Thursday, May 23, 2013
Kes Sosilawati : N.Pathmanabhan, 3 Pekerja Di Hukum Gantung Sampai Mati
Tags : Bekas peguam digantung, Kes Bunuh Sosilawati, Pathmanabhan dihukum gantung, Sosilawati ditikam di tengkuk, Suspek Bunuh Sosilawati
SHAH ALAM - Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.
Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.
VIDEO: Penyokong Pakatan Mahu Serang Balai Polis
Tags : Adam Adli ditahan, Adam Adli menghasut, Penyokong Adam Adli, Video penyokong Pakatan
Menurut satu laporan seramai 18 orang telah ditahan di depan Balai Polis Jinjang ketika perhimpunan yang penuh dengan provokasi terhadap pihak berkuasa.Perhimpunan tersebut kononnya untuk mendesak pihak berkuasa polis membebaskan Adam Adli.
Sewajar anak muda yang jadi barua Anwar itu ditahan kerana telah melancar provokasi serta cacian terhadap pihak polis, sehingga seolah-oleh mereka ingin menyerang Balai Polis dan anggota keselamatan yang bertugas.
Wednesday, May 22, 2013
Anwar takut bertanding jawatan Presiden PKR
Tags : Anwar bertanding presiden PKR, Anwar dalam RM445 juta, Anwar Dalang pemilihan, Anwar takur jawatan PKR, Pemilihan PKR
Pengasas PKR, Ng Lum Yong menggesa supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan Presiden pada pemilihan parti itu nanti.
Menurut beliau, kredibiliti Anwar lebih utuh sekiranya beliau memegang jawatan sah dalam parti. Justeru mampu menyelesaikan konflik dalaman PKR memandangkan kini wujud beberapa puak dalam parti itu yang mahu berkuasa.
Bahkan kata Ng, jawatan Ketua Umum yang disandang Anwar kini bertentangan dengan perlembagaan parti dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) boleh bertindak tegas mengenai perkara itu.
"Ketua Umum tidak ada dalam perlembagaan (parti). Kenapa mesti wujud jawatan Ketua Umum (sedangkan) Presiden dah cukup? Oleh itu saya syorkan Anwar Ibrahim bertanding Presiden, jangan takut nak bertanding," katanya.
Dakwaan penipuan SPR yang paling menarik
Tags : pengundi diragui Sabah Sarawak, Pengundi Hantu, Penipuan menarik, Penipuan SPR, PRU 13, Video pengundi Bangla
Semalam blog ini mengulas (KLIK) tentang dakwaan seorang pemuda yang mengaku mengundi dua kali demi untuk membuktikan kreadibiliti SPR boleh dipertikai. Hari ini pula Timbalan Pengerusi SPR meyifatkan dakwaan tersebut sangat "menarik" dan sedang menunggu hasil siasatan pihak polis.
Bukan hanya SPR yang tak sabar menunggu hasil siasatan pihak polis, malah rakyat biasa turut teruja untuk tahu kesudahan berkenaan 'penipuan SPR' yang paling menarik ini.
Memang budak ni dah teringin sangat nak masuk penjara...
SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan seseorang itu tidak akan terlepas daripada undang-undang jika didapati melakukan perbuatan tertentu untuk kepentingan mana-mana parti politik.Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan seorang pemuda dari Kuantan yang mengaku keluar mengundi dua kali semata-mata mahu mempertikaikan sistem pilihan raya yang berlangsung 5 Mei lepas."Saya rasa budak ini, kalau dia cuba nak buat laporan polis itu untuk tujuan politik, dia akan hadapi kesan-kesannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
DISCLAIMER / PENAFIAN
Anda dinasihatkan agar tidak mengakses atau menggunakan sebarang maklumat di MELANAU BLOGGER™ jika terdapat ketidaksesuaian. Dan tinggalkan laman ini dengan serta-merta.
Semua catatan di blog ini hanyalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.
Admin blog MELANAU BLOGGER™ tidak bertanggungjawab kepada anda, atau sesiapa sahaja yang membuat sebarang tuntutan bagi kehilangan, kemusnahan (secara langsung atau tidak langsung), kos, liabiliti atau gantirugi terhadap ketidaktepatan, hakcipta serta kesilapan maklumat atau media yang terdapat dalam blog ini.
(since august 2009)





