniti Sarawak,” kata beliau.

Lawatan beliau ke London ialah untuk mengkaji kemungkinan mendapatkan kepakaran dan pengetahuan dalam akademik di London, khasnya mereka di Oxford untuk mengadakan perhubungan dengan pelabur dan penggerak besar dalam pasaran bagi menyertai pembangunan Hub Halal Tanjung Manis.

Turut hadir pada temu bual itu ialah Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot, Menteri Pembangunan Tanah Dato Sri Dr James Masing dan Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Tun Abdul Rahman. — Bernama

Tuesday, August 10, 2010

Lady Gaga Kena Raba


CHICAGO, Amerika Syarikat - Tubuh penyanyi terkenal, Lady Gaga diraba selepas dia melompat dari pentas ke arah sejumlah peminat pada satu konsert sempena Festival Lollapalooza di sini pada minggu lalu.

Semasa kejadian, Lady Gaga memakai pakaian separuh bogel yang hampir menampakkan keseluruhan payu dara selain berseluar jarang.

Peminat-peminatnya mengambil kesempatan dengan memegang tubuh penyanyi itu sebelum dia ditarik kembali ke atas pentas oleh beberapa pengawal keselamatan.

Insiden penyanyi tersebut yang popular dengan lagu seperti Poker Face itu boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi

source: kosmo

Hidu Gam sebagai satu kesalahan


KUCHING - Kerajaan perlu mempercepatkan pembentangan rang undang-undang bagi mengklasifikasikan kegiatan menghidu gam sebagai satu kesalahan, menurut Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) hari ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, kerajaan perlu bertindak segera dengan menjadikan perbuatan memproses, menjual, mengedar dan penyalahgunaan bahan itu sebagai satu kesalahan.

Katanya masalah menghidu gam kini merupakan masalah serius dalam negara dengan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun mudah terpengaruh dengan ancaman itu.

"Kami melihat salinan draf rang undang-undang itu awal tahun ini dan berharap kerajaan dapat membentangkannya di Parlimen sebelum Oktober ini,” katanya kepada pemberita pada majlis penutupan ‘Program Damai: Kawasan Bebas Dadah’ oleh Pengerusi Pemadam Sarawak, Datuk Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi di sini 

Ditanya kelewatan membentangkan rang undang-undang itu walaupun masalah menghidu gam wujud sejak sedekad lalu, Kamilia berkata beliau tidak mengetahui alasan sebenar dan ia terletak di tangan kerajaan. - Bernama

source: kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.


Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.


Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


About Me

 

COUNTER


ALEXA

PING

My Ping in TotalPing.com
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
HTML hit counter - Quick-counter.net