Friday, April 30, 2010

RENTUNG KERANA MENYELAMATKAN AHLI KELUARGA


Tindakan seorang pesara berpatah balik dan masuk ke dalam rumah yang terbakar kerana menyangka ada ahli keluarga terperangkap membawa padah apabila dia ditemui mati rentung dalam kebakaran di Kampung Panchor Daro, Bahagian Mukah, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, Busman Rafli, 60-an yang juga pesara kerajaan berada dalam rumah didiaminya sejak beberapa tahun lalu sebelum menyedari api mula marak dan bergegas keluar menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan berpatah balik dan masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan ahli keluarganya kerana menyangkakan mereka masih terperangkap dalam kejadian kebakaran yang membabitkan dua unit rumah papan itu.

Ketua Polis Daerah Matu Daro, Deputi Superintendan Ismail Sidik, berkata sebenarnya semua ahli keluarga mangsa sudah menyelamatkan diri sebaik menyedari kediaman mereka dijilat api.

Katanya, mangsa dikatakan gagal mencari jalan keluar dipercayai akibat asap tebal sebelum lemas berikutan api cepat marak. 

Al-Fatihah buat Allahyarham

Sumber: link

5 TAHUN TIDUR DENGAN MAYAT ISTERI


Kisah ini terjadi di Vietnam, Seorang lelaki menggali mayat isterinya dan tidur di samping mayat selama 5 tahun. atas alasan dia ingin tidur sambil memeluk isterinya

Lelaki berusia 55 tahun dari sebuah bandar kecil di wilayah tengah Quang telah membentuk semula rangka mayat tersebut menggunakan tanah liat agar tetap kelihatan seperti tubuh seorang wanita dan diberi pakaian lengkap. Kemudian dia letakkan di tempat tidur. Dia memutuskan untuk membawa pulang rangka mayat isterinya setelah 20 bulan tidur diatas kubur tersebut.

Apakah ini dikatakan kesetiaan?
Free
Image Hosting by FreeImageHosting.net

Wednesday, April 28, 2010

Robert Lau Calon BN Sibu


Free Image Hosting

Robert Lau Hui Yew, 45, secara rasmi diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada 16 Mei ini.

Pengumuman dibuat Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud, selaku Pengerusi BN, sekembalinya daripada Kuala Lumpur di hangar Hornbill Skyways di Kuching kelmarin.

Surat pelantikan Hui Yew yang juga seorang peguam sebagai calon diserahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selaku Pengerusi BN, kepada Taib, yang berjumpanya di Putrajaya.
Hui Yew yang turut dikenali sebagai Robert Lau Junior adalah sepupu kepada mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew, penyandang kerusi Parlimen Sibu selama lima penggal.

Beliau yang juga Penolong Bendahari SUPP cawangan Sibu sudah 17 tahun menganggotai parti berkenaan.
Kerusi Parlimen Sibu kosong berikutan kematian Robert Lau pada 9 April lalu. Berikutan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 8 Mei ini sebagai tarikh penamaan calon dan 16 Mei sebagai hari pengundian.

Semoga Rakyat Sarawak tidak terhayal oleh politik perkauman dan budaya anarkis yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Selamat mengundi memilih untuk rakyat Sibu

BILA NENEK BERTANDUK...


Berita ini saya kutip dari berbagai sumber untuk memastikan benar atau tidak, tapi ternyata banyak media rasmi yang menyiarkannya. 
Free Image Hosting

Fenomena ini terjadi di Desa Linlou, Wilayah Henan China. Seorang nenek yang berusia 101 tahun mempunyai tanduk didahi kirinya. Tanduk yang tumbuh sejak setahun yang lalu telah mencapai 6cm, malah menurut berita tersebut didahi kanan nenek ini kelihatan tanda-tanda tanduk yang satu lagi akan tumbuh. 

Ada juga pihak yang menganggap tanduk tersebut menyerupai tanduk syaitan, namun nenek yang bernama Zhang Ruifang mengakui berasa seronok menjadi tumpuan umum kerana tanduk tersebut.

Pakar perubatan mengatakan tanduk tersebut tumbuh disebabkan kanser kulit dan sejenis penyakit yang dinamakan "aktinis keratoses", Pakar perubatan tersebut juga mengesahkan akan tumbuh satu lagi tanduk didahi kanan. ertinya akan lengkaplah tanduk orang tua ini.

Ada juga pakar perubatan lain yang menawarkan perkhidmatan percuma untuk memotong atau pembedahan membuang kedua-dua tanduk berkenaan. Tawaran ini jelas sekali tidak mengembirakan  'si nenek bertanduk', dengan mengatakan dia sekarang lebih bahagia kerana sering dikunjungi orang ramai yang datang dari berbagai tempat. Pengunjung yang datang untuk bergambar sering membawa makanan dan hadiah , katanya.

Nampaknya pada zaman ini manusia bertanduk bukan sekadar fiction atau dogengan. Fakta telah berbicara...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER / PENAFIAN

Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Sila tinggalkan laman ini dengan serta-merta.


Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.


Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.

(since august 2009)


About Me

 

COUNTER


ALEXA

PING

My Ping in TotalPing.com
SEO Stats powered by MyPagerank.Net
HTML hit counter - Quick-counter.net