Pontianak di Balai Polis Betong Sarawak

Kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang yang dikaitkan dengan pontianak didakwa sering mengganggu anggota dan pegawai polis bertugas pada waktu malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baru Betong di sini, sejak sebulan lalu. Ia berlaku beberapa hari selepas IPD berkenaan berpindah ke lokasi barunya iaitu kira-kira dua kilometer dari Jalan Kuek Huat Wee bersebelahan Stadium Betong, April lalu. Betong terletak kira-kira 150 kilometer dari Kuching.

Sejak itu, satu demi satu kejadian menyeramkan dialami anggota bertugas apabila mereka mendakwa ternampak wanita misteri dalam lokap di IPD baru berkenaan. Malah, kejadian itu berlarutan beberapa hari selepas itu dengan anggota lain turut mendakwa melihat kelibat lembaga terbabit ‘menyamar’ rakan setugas mereka.

Dua samseng tembak menembak ala koboi

JOHOR BAHRU: Bagaikan aksi pertarungan antara dua koboi apabila dua samseng saling tembak menembak di luar pusat hiburan mengakibatkan seorang daripada mereka terbaring cedera parah, semalam.

Beliau berkata, apabila sampai ke tempat kejadian, pihaknya mendapati seorang lelaki berusia 50-an mengalami kecederaan di bahagian paha kanan dan pinggang sebelah kiri akibat terkena tembakan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, warga Singapura itu ditembak oleh seorang lelaki selepas berlaku pertengkaran di antara mereka di tepi jalan. Difahamkan, sekurang-kurangnya tiga tembakan dilepaskan menggunakan pistol semi automatik.

Millatfacebook cabar Facebook

Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini. Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas  bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

Dicekup menari dalam buih

Sekumpulan lelaki dipercayai beragama Islam yang berseronok dengan pasangan masing-masing sambil menari dalam kolam kecil dipenuhi buih di pusat hiburan di Taman Melaka Raya, ditahan lewat malam kelmarin.

Mereka dipercayai mabuk kerana mengambil minuman keras bagaikan tidak tahu malu menari dengan aksi ghairah dalam kolam itu.

Bagaimanapun, kegiatan melampau dianjurkan pusat hiburan berkenaan dihidu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang bertindak menyerbu premis terbabit kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Polis tahan tiga warga indonesia disyaki larikan RM10,000

KUALA TERENGGANU – Polis menahan tiga warga Indonesia yang dipercayai terlibat dalam kejadian melarikan wang tunai RM10,000 dari sebuah kenderaan milik seorang peniaga, di Chendering di sini, tidak sampai 12 jam selepas menerima laporan mengenainya, dua hari lepas.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Supt. K. Manoharan berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 12 tengah hari Selasa lalu, selepas seorang peniaga lelaki berusia 58 tahun dari Rusila, Marang, menunaikan cek RM10,000 dari sebuah bank di sini.

Don’t make Incredible Hulk angry, opposition told

KUCHING: Minister of Land Development Dato Sri Dr James Masing yesterday warned Peninsular Malaysia-based opposition parties to watch their step and refrain from practising rowdy politics in Sarawak.He said Sarawakians had had a glimpse of such behaviour among opposition leaders in the Batang Ai by-election but that was short-lived.

Dua beradik kerja 15 tahun tanpa dibayar gaji

KUCHING: Dua beradik berbangsa Iban mendakwa mereka diperhambakan selama 15 tahun semasa bekerja di sebuah kilang pau di Selangor tanpa dibayar gaji.

Kedua-dua beradik terbabit, Radin Bangan, 31 dan adiknya Simon, 30 yang berasal dari Kampung Antayan, Kropok di Serian pergi bekerja di kilang pau tersebut selepas dijanjikan pendapatan lumayan oleh seorang ejen pekerja tempatan, ketika keduanya masih berusia 16 dan 15 tahun.

Paku tertusuk di kepala kucing

BANDAR SIOUX, Amerika Syarikat (AS) - Seekor kucing masih hidup walaupun kepalanya ditusuk dengan paku.

Kucing yang tertusuk paku di kepalanya itu merayau-rayau semasa ia ditemui oleh anggota-anggota sebuah agensi kawalan haiwan selepas mereka mendapat maklumat mengenainya baru-baru ini.

"Saya tidak pernah melihat situasi itu seperti ini terutamanya apabila kucing tersebut masih hidup," kata seorang anggota sebuah agensi kawalan haiwan, Cindy Rarrat.

Polis agama diberi 20,000 skirt

MEULABOH, Indonesia - Polis Islam di Aceh akan menerima 20,000 skirt panjang untuk diberikan kepada wanita yang melanggar etika pakaian Muslim, kata seorang pegawai, Ramli Mansur semalam.

"Mulai hari ini, saya akan menyerahkan kira-kira 20,000 skirt kepada polis syariah di Aceh Barat," katanya yang merupakan Ketua Daerah Aceh Barat.

Menurutnya, pesalah-pesalah wanita akan menukar seluar panjang dengan skirt panjang dan longgar jika polis syariah menangkap mereka.

Perang dadah di Jamaica

KINGSTON - Perdana Menteri Jamaica, Bruce Golding mengsytiharkan perintah darurat di ibu negara berkenaan, Kingston bagi menghalang para penyokong ketua kartel dadah tempatan, Christopher "Dudus" Coke daripada terus melakukan kekacauan.

Ibu kota berkenaan huru-hara akibat keganasan kumpulan-kumpulan penjenayah yang menyokong Coke, 42, sejak minggu lalu.

Mahkamah Agung Indonesia beri semula hak milik Malaysia

JAKARTA: Selepas menunggu 12 tahun, Malaysia akhirnya berjaya mendapatkan tanah bekas tapak Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke Indonesia di No 48 Jalan Kemang Raya, Jakarta Selatan.

Datuk Bandar Jakarta Selatan, Shahrul Effendi menyampaikan surat penyerahan tanah itu kepada Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di sini Amran Mohamed Zin selepas Bahagian Penguat Kuasa pejabat itu melaksanakan operasi pengusiran penceroboh pagi semalam. 

Remaja lari dari rumah dirogol kekasih

KUALA LUMPUR: Pengorbanan cinta seorang gadis berusia 15 tahun yang sanggup menempuh perjalanan dari utara tanah air hingga ke ibu kota untuk menemui kekasih hati bertukar menjadi satu mimpi ngeri buat dirinya apabila dia dijadikan mangsa pemuas nafsu teman lelakinya itu.

Malah, perbuatan keji terbabit turut dirakam teman lelakinya itu sebelum dia mengugut akan mengedarkan gambar bogel berkenaan membuatkan mangsa mula gelisah.

Bagaimanapun, mangsa yang tidak keruan itu akhirnya cuba melarikan diri sebelum ditemui anggota polis yang kebetulan membuat rondaan di kawasan Ulu Klang, Ampang sebelum pemeriksaan mendapati dia pernah dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di Perlis sejak tiga bulan lalu.

Menurut sumber, selepas siasatan dilakukan, gadis berkenaan mendakwa sepanjang tempoh dia menghilangkan diri itu, dia sebenarnya mengikut teman lelakinya itu.

“Gadis berkenaan turut memberitahu yang sepanjang tempoh itu, dia menjadi mangsa pemuas nafsu lelaki berkenaan dan akhirnya mula menyesali perbuatan itu. 

Source: metro

Remaja lari ke Lombok ditahan imigresen

JAKARTA: Selepas melepasi kesukaran membawa keluar remaja Iban berasal Sarawak, Steffanie Liana anak Langka dari Pulau Lombok ke Jakarta, misi menyelamatnya oleh Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno sekali lagi berhadapan rintangan di sini.

Pengerusi biro, Datuk Muhammad Khairun Aseh, berkata gadis 15 tahun itu terpaksa ditahan untuk tempoh tertentu di Pusat Detensi (tahanan) Derektorat Keimigrasian Indonesia di Jakarta.

Menurutnya, biro terpaksa akur undang-undang imigresen di negara itu lebih-lebih lagi Steffanie atau nama Islam, Liana melakukan kesalahan berat memasuki negara itu secara haram.

“Rintangan ini sebenarnya harus diambil iktibar semua pihak terutama gadis di negara kita.
“Saya berbincang secara diplomasi dengan imigresen Indonesia. Tetapi, mereka menegaskan undang-undang dan kedaulatan negara bukan satu perkara mainan yang boleh diambil ringan. 

“Saya berbincang secara diplomasi dengan imigresen Indonesia. Tetapi, mereka menegaskan undang-undang dan kedaulatan negara bukan satu perkara mainan yang boleh diambil ringan.

“Lebih-lebih lagi kes seumpamanya kerap berlaku. Bagaimanapun masih ada ruang berdiplomasi dan biro akan kembali ke Jakarta Isnin ini dalam usaha membawa pulang Liana ke pangkuan keluarga,” katanya ketika ditemui di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, di sini, semalam.

Terdahulu, beliau bersama wakil kedutaan membawa gadis terbabit ke pejabat imigresen kira-kira jam 9 pagi.
Menurutnya, dia dapat melihat riak Liana yang terkejut dan takut melihat lokap dipenuhi pelbagai warga asing di pejabat imigresen itu.

Bagaimanapun, katanya, Liana diletakkan di ruang rehat di pusat terbabit atas dasar kemanusiaan serta semangat setiakawan antara Malaysia dan Indonesia. Gadis Iban kini hamil lima bulan sebelum ini dilaporkan memasuki Lombok secara haram 27 Mac lalu mengikuti lelaki Lombok, Tohri Jadi Jaya, 22, sebelum dikesan polis antarabangsa, minggu lalu.

Source: metro
Catatan: Anehnya, bila rakyat Malaysia masuk secara haram mereka boleh berbicara soal kedaulatan negara, tapi bila warga Indonesia masuk secara haram ke Malaysia dianggap 'biasa'. apakah Malaysia tidak ada kedaulatan menurut pandangan Indonesia, sekarang ada lebih 800,000 warga Indonesia yang masuk secara haram ke Malaysia. Malah bila mereka ini ditangkap dan dihantar pulang, Para aktivis, ahli politik dan rakyat Indonesia akan berteriak melaungkan slogan "Ganyang Malaysia".

Misteri tikus di depan Obama

WASHINGTON - Seekor tikus berlari di depan podium Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semasa beliau bercakap pada sidang akhbar di White House kelmarin.

Beberapa jurugambar merakamkan gambar tikus itu yang berlari di depan podium semasa Obama membuat kenyataan mengenai reformasi kewangan.

Menurut beberapa akhbar semalam, kehadiran tikus itu mungkin tidak disedari oleh Obama kerana beliau tidak memberikan sebarang reaksi.

Presiden AS itu tidak menjawab beberapa soalan yang dijerit oleh beberapa wartawan selepas beliau selesai membuat kenyataan. Timbul beberapa pendapat mengenai identiti tikus itu.

"Saya fikir ia bukan seekor tikus. Ini disebabkan oleh saiz ekornya yang pendek berbanding tubuhnya. Mungkin ia seekor haiwan mirip tikus atau tikus tanah," kata ahli biologi hidupan liar, Russell Link yang bertugas di Jabatan Negara Bagi Perikanan dan Hidupan Liar. - Agensi

source: kosmo

Majikan Siti Hajar dipenjara lapan tahun

Free Image Hosting

KUALA LUMPUR - Selepas Yim Pek Ha, kini tiba giliran Hau Yuan Tyng menerima hukuman penjara lapan tahun setelah Mahkamah Se- syen di sini semalam mensabitkan ibu tunggal itu bersalah atas tiga pertuduhan mendera dan mencederakan bekas amahnya, Siti Hajar Sadli tahun lalu.

Hakim S.M Komathy Suppiah turut mengarahkan Yuan Tyng membayar pampasan sebanyak RM5,000 kepada Siti Hajar mengikut Seksyen 426 (b) Kanun Tatacara Jenayah. Ibu kepada dua orang anak itu dihukum penjara masing-masing empat tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua manakala tertuduh dikenakan hukuman penjara enam bulan bagi pertuduhan ketiga.

Komathy mengarahkan hukuman bagi pertuduhan pertama dan ketiga berjalan serentak dengan hukuman pertuduhan kedua berjalan berasingan dan kesemua hukuman diarah bermula semalam.

Namun mahkamah membenarkan permohonan peguam M. Manoharan yang mewakili Yuan Tyng, 44, supaya kesemua hukuman itu ditangguhkan sehingga rayuan selesai didengar di Mahkamah Tinggi. Seolah-olah dia sudah menjangka keputusan mahkamah, Yuan Tyng dilihat menerimanya dengan tenang sambil berbual-bual dengan anak dan ahli keluarganya. 

Source: metro

Ribuan rakyat Pakistan protes Facebook hina Nabi Muhammad

LAHORE - Beribu-ribu rakyat Pakistan dijangka membanjiri jalan-jalan raya hari ini bagi meluahkan kemarahan terhadap Facebook dan Barat berhubung penyebaran karikatur Nabi Muhammad S.A.W yang dianggap mencabul Islam.

Ia berikutan tindakan seorang pengguna Facebook (FB) membuka laman FB dengan menyeru pengguna FB menghantar lukisan Nabi Muhammad.

Laman itu dinamakan sebagai ‘Hari Melukis Gambar Nabi Muhammad’ yang kononnya bertujuan ‘menggalakkan kebebasan bersuara’, yang diilhamkan oleh seorang kartunis Amerika Syarikat (AS). Bagaimanapun tindakan itu menimbulkan reaksi kemarahan hebat di negara Islam tersebut yang dihuni 170 juta penduduk.

Islam melarang sebarang lukisan yang menggambarkan Nabi Muhammad S.A.W dan menganggapnya sebagai kufur. Perselisihan terbaru itu turut membangkitkan perbandingan dengan bantahan-bantahan di seluruh dunia Islam berhubung penerbitan kartun yang menyindir Nabi Muhammad dalam akhbar-akhbar Eropah pada 2006. 

Source: kosmo

Jerat maut Facebook

SYDNEY: Polis Australia memberi amaran kepada remaja supaya tidak menyiarkan gambar mereka di laman sosial seperti Facebook selepas seorang gadis didakwa dibunuh rakan Internet.

“Golongan muda perlu pastikan hanya mereka yang benar-benar dikenali boleh melihat profil dan gambar mereka. “Tiada sebab kenapa mereka perlu siar gambar mereka di Intertet,” kata Superintendan Polis Queensland, Peter Crawford. Menurutnya, masalah bukan hanya kerana gambar yang disiar itu.

“Hakikatnya, jika kita sedia menyiarkan gambar itu, pastinya kita juga akan memberikan pelbagai maklumat peribadi.” Amaran itu dibuat selepas seorang lelaki Sydney didakwa mewujudkan identiti palsu di Facebook dan menggunakannya untuk memperdaya dan membunuh Nona Belomesoff, 18, di sebuah lokasi terpencil di pinggir bandar itu.

Gambar Nona yang diambil daripada laman sosialnya kini memenuhi akhbar Australia menyebabkan polis New South Wales memberi amaran terlalu banyak maklumat peribadi kini mudah diperoleh di Internet.

“Jangan siar gambar di Facebook. Hanya benarkan rakan sahaja melihat gambar anda.

“Layan setiap kenalan baru dengan berhati-hati,” kata Superintendan Jabatan Jenayah Komputer New South Wales, John Kerlatec.

Crawford yang bertanggungjawab menyiasat jenayah dan menjaga keselamatan remaja berkata, golongan muda berdepan risiko dengan menyiarkan profil yang boleh dilihat semua pihak.

“Kami berdepan penjenayah yang mengambil maklumat dan melawat kawasan yang dikunjungi remaja menjadi sasaran mereka, termasuk sekolah. “Hakikatnya, jangan ambil mudah dan percaya identiti kenalan baru seperti yang mereka katakan,” katanya lagi.

Amaran itu dibuat selepas Facebook dikritik di Amerika Syarikat dan Eropah kerana membenarkan maklumat pengguna digunakan rakan korporatnya.

Source: metro

BN pantau kemampuan DAP bela nasib penduduk Sibu

KUCHING 19 Mei - Barisan Nasional (BN) akan memantau sejauh mana kemampuan DAP dalam membela nasib penduduk di Parlimen Sibu setelah parti itu memenangi pilihan raya kecil kerusi tersebut Ahad lalu. Datuk Seri Adenan Satem (BN-Tanjung Datu) berkata, DAP yang banyak menabur janji sepanjang kempen pilihan raya itu mempunyai tempoh kira-kira dua tahun sebelum pilihan raya umum akan datang untuk membuktikan kemampuan mereka.

''BN negeri akan memantau secara dekat apa yang boleh dilakukan DAP untuk kemajuan dan pembangunan Sibu secara keseluruhannya. ''Hanya dengan menang di Sibu, pembangkang 'berlagak' dan bercakap besar dengan rakyat tetapi perlu diingatkan, DAP harus menterjemahkan undi kepada bentuk pembangunan yang rakyat inginkan," katanya yang juga Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul terima kasih ucapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-16 di sini hari ini.

Adenan berkata, BN Sarawak tidak panik dengan kekalahan calonnya pada pilihan raya kecil itu memandangkan ia tidak memberi kesan kepada kerajaan sama ada di peringkat pusat mahupun negeri. Katanya, hanya dengan menang di Sibu, BN masih lagi menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) dan DAP masih kekal sebagai pembangkang.

Tambahnya, BN Sarawak juga tidak mudah panik dengan rangkaian pakatan pembangkang yang kononnya ingin menumbangkan kerajaan BN di peringkat pusat dan negeri. ''Pada suatu ketika, pakatan pembangkang begitu yakin dengan undi yang diberikan rakyat kepada mereka sehingga menguasai lima negeri, sebelum Perak terlepas semula kepada BN.

''Hanya disebabkan itu mereka telah memasang angan-angan untuk mengambil alih kepemimpinan BN di peringkat Persekutuan dan negeri malah begitu yakin untuk 'mengambil alih' kerajaan BN pada tarikh 16 September 2008, tetapi ia berlalu begitu saja hingga menjadi bahan ketawa," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Adenan menyuarakan rasa kesalnya terhadap sikap pembangkang yang bersikap biadab ketika persidangan DUN. Katanya, mereka selalunya tidak menghormati peraturan mesyuarat dan dewan yang mulia dengan menimbulkan kekecohan hingga memaksa sesi DUN ditangguhkan.

Source: Utusan Malaysia

PayPal akan buka pusat operasi di Malaysia

KUALA LUMPUR: Penyedia kaedah pembayaran dalam talian, PayPal, merancang membuka pusat operasi perkhidmatan Asianya yang kedua di Kuala Lumpur dalam tempoh enam bulan ini.

Ia bagi menampung permintaan yang kian meningkat untuk e-perdagangan, terutamanya di rantau Asean. Naib Presiden PayPal Asia Pasifik, Farhad Irani, berkata syarikat pada masa ini sedang meninjau lokasi yang bersesuaian dan seterusnya mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan.

"Kami hanya boleh membuat pengumuman yang khusus dalam tempoh tiga bulan ini. Kami juga berharap pusat itu boleh beroperasi menjelang hujung tahun," tambah beliau apabila ditanya mengenai pelaburan oleh syarikat itu untuk pusat berkenaan.

Irani berkata, pusat itu akan mengambil pekerja antara 250 hingga 400 orang dengan kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa supaya dapat disesuaikan dengan pelbagai negara di Asean.

"Pada masa ini, syarikat mempunyai operasi perkhidmatan di Shanghai, China, dengan 450 pekerja," katanya.

Beliau berkata, pembukaan pusat di Kuala Lumpur ini adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang syarikat untuk mengukuhkan lagi tapaknya di Malaysia. Terdahulu, Irani telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan eBay.

Perjanjian MoU itu akan menyaksikan PayPal dan eBay menganjurkan beberapa siri seminar, bengkel dan menyediakan perkhidmatan sokongan perundingan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir turut hadir menyaksikan majlis berkenaan.

Pelaksanaan eBay untuk Program Perniagaan, akan menyaksikan PKS mendapatkan pengetahuan bagaimana mengendalikan penyelidikan pasaran secara berkesan, mengendalikan penyumberan dan pemasaran produk serta menyediakan perkhidmatan pengguna untuk sektor pedagang.

Irani berkata, PayPal dan eBay kekal yakin dengan prospek e-perdagangan. "Dengan 15.8 juta pengguna internet dan e-perdagangan dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkompaun melebihi 28% dari tahun 2006 hingga 2010, potensi untuk Malaysia kekal menggalakkan," jelas beliau.

eBay, contohnya, Malaysia ialah antara pasaran yang paling aktif di Asia Tenggara. "Jumlah nilai produk yang dijual ke pasaran seberang laut seperti Amerika Syarikat atau Eropah oleh penjual eBay Malaysia saja, berkembang sebanyak 69 peratus tahun atas tahun pada Januari 2010," kata beliau.

Dilaporkan yang PayPal memproseskan lebih daripada AS$6 bilion dari segi jumlah pembayaran di Asia Pasifik pada tahun 2009.

Irani berkata, dengan kerjasama istimewa dengan Matrade ini, ahli-ahli yang melanggan akaun PayPal akan mendapat manfaat diskaun 25% ke atas semua yuran transaksi untuk 100 transaksi pertama yang dibuat dalam tempoh tiga bulan mereka mendaftar.

Selain daripada itu, eBay akan turut mengenepikan yuran kemasukan bagi 100 penyenaraian pertama yang diwujudkan oleh ahli-ahli Matrade.

PayPal, adalah syarikat eBay, menguruskan lebih daripada 84 juta akaun aktif di 190 pasaran dan 24 mata wang seluruh dunia. - Bernama 

Source: Berita Harian

Peramal Manohara meninggal dunia

JAKARTA - Seorang peramal terkenal Indonesia yang pernah menyatakan bahawa Manohara Odelia Pinot dijual oleh ibunya kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry telah meninggal dunia kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Peramal itu, Laurentia C Von Hooff HJ Pasaribu Binti Laurentius atau lebih dikenali sebagai Mama Lauren yang berumur 78 tahun meninggal dunia di Rumah Sakit PGI Cikini, Jakarta Pusat malam kelmarin selepas dirawat kerana sakit paru-paru.

Mama Lauren amat dikenali di Indonesia kerana dia banyak membuat ramalan terhadap masa depan ahli-ahli politik dan selebriti popular. Semasa kes penculikan Manohara didakwa dilakukan oleh kerabat diraja Kelantan itu hangat diperkatakan di negara itu, Mama Lauren pernah menyatakan ramalannya dengan menyatakan bahawa isteri Tengku Temenggong Kelantan itu berada dalam keadaan baik.

"Ibunya (ibu Manohara), sudah mendapat harta daripada pangeran (Tengku Muhammad Fakhry), dapat apartmen dan Mercedes Benz. Jadi apa namanya itu kalau bukan jual anak," kata Mama Lauren seperti yang disiarkan kembali oleh media Indonesia semalam.

Menurut akhbar itu, Mama Lauren yakin Manohara bernikah tanpa dipaksa. "Saya lihat, dia memang dikahwinkan. Kalau tidak untuk menikah, kenapa dihantar ke Malaysia?" kata Mama Lauren semasa dia masih hidup. 

Selain Manohara, nasib penyanyi Krisdayanti turut diramalkan oleh Mama Lauren. Sebelum perceraian penyanyi itu dengan pemuzik Anang terjadi, Mama Lauren pernah meramalkan bahawa ia akan berlaku.

Menurut seorang ahli politik Indonesia, Permadi, Mama Lauren meramalkan bahawa negara itu akan dilanda bencana besar tetapi dia tidak menyatakan tarikhnya.

Permadi berkata, Mama Lauren menyatakan kiamat tidak akan berlaku pada 2012 tetapi dia menganggap tahun itu merupakan tahun kebangkitan Indonesia.

Source: kosmo

Catatan: Manohara adalah idola Indonesia, mungkin sebab itu rakyat Indonesia sanggup melaungkan slogan "Ganyang Malaysia" dan mendesak pemerintah berperang dengan Malaysia demi membela Manohara.

Kerani ugut Saiful Bukhari dalam Facebook ditahan

KUALA LUMPUR 18 Mei - Seorang kerani yang dikatakan menghantar mesej berbaur ugutan melalui laman sosial Facebook kepada saksi utama perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan ditahan polis pada Jumaat lalu.

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di Balai Polis Klang selepas datang menyerah diri pada petang itu. Bagaimanapun, dalam keterangannya, dia menafikan menghantar mesej itu untuk mengugut sebaliknya hanya sekadar nasihat.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang mengesahkan penahanan itu berkata, lelaki tersebut diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk disiasat.

"Kita telah menahan reman lelaki tersebut selama empat hari dan dia dibebaskan selepas polis mengambil keterangan lengkap hari ini," katanya ketika ditemui di pejabatnya di IPD Sentul di sini hari ini. Pada Rabu lalu, Mohd. Saiful Bukhari membuat laporan di IPD Sentul berhubung mesej ugutan yang diterimanya dalam Facebook.

Laporan dibuat terhadap suspek yang mendaftar dirinya atas nama Badrul Hisham dalam laman sosial itu. Badrul Hisham didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk ugutan bunuh dalam satu mesej yang dihantar kepada Mohd. Saiful Bukhari pada pukul 12.47 petang hari kejadian.

Ini merupakan ugutan kedua yang diterima oleh beliau sepanjang perbicaraan bermula sejak Februari lalu. Laporan terhadap ugutan pertama dibuat pada 9 Februari. Zakaria memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan.

Source: utusan

Bung Moktar dihukum Penjara Sebulan

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar, 51, dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

Isterinya, pelakon Zizie Izette, 32, tiga iparnya, Datuk Ahmad Shahazmi A. Samad, Samzy Fuzette, Shaheizy Sam, Sahari Ahamd dan Diding Putang yang dituduh bersubahat dengan Bung Moktar didenda RM1,000, gagal bayar, enam bulan penjara.

Zizie yang turut mengaku bersalah atas tuduhan bernikah tanpa kebenaran mahkamah, didenda RM1,000, gagal bayar, sebulan penjara manakala Bung yang didakwa bersubahat dengan isterinya, didenda RM1,000, gagal bayar sebulan penjara.

Abang Zizie, Ahmad Shahazmi yang menjadi wali pernikahan dan adik-adiknya, turut menghadapi tuduhan tambahan iaitu menikahkan pelakon wanita itu dan menjadi saksi perkahwinan tersebut.

Bagi kesalahan ini, Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad menjatuhkan denda RM1,000 setiap seorang, gagal bayar, sebulan penjara.

Pada masa ini, pihak pembelaan sedang menyiapkan afidavit untuk permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara ke atas Bung Moktar. 

Source: utusan

Ratu Amerika 2010 beragama Islam

Kejayaan gadis keturunan Lubnan itu menjadi gadis beragama Islam pertama dinobat sebagai Ratu Universe AS dengan menewaskan 50 peserta lain dianggap sesuatu yang luar biasa.

Namun, pegawai pemasaran berusia 24 tahun itu yang muncul juara di Las Vegas kini disiasat selepas gambar beliau menyertai pertandingan joget tiang, Stripper 101, di kelab malam bogel, Kelab Coliseum Gentleman di Detroit pada 2007 didedah media. Antara gambar disiar termasuk aksi Rima yang memakai seluar pendek ketat, singlet biru dan kasut tinggi menari memanjat tiang.

Selain itu, beliau turut dipamer memakai bra yang penuh dengan wang kertas. Gambar-gambar itu disiar dalam laman web sebuah stesen radio Detroit sebaik sahaja beliau diumum pemenang pertandingan itu.

Pengurusan stesen radio itu mendakwa dihubungi penganjur pertandingan Ratu Universe yang meminta maklumat lanjut pembabitan Rima dalam pertandingan itu.

Beliau dipercayai memenangi beberapa kategori dalam pertandingan itu, termasuk permainan dewasa dan juga tarian tiang. Sebagai pemenang, Rima yang menetap di Michigan akan mewakili AS dalam pertandingan Ratu Universe dunia hujung tahun ini.

Apapun, penyokong Rima menganggap kejayaannya itu menunjukkan identiti sebenar warga Arab Amerika. Rakan Rima, Zouheir Alawieh berkata, penduduk Arab memiliki budaya dan sejarah tersendiri. “Kini kami mencipta sejarah baru. Rima berhijrah ke AS bersama keluarganya ketika berusia tiga tahun, kini beliau memenuhi impiannya,” katanya.

Kontroversi ini bukan yang pertama dialami pemenang Ratu Universe AS.  Tahun lalu, gelaran dimenangi Carrie Prejean dilucut selepas beliau disah terbabit dalam rakaman video seks.

Pada 2006, Tara Conner, 20, mengaku pernah menghisap dadah dan minum arak ketika di bawah usia. Bagaimanapun gelarannya tidak dilucut selepas menjalani pemulihan. - Agensi
Source: metro 

Catatan: Ramai masyarakat Islam di Malaysia tidak 'senang' sebab ratu ini dianggap beragama Islam dan berpakaian mendedah aurat. tapi di Malaysia ramai juga masyarakat Islam yang terlibat dalam pelacuran, seks bebas dan video lucah. apakah itu menyenangkan sebab orang "kita" yang melakukannya.  orang luar kita sibuk nak kritik, kalau orang kita takpa kan...

Gadis Iban dibawa lari ke Lombok

Seorang lagi gadis bawah umur dilaporkan dilarikan ke Lombok, Indonesia dan berkahwin dengan teman lelakinya dari negara berkenaan.

Stephenie Liana, 15, berketurunan Iban dilaporkan diculik dari rumah keluarganya di Mukah, Sarawak oleh teman lelakinya pada 27 Mac lalu sebelum dilarikan menggunakan bot ke Mataram, Lombok.

Bagaimanapun, selepas hampir dua bulan dilaporkan hilang, gadis itu berjaya diselamatkan Polis Indonesia hasil maklumat risikan Bukit Aman dan Polis Antarabangsa (Interpol). Sumber memberitahu Berita Harian, mangsa yang sudah berkahwin dengan individu yang melarikannya ditahan kerana memasuki republik itu secara haram dan tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Gadis itu bersama seorang lelaki berusia 30 tahun, dipercayai suaminya ditahan di Balai Polis Mataram untuk disoal siasat sebelum dibenarkan pulang ke rumah lelaki terbabit.

“Mereka kini dikenakan tahanan rumah di bawah pengawasan polis sehingga siasatan kes itu selesai. "Kedutaan Malaysia di Jakarta sudah dimaklumkan mengenai penemuan semula gadis itu, begitu juga keluarganya di Malaysia,” katanya. Menurut sumber, kejayaan itu susulan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Indonesia. 

Sebelum ini, pelakon remaja, Salsabila Yunan, 16, atau Bella dibawa pulang dari Lombok, Indonesia, juga selepas berlari ke negara itu bersama reman lelakinya. Bella dan Stephenie adalah antara kes gadis bawah umur tempatan yang dilarikan ke negara jiran itu atas faktor cinta.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sedia membantu keluarga mangsa membawa pulang gadis berkenaan ke Malaysia.

“Kita sudah berhubung dengan agensi berkaitan, khususnya Wisma Putra bagi menyelaraskan misi ini,” katanya. "Jika semuanya berjalan lancar, termasuk rundingan yang dijalankan bersama pihak di Indonesia, kita akan berlepas ke Mataram secepat mungkin,” katanya.

 Source: Berita Harian

Filem Obama

BANDUNG - Filem Obama Anak Menteng dilakonkan oleh kebanyakan pelakon asing berbanding tempatan, lapor akhbar Detikhot. Menurut akhbar itu, pengarah filem keluaran Indonesia itu, Demian Dematra mengaku bahawa ramai pelakon asing berlakon dalam filem berkenaan.

Pemilihan pelakon asing itu dibuat bagi menyesuaikan kisah hidup Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semasa beliau tinggal di Jakarta.

"Kalau kita amati, bapanya berkulit hitam dan berdasarkan kemampuan bahasa juga beliau (Obama) boleh berbahasa Inggeris dan Indonesia," ujarnya.

Dalam filem itu, Hasan Faruq Ali berusia 15 tahun yang merupakan remaja kelahiran AS yang tinggal di Indonesia selama 10 tahun dipilih memegang watak Obama semasa kecil. 

Watak ibu Obama dipegang oleh Clara Lachelle yang mempunyai darah kacukan Inggeris, Perancis dan Belanda. Sementara itu, watak Lolo Soetoro, bapa tiri Obama dilakonkan oleh lelaki Indonesia yang pernah tinggal lama di Belgium. 

Obama pernah tinggal di Jakarta pada tahun 1960-an bersama ibu dan bapa tiri sebelum beliau kembali semula ke Hawaii, AS. - Agens

Catatan: 
Selain filem, Indonesia juga sudah membuat patung Obama dan menganggapnya sebagai hero Indonesia.

DAP menang di Sibu

Parti Tindakan Demokratik (DAP) berjaya merampas kerusi Parlimen Sibu daripada Barisan Nasional (BN) apabila calonnya Wong Ho Leng menang tipis dengan majoriti 398 undi atau 1.07 peratus. Beliau mendapat 18,845 undi.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu, beliau menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas, Narawi Haron. Robert Lau meraih 18,447 undi, Narawi hilang wang pertaruhan apabila mendapat 232 undi.
Keputusan rasmi diumumkan Pengurus Pilihan Raya Wong See Meng di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Sibu kira-kira pada jam 10.50 malam tadi. Peratusan keluar mengundi 70 peratus. Jumlah undi rosak 208. Pilihan  raya itu membabitkan 111 peti undi termasuk undi pos.

Proses pengumuman keputusan rasmi lewat berbanding jangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selewat-lewatnya pada 9 malam. Wong tiba di Dewan Suarah Sibu kira-kira 15 minit sebelum keputusan rasmi diumumkan. Dalam sidang media sejurus itu, Wong yang ditemani para pemimpin Pakatan Rakyat berkata, kemenangan itu merupakan satu langkah besar untuk merubah kerajaan persekutuan. “Ini satu keajaiban dan kemenangan ini adalah untuk warga Sibu,” katanya yang ditemani ahli-ahli keluarga rapat dan ribuan penyokong DAP di luar Dewan.

Parlimen Sibu sebelum ini diwakili mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang meninggal dunia ada 9 April lepas, lantas menjurus kepada pilihan raya kecil. Pada pilihan umum 2008, Datuk Robert Lau menang dengan majoriti 3,549 undi, mengalahkan Wong dan Lim Chin Chuang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Parlimen Sibu merupakan kawasan majoriti pengundi Cina, selebihnya Melayu/ Melanau dan Iban. Senarai pemilih berdaftar mencatatkan, pengundi Cina kira-kira 67 peratus, diikuti Melayu/Melanau (10.5 peratus) dan Iban dan lain-lain (22 peratus).

Untuk memberi peluang kepada semua, SPR membuka 45 pusat pengundian dengan 110 saluran dibuka di 39 buah sekolah, dua tadika dan sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam.

Source: The Borneo Post

Malaysia Boleh Ketinggalan Di Belakang Dalam Bidang Pelancongan Perubatan

NEW YORK; Malaysia walau pun mempunyai kemudahan pelancongan perubahan yang baik kemungkinan ketinggalan dibelakang dari segi destinasi pelancongan perubatan, demikian menurut YaleGlobal, satu penerbitan perdana Yale Center bagi Kajian Globalisasi.

Katanya Malaysia tidak mendapat perhatian di kalangan para pelancong Amerika Syarikat (AS) dan Eropah di segi usaha menarik para pelancong berkenaan. Banyak negara, seperti Cuba, Hungary, Jordan, Thailand, Singapura dan Filipina kini turut secara agresif mempromosikan pelancongan perubatan.

Menurutnya, India kini berjaya menarik para pelancong perubatan Barat yang melihatnya sebagai "keajaiban India" yang menawarkan rawatan perubatan, seperti pembedahan jantung, terapi kanser, pergigian dan pelbagai lagi pada kos yang rendah dan berkelas dunia.

Banyak hospital di India telah secara diam-diam berunding dengan syarikat AS untuk menghantar para pekerja mereka bagi mendapatkan rawatan ke negara itu pada harga paling rendah, seperti yang ditawarkan di dalam risalah yang diedarkan di wilayah New York/New Jersey oleh sebuah hospital berpangkalan di Bangalore, India.

Dahulu, Malaysia dan jirannya Singapura dan Thailand, mendapat keutamaan bagi para pelancong perubatan sebelum dipintas oleh India. Fortis dan Apollo, yang merupakan antara peneraju rangkaian perubatan hospital utama di India telah berjaya menembusi sektor korporat AS dengan tawaran kos hanya sebahagian kecil daripada kos perubatan di AS.

Selain itu, kejayaan India dengan anggaran pasaran pelancongan perubatan sekitar AS$2 bilion setahun menjelang 2012, kemungkinan berjaya kerana para pesakit Barat telah biasa dengan pakar perubatan dan jururawat India yang ramai bekerja di AS, Kanada dan Australia.

India juga menawarkan pesakit dan penjaganya visa sehingga tempoh tiga tahun. Sebulan lepas, sebuah hospital di Chennai, Madras Medical Mission, berjaya melakukan pemebedahan jantung ke atas seorang wanita AS pada harga hanya AS$8,000, yang termasuk tambang pesakit dan bayaran tinggal di hospital selama sebulan, berbanding dengan kos sekurang-kurangnya AS$$40,000 di AS.

Menurut kajian Persekutuan Industri India dan McKinsey Consultancy, India telah mencatatkan pertumbuhan pelancongan perubatan 15 peratus setahun setiap tahun dari segi bilangan pelancong perubatan dari negara maju.

Source: Bernama

84 warga asing ditahan

IPOH 15 Mei – Seramai 84 warga asing termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun ditahan dalam Ops Kutip di Medan Gopeng, di sini hari ini. Operasi selama empat jam itu bermula kira-kira pukul 10 pagi dengan dianggotai oleh 25 pegawai Imigresen Negeri. Ketua Bahagian Penguat Kuasanya, Ahmad Puat Abd. Hamid berkata, operasi tersebut memberi tumpuan di kawasan restoran dan lokasi orang ramai.

Katanya, mereka yang ditahan terdiri daripada 54 lelaki dan 29 wanita berusia antara 20 dan 45 tahun. Katanya lagi, kesemua mereka berasal dari Indonesia, Myanmar, Pakistan, Vietnam dan Bangladesh. “Kita menahan mereka untuk pemeriksaan lanjut bagi memastikan golongan itu memiliki dokumen perjalanan sah.
“Mereka membawa salinan dokumen perjalanan tetapi kita perlu membuat pemeriksaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Puat berkata, mereka yang ditahan itu akan dibawa ke pejabat Imigresen di sini untuk siasatan dan akan dibebaskan jika memasuki negara secara sah. Tegas beliau, mereka yang didapati memasuki negara ini secara haram akan ditahan di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah.

“Kita akan menghantar mereka ke Depot Tahanan Imigresen di Langkap untuk tindakan lanjut,” katanya. Sejak awal tahun ini, lebih 500 pendatang asing telah ditahan dalam Ops Kutip, Ops Selesa dan Ops Belanja di seluruh negeri ini.

Ahmad Puat memberi amaran kepada majikan agar mematuhi peraturan pengambilan pekerja asing untuk bekerja di premis-premis mereka. Katanya, mereka yang melindungi pendatang asing tanpa izin juga akan dikenakan tindakan undang-undang.

10 orang paling berpengaruh di dunia 2010

Pemimpin dunia dan tokoh korporat mendominasi senarai teratas sebagai orang yang paling berpengaruh dan berkuasa di dunia pada tahun 2010. Berdasarkan majalah Forbes, penilaian ini adalah melalui pengaruh, kemampuan di luar kekuasaan, kawalan kewangan dan bagaimana tokoh ini bergerak dengan pengaruh dan kekuasaan mereka.

10 orang tokoh yang paling berkuasa di dunia menurut Forbes;

1. Barack Obama - Presiden Amerika

2. President Hu Jintao - President China

3. Minister Vladimir Putin - Perdana Menteri Russia

4. Ben Bernanke – US Federal Reserve Chairman

5. Sergey Brin dan Larry Page - Pengasas Google

6. Carlos Slim - CEO Telmex, Mexico

7. Rupert Murdoch - CEO Media News Corp

8. Michael T. Duke - CEO Wal-Mart

9. King Abdullah bin Abdul Aziz - Raja Arab Saudi

10. Bill Gates - Pengasas Microsoft dan Gates Foundation

Marilyn Monroe lebih seksi dari Angelina Jolie

Free Image Hosting
DUA aktres Hollywood iaitu Angelina Jolie dan Marilyn Monroe, sama-sama seksi. Namun siapa antara mereka yang lebih seksi? Ternyata Marilyn yang telah meninggal dunia pada usia 48 tahun lebih 'panas' berbanding Jolie. Ini kerana hasil undian dari laman web Fox411, aktres Hollywood dari usia emas sehingga yang muda mendapat pencalonan bagi kategori artis Hollywood paling seksi.

Terdapat 25 aktres yang dicalonkan. Mereka ini dipilih bukan sahaja kerana seksi malah turut dinilai dari segi bakat, kecantikan dan kekuatan masing-masing. Menurut Foxnews, Marilyn menduduki tempat pertama undian tersebut dengan undian 60,000 responden. Undian tersebut berjalan selama seminggu.

Sedangkan Jolie berada pada kedudukan kedua dengan mengutip 9,000 undian. Meskipun begitu, kekasih Brad Pitt itu menjadi satu-satunya aktres masa kini yang tersenarai dalam lima teratas. Selepas Jolie adalah Sophia Loren, Raquel Welch dan Elizabeth Taylor.

Arab Saudi lihat Malaysia sebagai negara Islam paling maju di dunia

Kagum dengan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, Arab Saudi melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam paling maju di dunia.

Ketika menyatakan perkara ini, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Malaysia dan wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Persidangan Islam di Arab Saudi, Profesor Madya Datuk Syed Omar Al Saggaf, berkata Arab Saudi berminat untuk belajar daripada kejayaan Malaysia.

"Oleh itu mereka berharap dapat belajar daripada pengalaman Malaysia terutamanya dari segi pengetahuan teknologi, antara lainnya, termasuk dalam sektor pertanian. "Mereka menyedari bahawa Malaysia menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam banyak bahagian dan mereka juga untuk belajar daripada negara bagaimana ia berjaya membangun dan bertahan daripada krisis ekonomi global dalam tempoh masa yang singkat," katanya.

Syed Omar juga menyebut contoh Malaysia berjaya menarik pelancong dalam usahanya memperkenalkan pelancongan kesihatan. "Sebelum ini, pelancong pergi ke Jerman bagi tujuan itu tetapi sekarang nampaknya industri tersebut semakin berkembang di Malaysia," katanya. Syed Omar juga berkata, Arab Saudi berminat untuk belajar daripada pengalaman Malaysia dalam menangani krisis kewangan global dan bagaimana ia kini berada di landasan pemulihan ekonomi.

Menurut Bank Dunia, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang pada kadar tahunan 2.20 peratus pada suku lepas. KDNK negara bernilai AS$195 bilion atau 0.31 peratus daripada ekonomi dunia. Sebagai ekonomi yang sedang pesat membangun di Asia, Malaysia, sebuah negara berpendapatan sederhana, telah berubah perlahan-lahan sejak 1970-an daripada pengeluar bahan mentah menjadi sebuah ekonomi pelbagai sektor.

Kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meneruskan usaha untuk meningkatkan permintaan domestik bagi memisahkan ekonominya daripada bergantung kepada eksport walaupun ketika ini eksportnya, terutama elektronik, masih kekal sebagai pemacu utama ekonomi.

Syed Omar berkata demikian dalam temu bual dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Penasihat Pembangunan Koridor di Malaysia. Bekas perdana menteri itu mengetuai delegasi misi pelaburan Majlis Pembangunan ECER (ECERDC) ke Asia Barat termasuk Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu, Riyadh dan Jeddah di Arab Saudi dari 7-17 Mei.

Misi itu adalah susulan kepada kunjungan terdahulu Najib ke Arab Saudi pada Januari. Turut hadir pada sesi temu bual itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issace John. Syed Omar berkata, kedutaan itu akan memberikan sokongan dan bantuan bagi memastikan kejayaan misi tersebut yang bertujuan menarik pelabur serta meningkatkan hubungan perniagaan dua hala dengan negara Asia Barat.

Source: Berita Harian

Jangan Bawa isu kalimah ‘Allah’ ke Sarawak

Parti politik diberi amaran tegas supaya berhenti membangkitkan isu sensitif berkaitan kalimah Allah semasa berkempen pada pilihan raya kecil Sibu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC II Huzir Mohamed berkata, parti politik yang didapati ingkar terhadap amaran tersebut boleh ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri  (ISA).

“Saya ingin memberi amaran tegas supaya mereka yang terlibat hentikan segera untuk menggunakan isu sensitif semasa berkempen kerana ia boleh menggugat ketenteraman awam,” katanya pada sidang media Ops PRK Sibu di sini semalam.

Katanya, pihak polis ada mengesan segelintir parti politik yang menggunakan isu sensitif itu bagi memancing undi demi mendapatkan soko-ngan pengundi pada pilihan raya kecil Sibu. Katanya, perbuatan itu harus dihentikan segera kerana ia boleh menggugat ketenteraman awam.

“Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa semua parti politik tidak terkecuali daripada amaran ini sama ada parti pembangkang atau Barisan Nasional (BN) berhenti menggunakan isu ini,” tegasnya. Menurut Huzir, parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Sibu sewajar-nya, mengetahui padah berbuat demikian serta mengelak membangkitkan isu itu. Katanya,  parti politik yang bertanding tidak sepatutnya menyentuh isu agama pada pilihan raya kecil ini kerana ia boleh mencetuskan kekecohan.

“Kami tidak mahu isu sensitif kalimah Allah diheboh-kan lagi kerana isu itu sudah diselesaikan,” tambahnya. Setakat ini, polis menerima sebanyak tiga laporan ber-unsur hasutan. “Ia bertentangan dengan akta pilihan raya. Kita sudah mengemukakan tiga kertas siasatan berhubung perkara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, sejak hari penamaan calon hanya satu tangkapan terhadap seorang lelaki yang berasal dari Selangor Sabtu lalu. Namun, lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Di samping itu, Huzir meminta parti politik yang berkempen menggunakan pacuan empat roda dan memasang pembesar suara di tempat awam menghentikan perbuatan berkenaan.

“Saya sudah beri arahan kepada anggota saya untuk bertindak menahan mereka yang engkar arahan berkenaan.  Ini kerana perbuatan ini boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan jalan raya kepada pengguna lain. “Kita akan menangkap dan menyita semua peralatan yang digunakan jika masih ada yang berbuat demikian,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis sudah pun memantau lebih 40 buah lokasi berceramah dan mengeluarkan sejumlah 101 permit permohonan ceramah politik pada pilihan raya kecil Sibu sejak hari penamaan calon.

Source: Borneo Post

Catatan: Budaya politik Sarawak dan Sabah pastinya sangat berbeda dengan Budaya Politik Semenanjung yang lebih anarkis dan penuh unsur perkauman. Seharusnya parti-parti politik Semenanjung  peka bahawa di Sabah dan Sarawak ada lebih 60 etnik dan sub-etnik yang hidup dengan rukun dan harmony. Bukan hanya mengadu domba demi menjaga survival politik mereka...

Datuk 15 cucu mengaku lawat syurga 2 kali

JAKARTA: Seorang datuk 15 cucu kelihatan lemah dan mendakwa melawat syurga - dua kali - serta menerima wahyu dari Tuhan sekembalinya ke Bumi mendapat kejutan Jumaat lalu apabila dipenjarakan setahun kerana mempersendakan agama.

Jelas menyesal dengan perbuatannya, Bakri Abdullah, 70, juga dikenali Amaq Bakri, Papuq Junaedi dan Abdullah, memberitahu Mahkamah Daerah Selong di Pulau Lombok dia “amat berterima kasih” dengan keputusan itu, lebih ringan enam bulan berbanding diminta pendakwa raya.

Bakri ditahan Oktober tahun lalu selepas dia menyebabkan penduduk kampungnya di timur berang kerana mendakwa seorang nabi.

Dia mendakwa dua kali dibawa ke syurga, pertama pada 1970-an dan sekali lagi pada 2005, dari sebuah hutan di cerun Gunung Rinjani Lombok. Dia bercakap besar pada kali kedua diangkat ke langit, dia juga melawat alam lain. -Agensi

 Source: Berita Harian

Umai Makanan Etnik Melanau

Umai adalah makanan yang dianggap penting dan popular bagi etnik Melanau di Sarawak. Satu hidangan yang ringkas dengan variasi yang cukup mudah untuk disediakan.

Untuk menyediakan Umai, cuma perlukan ikan terpilih yang masih segar kerana tidak semua jenis ikan yang boleh dibuat Umai. Biasanya untuk menyediakan Umai, etnik Melanau memilih ikan bawal hitam, ikan bawal putih, ikan terubuk, ikan pirang, ikan yu atau udang. Umai sebenarnya adalah hirisan ikan mentah segar   yang diperap dengan jus limau kasturi, bawang merah, bawang besar dan chilli, garam dan sedikit penambah perisa.

Secara tradisi untuk memberi rasa yang lebih ‘authentic’, etnik melanau menyediakan Umai dengan langkah-langkah yang tersusun. Hirisan ikan mentah digaul atau diperap dengan jus limau kasturi terlebih dahulu untuk menghilangkan bau ikan, dan proses ini menyebabkan isi ikan tersebut kelihatan seolah sudah masak. Setelah itu barulah dicampur dengan hirisan bawang merah, bawang besar dan chilli,. yang terakhir tambah garam dan sedikit penstabil atau penambah rasa.

Umai boleh terus dimakan setelah selesai digaul dengan bahan-bahan tersebut. Terserah kepada citarasa seseorang untuk menambah lebih pedas atau sebaliknya.

Terdapat juga variasi ‘Umai Jeb’ yang sangat digemari etnik Melanau. ‘Jeb’ dalam bahasa Melanau Mukah bermaksud ‘cecah’.  Ertinya, ‘Umai Jeb’ adalah ‘Umai Cecah’. Umai Jeb disediakan dengan memisahkan hirisan ikan mentah dan sambal, cara makan ialah dengan mencecah hirisan ikan mentah dengan sambal, sama seperti makan ulam.

Ikan yang digunakan etnik Melanau untuk membuat ‘Umai Jeb’ biasanya; bawal hitam, bawal putih, terubuk  atau ikan yu. Meskipun versi ini mungkin kurang popular bagi masyarakat lain, tapi sangat digemari oleh etnik Melanau atau Cina dikawasan Mukah dan Sibu.

Umai yang digaul bersama jus limau, bawang, chilli dan perasa.
Bagi etnik Melanau umai jarang dimakan bersama nasi, 
sebaliknya dihidang bersama sagu seperti dalam gambar.
Free Image Hosting

Ini pula 'Umai Jeb' yang dicecah seperti makan ulam.
Untuk membuat sambal terserah pada selera anda, 
tapi etnik Melanau biasanya mencampur bawang merah, bawang besar,
halia, chilli, limau kasturi, sedikit belacan dan kicap.
Free Image Hosting

Photo source: google

Mustahil cicak Gecko capai 64kg

KUALA LUMPUR - Seorang pakar hidupan liar melahirkan keraguan terhadap kesahihan saiz sebenar cicak gergasi seperti yang ditemui oleh seorang belia di Kalabakan, Sabah kerana spesies cicak tersebut tidak mungkin akan mencapai berat sehingga 64 kilogram.

Menurut Pengarah Eksekutif Dana Hidupan Liar Malaysia (WWF) Malaysia, Datuk Dr. Dionysius S.K. Sharma, adalah mustahil untuk seekor cicak hutan atau nama saintifiknya Gecko boleh membesar sehingga mencapai berat tersebut.

"Selalunya spesies ini cuma sepanjang 17.6 sentimeter dan lebar badan cuma sebesar 3 sentimeter. Rupanya sama seperti Gecko tapi memang mustahil malah tidak tergolong langsung dalam keluarga biawak," katanya ketika dihubungi untuk mengulas laporan muka depan Kosmo! semalam mengenai penemuan cicak gergasi di Sabah.

Malah beliau membuat andaian terdapat kemungkinan gambar tersebut tidak asli dan telah diubahsuai supaya menjadi lebih besar. "Jika benar ia mungkin adalah spesies yang aneh tetapi pada saya ada sesuatu yang tidak kena dan tidak betul di sini," ujar beliau.

Source: kosmo

Tokoh Politik Rusia Diculik Makhluk Asing

Presiden Rusia, Dmitry Medvedev didesak untuk mengarahkan siasatan terhadap seorang pemimpin politik terkenal, Kirsan Ilyumzhinov yang mendakwa dirinya diculik oleh sekumpulan makhluk asing, lapor sebuah akhbar semalam.

Ilyumzhinov memberitahu seorang pengacara stesen televisyen Channel One, Vladimir Pozner pada 26 April lalu bahawa dia pernah menghabiskan masa selama berberapa jam dengan beberapa makhluk asing itu. Dia mendakwa makhluk asing itu memakai sut angkasa berwarna kuning dan mirip seperti manusia. Menurutnya, makhluk itu telah melawat apartmen yang didiaminya di pinggir Moscow pada 18 September 1997.

Ahli politik tersebut mendakwa dia diberi peluang untuk terbang dengan kapal angkasa makhluk asing. Ekoran pendedahan itu, seorang ahli Parlimen Rusia, Andre Lebedev menggesa pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan meminta pemimpin-pemimpin politik diberi garis panduan apa yang perlu dilakukan jika diculik oleh makhluk asing. Dalam sepucuk surat kepada Medvedev, Lebedev menyuarakan kebimbangan jika maklumat rahsia negara bocor kepada makhluk asing itu.

Dia menganggap dakwaan Ilyumzhinov sebagai bukan gurauan kerana ia merupakan peristiwa bersejarah. Ilyumzhinov yang menerajui pentadbiran wilayah Kalmykia di tepi Laut Kaspia itu memiliki reputasi berpengaruh dengan menjadikan wilayahnya sebagai tuan rumah banyak kejohanan catur antarabangsa.Dia ialah jutawan dan bekas ahli perniagaan.

Ketika ditemuramah oleh pengacara stesen televisyen itu, katanya, dia terjaga daripada tidur apabila terdengar seseorang memanggilnya dari balkoni dan melihat sebuah kapal angkasa yang mempunyai bentuk seperti separuh tiub dan telus.

Menurutnya, dia tidak tahu berkomunikasi dengan makhluk itu tetapi menganggap pertemuan itu sebagai cara bertukar-tukar idea ketika dibawa menaiki pesawat. Dia berkata, makhluk asing itu datang ke bumi untuk mengambil sampel. - Agensi

Source: Kosmo

Pelajar Sekolah Pembeli Utama Kondom

Hebat! berita ini saya kutip dari akbar utama di negeri Sarawak The Borneo Post. Bagaimana pula tentang seks bebas, Pil hayal dan Arak dikalangan muda-mudi Islam yang sedang marak di Bandaraya Kuching. Ironisnya akan ada pihak tertentu yang mahu menafikan hal begini.

KUCHING: Para pelajar sekolah menengah rendah merupakan golongan utama pembeli kondom di sebuah kedai serbaneka di bandar raya ini.Pendedahan ini dilakukan oleh seorang pekerja di kedai tersebut, semalam. 

Pekerja wanita yang enggan disiarkan namanya, memberitahu dia tidak dapat menolak pembelian daripada para pelajar. Menurut beliau, ini disebabkan kerajaan tidak mempunyai larangan penjualan terhadap mereka yang bawah umur atau pelajar sekolah.

“Berbeza dengan penjualan rokok kerana saya dapat mengatakan tidak kerana ia adalah salah di bawah undang-undang negara ini untuk menjual rokok kepada mereka dalam lingkungan bawah umur,” katanya.

Malah, para pelajar katanya, tanpa segan silu bertanya jenis kondom terbaik. Menurut beliau, mudah untuk dia mengecam pembeli merupakan pelajar bawah umur kerana dia sering ternampak mereka memakai pakaian seragam pada hari-hari persekolahan.

“Mereka memakai seluar panjang berwarna hijau gelap dengan beg sandang di bahu. “Pada hujung minggu lazimnya mereka dalam keadaan mabuk datang ke sini untuk membeli kondom,” katanya. Mengenai jenama yang sering dibeli di kalangan pelajar, dia memberitahu mereka lazimnya membeli jenama murah yang dalam lingkungan RM4.

Bagaimanapun, Utusan Borneo tidak dibenarkan mengambil gambar jenis-jenis kondom yang terdapat di kedai tersebut.

Spekulasi Pengganti Ketua Menteri Sarawak

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu mahu spekulasi bahawa beliau kemungkinan besar akan menggantikan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dihentikan segera.

"Buat masa ini, isu penggantian dan pengganti Ketua Menteri Sarawak tidak timbul dan tidak sepatutnya dijadikan spekulasi," katanya yang juga timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, dalam kenyataan di sini.

"Saya secara terbuka dan konsisten menyatakan bahawa saya mempunyai keyakinan penuh dalam kepimpinan Abdul Talib sebagai Ketua Menteri Sarawak dan menyokong penuh penerusan kepimpinan beliau sebagai ketua menteri," katanya sambil menegaskan beliau komited dalam memainkan peranan sebagai satu pasukan dalam PBB dan Barisan Nasional (BN). 

Semalam, bekas ketua menteri, Tun Abdul Rahman Yakub menamakan Jabu kemungkinan besar akan menggantikan Abdul Taib berdasarkan kedudukan Jabu dalam parti dan beliau diterima baik oleh semua kaum di negeri ini.

Tun Abdul Rahman, yang juga adalah ketua menteri Sarawak yang ketiga, dipetik sebagai berkata, bahawa walaupun beliau melihat Jabu sebagai pengganti paling sesuai, terpulang kepada PBB untuk membuat keputusan akhir mengenai isu pengganti jawatan itu

Source: Berita Harian

IJAZAH TAFSIR MIMPI

Seorang pakar tafsir mimpi menawarkan pengajian peringkat ijazah sehingga kedoktoran dalam bidang itu jika rancangannya itu mendapat kebenaran tidak lama lagi.Yusuf al-Harthy yang terkenal di Arab Saudi berkata, dia bercadang menubuhkan institusi khusus dalam bidang itu di sebuah universiti di negaranya.

“Bidang penafsiran mimpi adalah satu kaedah kaunseling untuk seseorang,” katanya seperti dilaporkan akhbar harian di Arab Saudi, al-Hayat, semalam.

Ketika ini, Yusuf berkongsi ilmu itu melalui laman web yang dikendalikannya secara persendirian.

Dia yang sering menjadi tetamu dalam rancangan radio dan televisyen juga tidak bersetuju dengan pandangan kerajaan bahawa ilmu itu tidak boleh diajar secara saintifik kepada sesiapa.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Islam Arab Saudi berkata, kemampuan seseorang menafsir mimpi adalah anugerah semula jadi. 

Source: metro

KONSERT TARIK NYAWA ,KONSERT MAUT...

KUALA LUMPUR: Kerja gila dan tidak ubah seperti ‘konsert tarik nyawa’ apabila dua kumpulan Mat Rock warga Indonesia menjadikan temasya terbabit sebagai gelanggang pergaduhan sehingga menyebabkan puluhan cedera, manakala seorang mati akibat ditetak hampir putus leher.

Lebih mengerikan apabila pergaduhan berkenaan yang berlaku di khalayak ramai seolah-olah diatur lebih awal apabila kebanyakan pendatang terbabit datang berhibur sambil membawa pisau, kapak, kerambit dan parang sebagai persediaan untuk `berperang’.

Difahamkan, lebih 100 warga Indonesia yang bertempur membawa hampir dua guni senjata tajam yang dijadikan bekalan untuk membunuh sesiapa sahaja yang diingini hanya kerana perselisihan faham kecil yang dipercayai ada kaitan dengan dendam lama dan perbezaan daerah. Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Roslan, 40-an, berkata pergaduhan itu tercetus kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, ketika ribuan warga asing, majoriti dari Indonesia menghadiri konsert kumpulan rock dan pop dari negara itu anjuran sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka tanah air Menurutnya, keadaan mula tidak terkawal sejak awal konsert apabila beberapa penonton gagal mengawal diri sebelum mencetuskan rusuhan.

“Mereka memecahkan pagar yang memisahkan penonton dengan pentas sebelum ada yang membalingkan pagar terbabit ke arah orang ramai.

“Berikutan itu, beberapa penonton tercedera hingga mencetuskan pergaduhan dalam stadium. Keadaan menjadi tidak terkawal walaupun pihak polis dipanggil untuk mengawal kawasan konsert berkenaan,” katanya.

Katanya, keadaan menjadi tidak terkawal apabila rata-rata pengunjung konsert terbabit mula bergaduh berhampiran tempat meletak kereta A berhampiran Stadium Nasional Bukit Jalil, berkenaan.

“Saya tak pasti apa sebenarnya berlaku, namun daripada maklumat yang saya dengar, dua kumpulan warga Indonesia bertempur di kawasan meletak kereta itu dengan menggunakan pelbagai senjata tajam.

“Pada awalnya mereka dikatakan cabar-mencabar antara satu sama lain sebelum ‘perang mulut’ itu berlarutan hingga kepada pergaduhan beramai-ramai,’ katanya.

Menurutnya, kebanyakan lelaki warga asing terbabit seolah-olah ‘hilang akal’ apabila menyerang membabi-buta dengan bersenjatakan pisau dan senjata tajam lain.

“Keadaan menjadi cemas apabila beberapa lelaki warga Indonesia bertempik sambil ada antaranya dilihat berlumuran darah akibat ditikam atau ditetak. Mereka seolah-olah dirasuk dan tidak teragak-agak mencedera atau membunuh.

Catatan: Berkunjunglah ke perayaan Hari Ulangtahun Kemerdekaan Indonesia yang dianjurkan oleh KBRI atau KJRI setiap tahun, pastinya pergaduhan seperti ini bukan suatu yang asing. Sesungguhnya kita memang berbeda...

Source: metro

Paris Hilton paling dibenci

Waris rangkaian Hotel Hilton, Paris Hilton sah menjadi selebriti paling dibenci umum. Kaji selidik dilaksanakan Nurofen turut mendedahkan punca utama kenapa Paris. Majoriti responden mendakwa bakat Paris yang terlalu rendah menjadi punca beliau dibenci.

Bintang sukan yang terbabit dalam skandal seks turut dibenci responden. Kira-kira 41%responden memilih bintang bola sepak Chelsea dan England, Ashley Cole manakala 36% pula memilih bintang golf Amerika Syarikat, Tiger Woods yang mengaku melakukan seks dengan 120 wanita.

Bekas kapten skuad bola sepak England, John Terry bagaimanapun tidak tersenarai meskipun sepertiga responden memilihnya. Pada masa sama, penyampai berita terkenal, Jonathan Ross yang berpindah ke rangkaian BBC kerana bayaran tinggi turut menyebabkan 86% responden memilih untuk menukar saluran atau menutup televisyen setiap kali beliau muncul.
Source: metro 

Dua warga Indonesia disyaki membunuh mangsa di Ladang Lavang

Gerakan memburu dua suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan di kawasan perladangan kelapa sawit Jalan Bintulu- Miri masih giat dijalankan oleh polis Bintulu dan memerlukan bantuan awam untuk menjejaki mereka.Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Sulaiman Abd Razak berkata, pihak polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan tersebut, yang berlaku pada 20 April lalu, sekitar jam 6.30 petang di kawasan Ladang Lavang Batu 72, Jalan Bintulu-Miri.

Katanya, dua suspek warganegara asing itu masing-masing dikenal pasti sebagai Hatta Junaidi yang memegang pasport bernombor AL 867235, berusia 26 tahun dan Uray Amrus Najirin (No. T939179) berumur 25 tahun dengan alamat terakhir keduanya ialah di rumah kongsi Ladang Lavang. Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu semalam.

Superintendan Sulaiman berkata, pihak polis menerima maklumat orang awam mengenai kejadian itu pada tarikh tersebut dan bergegas ke tempat kejadian serta menemui mayat seorang lelaki berketurunan Iban dalam keadaan terbaring di atas tanah yang dikelilingi oleh pokok kelapa sawit dalam kawasan ladang Lavang. “Hasil pemeriksaan mendapati mangsa dikenal pasti sebagai Mathew Nyelang Ajai, 17, yang bekerja sebagai tukang cat dengan alamat terakhirnya di Rumah Morgan, Sungai Nipa Bakong, Baram,” jelasnya.

Beliau berkata, semasa ditemui, tiada sebarang kecederaan pada tubuh mangsa, manakala barangan peribadi mangsa seperti rantai, gelang dan wang tunai berjumlah RM151 masih ada pada mangsa. “Siasatan lanjut mendapati mangsa pada petang itu minum minuman keras bersama dua rakan serumahnya (suspek) yang merupakan warganegara asing dan semasa sesi minum itu telah berlaku pergaduhan antara mereka,” jelasnya.

Katanya, dalam pergaduhan itu mangsa telah ditendang dan dihempas ke tanah oleh dua rakan serumah mangsa dan selepas itu kedua-dua rakan mangsa (suspek) terus melarikan diri dari tempat kejadian. Menurutnya, bedah siasat yang dilakukan pada 28 April lalu oleh pakar patologi forensic mendedahkan kematian mangsa disebabkan pendarahan di bahagian otak.

Beliau berkata, kes itu kini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Catatan: Saya pasti warga Malaysia sudah biasa melihat kes-kes begini, betapa arak mampu mengubah kawan menjadi lawan.

source: 1

SELAMAT HARI PEKERJA 2010

"Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi" 
Selamat Hari Perkerja buat teman-teman semua
Free Image Hosting

Kembar Siam Tertua Didunia

Kembar siam Ronnie dan Donnie dilahirkan pada tahun 1951. Sewaktu melahirkan ibu mereka Maureen Glyon tidak menyangka akan melahirkan 2 orang bayi, apalagi kembar siam.
Free Image HostingMenurut fakta, Ronnie dan Donnie adalah pasangan kembar tertua pernah hidup di dunia ini, malah pakar-pakar perubatan mengkagumi mereka kerana hidup begitu lama. Walau bagaimanapun, Pakar perubatan juga mengakui tahap kesihatan pasangan kembar ini semakin menurun dan seolah menunggu hari kematian.

Beberapa dokumentari telah dibuat untuk mengungkap rahsia kehidupan mereka yang luar biasa. Setiap hari hidup pasangan kembar ini bagaikan satu perjuangan sebagai lelaki, kerana harus mengkoordinasikan segala rutin termasuk yang paling mudah. Bayangkan saja, dengan tubuh yang melekat mereka  terpaksa melakukan segala perkara secara bersama, termasuk hal-hal yang tidak sewajarnya.

Pasangan kembar ini tinggal di rumah mereka sendiri di Dayton,Ohio Amerika.

Source: extract form magazine

PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.

Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.

Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


PERHATIAN

Kepada rakan-rakan blogger, jika link blog anda belum dipautkan atau telah tericir, sila tinggalkan pesan diruangan komen, agar saya dapat memautkan link rakan-rakan.
terima kasih.

review www.melanaublogger.com on alexa.com